Semasa duduk di antara 2 sujud

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
...Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
......Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Cara Nabi jaga kesihatan diri


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:


NUZUL QURAN DAN LAILATUL QADAR...


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

PERBUATAN YANG MEWARISI KEPAPAAN dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub


PERBUATAN YANG MEWARISI KEPAPAAN
Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantani
1)Mengerjakan dosa
...2)Melebihkan tidur
3)Tidur bertelanjang
4) Tidur selepas solat subuh
5)Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan)
6)Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan
7)Membakar kulit bawang(merah@putih)
8)Menyapu rumah pada malam hari
9)Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan)
10)Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat)
11)Membasuh tangan dengan tanah
12)Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya
13)Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk)
14)Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan
15)Bersegera keluar dari masjid
16)Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan
17)Tdak membasuh bekas makanan
18)Memadam pelita dengan mulut
19)Menyisir rambut dengan sikat yang patah2
20)Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa
21)Memakai serban ketika duduk
22)Memakai seluar ketika berdiri
23)Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja
24)Membuang kahak ketika qada hajat
25)Menyapu rumah dengan kain(pakaian)
26)Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali)
27)Duduk dibendul rumah
28)Duduk diantara belahan pintu
29)Berwudhu ditempat tidur
30)Makan sesuatu ketika berjunub

Usrah Jemaah Anak Muda: Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX

Usrah Jemaah Anak Muda: Malam Pertama Dialog Suami Isteri - 18SX: "Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil...malam yang ..."

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.


Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...


Sumber: Ridhuan As-Siddiq

(dari kawan kepada kawan)

Teknik Paling Cepat Buat Duit Di Internet!



Entry kali ini ringkas sahaja.. tapi sangat power…
Ada orang bertanya kepada saya…
“Salam bro, minggu depan isteri saya nak bersalin. Jadi, agak terdesak nak pakai duit. Boleh tak bro bagi tips.. Apakah cara yang paling pantas untuk buat duit di internet?… Kalau boleh, buat hari ini, hari nie juga  dapat duit! Ada tak bro?”..
Berhari-hari jugalah saya fikirkan jawapan bagi soalan ini… pada mulanya, saya rasa.. macam takde. Tapi.. bila fikir-fikir balik.. mana boleh takde?!.. Brother jual burger kat simpang tu  selalu  kata.. “Nothing Is Imposibile”..
Jadi.. saya mesti cari jalan… Bak kata mentor saya.. “Jalan Pasti Ada! Pasti Ada Jalan! Jom jalan-jalan..”..
Manalah tahu.. kot-kot satu hari nanti saya pun berada pada situasi tersebut. Duit takde.. tapi terdesak nak pakai duit!.
Hari pertama.. saya rasa.. Jawapannya Google Adsense.
Google adsense?  Fuh!.. ikut pengalaman saya…. paling cepat pun, 3 bulan baru dapat cek pertama.. nak apply akaun google adsense je pun dah makan 3 hari, nak tunggu payment clear pula.. ambik masa 45 hari.. Tett!.. Pangkah!
Hari kedua… saya rasa.. jawapannya ialah Affiliate.
Walaupun “affiliate” adalah meupakan satu model  yang paling mudah diantara banyak-banyak model biz internet. Tetapi, bila difikir-fikirkan semula, ia tetap tidak boleh memberikan hasil yang pantas, maksud saya, “buat hari nie dapat duit esok”. Affiliate selalunya membayar pada setiap hujung atau pertengahan bulan. Jadi…ianya bukan teknik yang terbaik untuk dapatkan duit dengan pantas..
Hari ketiga.. saya rasa.. jawapannya ialah Ebay/Lelong.
Jualkan sahaja barang-barang di rumah yang masih elok tetapi  tidak digunakan di ebay/lelong..  tetapi bila fikir-fikir balik. Hmm.. ebay pun ambik masa.. tempoh listing barang pun dah 3 hari. Tambahan lagi, manalah ada barang “elok yang TIDAK dipakai” di rumah saya ini.. semuanya di pakai. Yang  TIDAK dipakai, semuanya dah tak elok.. Oh!
Hari keempat….. saya rasa.. saya dah jumpa jawapannya.
Perkara pertama.. lihat ke dalam diri…  kenalpasti kemahiran-kemahiran yang anda miliki! Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah dan pening kepala untuk mencari produk/pembekal.. kerana, produknya adalah “kemahiran” sedia ada yang terdapat di dalam diri anda.
Antara kemahiran sedia ada yang mungkin anda miliki..
  • Kemahiran menulis artikel
  • Kemahiran memasang blog
  • Kemahiran rekabentuk grafik/melukis (design banner, ecover dll)
  • Kemahiran mengedit photo
  • Kemahiran mengaturcara
  • Kemahiran mengupload video
  • Kemahiran membaca/proof reading
  • Kemahiran buat website
  • dan sebagainya…..
Selepas dah tahu apa kemahiran yang anda miliki… tawarkan ia di forum-forum yang berkaitan!  Seperti di Forum Wangcyber
Insyallah, jika ada yang berminat, anda boleh lakukan khidmat tersebut dalam masa 1 hari dan terus menerima bayaran pada hari tersebut.
Servis yang ditawarkan ini tidaklah perlu terlalu “advance” sangat… (tapi kalau advance pun, lagi bagus.. boleh up sikit harga! :P)
Cukup sekadar perkhidmatan yang basic-basic sahaja, seperti khidmat memasang blog. Percaya atau tidak, masih ramai insan diluar sana yang tidak tahu bagaimana menginstall blog di dalam server mereka, walaupun pada hakikatnya, perkara tersebut hanya mengambil masa 5 minit sahaja.
Kadangkala, ada juga insan yang sudah mahir, tetapi, mereka kesuntukan masa untuk melakukannya.. jadi mereka lebih suka outsourcekan sahaja.  Pada mereka, tak kisah bayar RM10-RM20, apa yang mereka tahu, web mereka mereka sudah siap dipasang sebuah blog  beserta plugin-plugins wajib dan juga themes yang menarik.
Jadi, disinilah peluang anda untuk membuat duit.
Sekarang.. cuba semak-semak semula kemahiran anda dan tawarkanlah ia di forum-forum yang  berkaitan . Insyallah.. RM10-RM50 senang-senang je boleh dapat.. :)(kaedah ini juga amat sesuai untuk mereka yang belum pernah merasa Rm1 yang pertama mereka di internet).
Tetapi.. jika anda dapati anda tiada langsung kemahiran yang boleh ditawarkan? Ermm…. mungkin anda sudah ditakdirkan untuk tidak boleh membuat duit dengan pantas di internet!.. Oh! …. ho! ho! ho!..
.
.
.
Ala.. gurau je.. jangan lah majuk… kalau takde kemahiran tu.. boleh belajar… bila dah pandai.. barulah boleh offer kat orang ramai..:)
Kesimpulan Tips untuk entry kali ini..
Cara terpantas untuk buat duit di internet ialah, menawarkan servis di forum.
Sekian.. Peace!…
p/s:- Kalau dijadikan ebook, best jugak nie.. boleh letak tajuk.. “10RahsiaDuitTerdesak.com”.. Oh!

