Hakikat dua kalimah Syahadah



  Hakikat dua kalimah Syahadah

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.

Pengajaran :

1. Semua umat Islam sangat maklum kedududkan Dua Kalimah Syahadat. Sebagai rukun Islam pertama dalam senarai rukun-rukun Islam yang lima memberi isyarat betapa tinggi nilai Dua Kalimah Syahadat dalam Islam. Seseorang belum dianggap muslim / muslimat jika enggan mengucapkannya. Namun demikian, sampai dimanakah kepahaman umat Islam terhadap Dua Kalimah Syahadat ? Apakah makna perkataan Syahadat ? Apakah Rukun-Rukun Dua Kalimah Syahadat ? Tulisan ringkas ini hanya akan mendedahkan beberapa aspek saja dari Dua Kalimah Syahadat.

2. Syahadat pertama : ( أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ) : Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, disebut sebagai Syahadat Tauhid ; dan Syahadat kedua : ( ( وأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ : Aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, disebut sebagai Syahadat Risalah. Jika seseorang hanya mengucap Syahadat Pertama, tetapi enggan mengucap Syahadat Kedua, maka dia belum layak dikatakan muslim atau muslimat. Sebab Ahli Kitab, sama ada Yahudi atau Nasrani juga percaya bahawa Allah tuhan mereka, tetapi mereka tetap kafir kerana enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir.

3. Perakataan ( شَهَادَة ) : Penyaksian, diambil daripada perkataan ( أَشْهَدُ ) : Aku bersaksi atau aku naik saksi. Terjemahan ini sudah betul maknanya, sebab (شَاهِدٌ ) maknanya saksi. Sabda Nabi SAW ( لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ وَشَاهِدَيْ عَدْلٍ ) : Tidak sah nikah kecuali dengan seorang wali dan dua orang saksi. Hanya saja umat Islam barangkali banyak yang masih kabur tentang “ apakah makna aku bersaksi “ yang terletak didepan ( لَاإِلَهَ إِلَّا الله ) dan ( مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله ). Dan kerana perkataan ( أَشْهَدُ ) berasal daripada bahasa Arab, maka kita hendaklah merujuk ke dalam kamus bahasa Arab, apakah makna sebenar dari perkataan ( أَشْهَدُ ) : aku bersaksi itu.

4. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya “ Ushul Al-Da’wah “ terdapat lima makna bagi perkataan ( أَشْهَدُ ) iaitu 1. ( أَعْتَرِفُ ) : Aku I’tiraf atau aku mengakui ; 2. ( أُقِرُّ ) : Aku berikrar atau aku berjanji ; 3. ( أَعْتَقِدُ ) : Aku beri’tiqad atau aku berkeyakinan ; 4. ( أَعْلَمُ ) : Aku berilmu atau aku mengetahui ; 5. ( أُبَيِّنُ ) : Aku menyatakan dalam bentuk sikap. Jadi apabila kelima-lima maknanya kita masukkan dalam terjemahan Dua kalimah Syahadat, maka makna panjangnya ialah sebagaimana berikut :

Aku mengakui, aku berjanji, aku berkeyakinan, aku mengetahu bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, dan selanjutnya aku nyatakan dalam bentuk tindak tanduk dan perlakuanku dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupanku.

5. ( أَعْتَرِفُ ) : Aku I’tiraf atau aku mengakui ; Jika seorang dokter pakar sudah diiktiraf oleh masyarakat atau orang ramai maka biasanya kita akan akur dan patuh dengan nasihat pakar tersebut. Nasihat pakar akan dipatuhi kerana kepakarannya. Segala suruhannya akan kita lakukan dan pantang larangnya akan dijauhi. Demikianlah sikap seseorang apabila berhadapan dengan pakar. Tetapi sayangnya, mengapa umat Islam yang sudah iktiraf atau membuat pengakuan terhadap Allah dan Rasul-Nya, kita lihat masih tidak patuh kepada Allah dan Rasul-Nya, padahal Allah tidak pernah berbuat salah dan Rasul-Nya pula maksum tidak pernah tersilap. Sedangkan dokter walau bagaimanapun pakarnya, dia pasti pernah tersilap menentukan obat bagi pesakitnya.

6. ( أُقِــرُّ ) : Aku berikrar atau aku berjanji ; Di antara janji kita anak cucu Adam kepada Allah ialah tidak akan mematuhi syaitan sebab dia adalah musuh kita yang nyata. Firman Allah : Bukankah aku telah berjanji dengan kamu wahai anak cucu Adam agar kamu jangan menyembah syaitan, sesungguhnya dia bagi kau adalah musuh yang nyata. ( Yasin : 60 ). Malahan sejak alam roh lagi setiap insan telah berikrar bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Oleh itu, bukankah setiap janji wajib ditepati ? Berapa banyak umat Islam yang telah mengucap Dua kalimah Syahadat tetapi lalai mentaati Allah dan Rasul-Nya ? Bukankah mungkir janji itu salah satu sifat orang-orang munafiq ?

7. ( أَعْتَقِدُ ) : Aku beri’tiqad atau aku berkeyakinan ; Perkataan I’tiqad sama dengan perkataan aqidah iaitu simpulan yang kokoh dan kuat. Jika simpulan tali tidak mudah dibuka atau dilerai, maka demikianlah jika sesuatu itu sudah menjadi I’tiqad atau aqidah seseorang maka ia tidak mudah goyang. Oleh itu, sampai dimanakah kesahihan keyakinan seseorang jika tidak terserlah dalam tindakan apa yang emnjadi keyakinannya ?

8. ( أَعْلَمُ ) : Aku berilmu atau mengetahui ; Antara makna saksi yang paling utama adalah ilmu atau pengetahuan. Hubungan antara saksi dengan ilmu sangat erat. Sebab seseorang pasti tidak mampu memberi sesuatu penyaksian tanpa ilmu pengetahuan. Maksudnya : Setiap orang yang sanggup untuk menjadi saksi bagi sesuatu kes di depan mahkamah tentu saja mestilah mengetahui perkara yang akan dipersaksikannya. Jika dia sanggup menjadi saksi