sumber:http://www.mohdsuhaimy.com


Pelaburan emas di Malaysia - Public Bank (GIA) VS Maybank (GSPA)


Ke mana hendak pergi untuk pelaburan emas di Malaysia? Beli emas dari Public Bank atau Maybank? Bank yang menawarkan kadar yang lebih murah caj atau fi? Adakah anda rasa selesa dengan melabur wang anda dalam pelaburan emas melalui akaun buku akaun simpanan dan bukannya emas fizikal?
Pada dasarnya, terdapat hanya dua bank tempatan (Maybank dan Public Bank) yang menawarkan pelaburan emas menggunakan buku simpanan akaun konsep. Ini bermakna buku simpanan akan diberikan kepada pelabur emas dan setiap pembelian atau perintah jualan akan direkodkan dalam buku simpanan. Ia hanya fungsi yang betul-betul sama seperti akaun simpanan buku akaun anda konvensional. Setiap transaksi bank samada di dalam atau penarikan balik wang anda dari akaun simpanan akan direkodkan dalam buku simpanan.
Maybank
Gold Simpanan Buku Akaun (GSPA)
Public Bank
Akaun Pelaburan Emas (GIA)
public bank gold investment account leaflet
Source Image: Public Bank
GOLD SIMPANAN BUKU AKAUN (GSPA) AKAUN PELABURAN EMAS VS (GIA)
comparison of gold investment between maybank and public bank
Berdasarkan perbandingan yang ditunjukkan pada jadual di atas, tidak banyak yang berbeza. Oleh itu, kita perlu pergi analisis selanjutnya atas tuduhan mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas di mana bank menawarkan lebih rendah caj kadar.
* Yuran Perkhidmatan Maybank GSPA gagal boleh didapati melalui laman web mereka dan siasatan telefon. Saya tidak melihat apa-apa maklumat yang berkaitan dalam www.maybank2u.com.my dan tiada jam perkhidmatan bilangan 24 mereka seperti yang dinyatakan di dalam kad ATM dan berfungsi dengan Kad Kredit! Hanya jika anda kehilangan kad ATM atau kad kredit anda dan ingin melakukan penamatan kad untuk mengelakkan apa-apa penyelewengan, boleh anda pengimejan apa yang berlaku jika anda tidak dapat menghubungi jabatan perkhidmatan mereka untuk berbuat demikian? Jadi maaf, saya mengambil keputusan untuk berputus asa untuk mencari jawapannya. Saya memerlukan laman web mesra pengguna!!




CONTOH:
Tarikh: 15 April 2009
Antarabangsa Harga Emas Hari Ini: USD 892 per auns
maybank gold savings passbook account gold price today
Source: Maybank
MAYBANK - GOLD SIMPANAN BUKU AKAUN
Harga Jualan (RM / gram): 109,29
Harga Pembelian (RM / gram): 101,30
Perbezaan Harga: RM 7,99
Perbezaan Peratus: 7,31% 
public bank gold investment account gold price today
Source: Public Bank
PUBLIC BANK - AKAUN PELABURAN EMAS
Harga Jualan (RM / gram): 106,28
Harga Pembelian (RM / gram): 102,12
Perbezaan Harga: RM 4,16
Perbezaan Peratusan: 3.91%
Daripada angka yang ditunjukkan di atas, jelas menunjukkan yang bank mengenakan kadar yang lebih tinggi. Jadi saya mengandaikan anda tahu apa yang perlu dilakukan dan yang bank untuk pergi untuk pelaburan emas pada masa akan datang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.maybank2u.com.my danwww.publicbank.com.my

sumber:http://www.horlic.com

Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!



Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!

Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan?
Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah… takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya..
Jadi, bagaimana yer?
Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan!
Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. :))
Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank “pandang” pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi?  atau dari status perkahwinan pemiliknya? … Oh!
Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta  memuaskan hati…. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka… hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka  saya ingin kongsikan info tersebut  kepada semua pembaca blog ini..
Jadi.. bersedia…..
Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting..
Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda….
Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar.
Contohnya.
Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk
Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk
Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk
Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000
(kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!)
Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh..
RM30,000 X  20%  = RM6,000
Jadi, itulah gaji bulanan anda!
Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri..  RM6,000 sebulan
Dari Rm6,000 itu pula,  bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda.  Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad?
Jadi, 60% dari  RM6,000 , ialah = RM3600.
Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah)
Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti  contoh di bawah..
Bayaran bulanan bagi hutang..
1. Kereta = RM1,000
2. Rumah = RM1,000
3. Kad Kredit = RM600
4. Personal Laon = RM500
———————————–
Total  : RM3,100
———————————-
Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah  tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) – RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ).
Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000.
Itulah serba sedikit info berkenaan “kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri”… kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..

Membuka Maybank Gold Investment Account


Salam sejahtera buat semua.
Passbook GSPA
Semasa bercuti seminggu untuk cuti semester tempoh hari, saya telah berkesempatan untuk membuka Maybank Gold Investment Account (MGIA)yang sebelum ini dikenali sebagai Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Nama ni baru je tukar berkuatkuasa 11 Mei tempoh hari.
Macam mana saya boleh tergerak untuk membuka akaun simpanan emas ni? Pada awalnya, saya memang dah tertarik dengan dinar emas (sejak awal tahun lalu lagi), tapi tidak berkesempatan untuk tahu lebih lanjut. Lepas tu, makin banyak pulak orang promo pasal dinar emas ni. UTP pun ada keluarkan dinar emassendiri.
Beberapa bulan lalu, saya ada terbaca dalam Reader’s Digest edisi Disember dalam satu artikel advertorial mengenai akaun simpanan emas Public Bank. Jadi, bermula pada saat tu, mula timbul minat untuk tahu lebih lanjut mengenai simpanan emas di bank.
Bermula je cuti sem Jan 2011 yang lalu, saya terus mencari info mengenai akaun simpanan emas di bank dan mengetahui wujudnya dua bank yang menyediakan perkhidmatan simpanan/pelaburan emas di Malaysia. Dua bank tersebut adalah Public Bank dan Maybank (CIMB Bank juga turut menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas).

Kenapa pilih Maybank?
logo Maybank
Mesti ada yang tanya kenapa saya memilih Maybank dan bukannya Public Bank. Sebab saya mudah saja; kerana simpanan emas permulaan yang menjadi syarat dalam membuka akaun simpanan emas tersebut iaitu 20 gram di Public Bankmanakala di Maybank adalah serendah 1 gram sahaja.
Nota: CIMB Bank juga ada menyediakan akaun simpanan emas dengan permulaan simpanan pada 10 gram.
Kalau ditengok pada harga emas semasa ketika saya membuat keputusan tersebut, saya memerlukan hampir RM3000 untuk membuka akaun simpanan emas di Public Bank. Awal-awal lagi saya tidak melihat lebih lanjut mengenai simpanan  emas di Public Bank.
Akhirnya, Maybank menjadi pilihan saya dan sasaran 5 gram sebagai simpanan permulaan dalam MGIA. Maklumat mengenai MGIA boleh didapati di portal Maybank2u. Saya mengambil masa beberapa hari untuk membaca dan memahami mengenai MGIA sebelum meneruskan niat membuka akaun. Kebetulan juga ada permohonan secara dalam talian.
Tetapi, disebabkan permohonan online mengambil masa tiga (3) hari bekerja sebelum sampai ke pihak cawangan Maybank yang dipilih dan saya pun pada masa tersebut memohon pada hari Khamis (hari bekerja terakhir di Kelantan pada minggu tersebut), maka saya terus sahaja ke Maybank cawangan Bachok pada sebelah petang untuk urusan pembukaan akaun simpanan emas MGIA.

Proses permohonan akaun MGIA di Maybank
Passbook MGIA
Proses membuka akaun MGIA adalah mudah seperti permohonan membuka akaun biasa. Anda hanya perlu membawa salinan kad pengenalan (IC) berserta IC anda dan mengisi borang permohonan biasa. Anda cuma perlu menyatakan kepada pegawai bank apakah jenis akaun yang ingin dibuka semasa menghantar borang permohonan tersebut.
Tempoh masa semasa membuka akaun saya tempoh hari mengambil masa hampir 45 minit kerana ada beberapa borang perlu diisi dan ditandangani (berkaitan dengan syarat dan peraturan serta persetujuan pemohon). Mungkin juga kerana cawangan Maybank di Bachok jarang menguruskan permohonan akaun emas. Even pegawai bank tersebut pun menyatakan proses memakan masa yang agak lama sedikit.
Bagi pengurusan akaun MGIA, satu buku akaun akan diberikan sebagai rekod urusan belian dan jualan emas dengan pihak Maybank. Buku akaun ini wajib digunakan dalam sebarang urusan berkaitan dan tiada kad ATM akan diberikan seperti akaun simpanan biasa.

Kenapa bukan dinar emas atau emas fizikal?
kijang emas bullion
Kalau ada yang tanya, kenapa saya tidak memilih emas fizikal ataupun dinar emas, sebabnya adalah kerana saya tidak mahu menyimpan dinar emas atau emas fizikal bersama-sama dengan saya kerana faktor saya sendiri yang masih lagi menuntut di universiti dan juga risiko kehilangan. Hilang sekeping dinar emas tu besar kerugiannya.
Mungkin suatu masa nanti saya akan mendapatkan dinar emas sebagai salah satu lagi alternatif simpanan berdasarkan emas. Tujuan simpanan dalam bentuk emas yang saya lakukan bukanlah untuk mengaut keuntungan seperti para pemain emas tetapi sekadar untuk menjamin keselamatan kewangan di kala kadar inflasi yang semakin meningkat.
Apa gunanya banyak menyimpan duit di dalam akaun simpanan tetapi nilainya semakin susut disebabkan oleh inflasi. Kadar faedah yang bertambah dalam akaun bank konvensional pun tidak boleh kita gunakan. Jadi, pilihan untuk membuka akaun simpanan emas adalah suatu langkah yang dapat mengurangkan risiko nilai susut matawang disebabkan oleh inflasi.

beliamuda: Ini bukannya nasihat kewangan. Hanya sekadar perkongsian pengalaman saya membuka akaun simpanan emas dengan Maybank (MGIA). Kalau tak silap, buku MGIA berwarna hitam, tapi saya dah lupa kat mana saya tengok gambar tersebut.

kredit:http://beliamuda.com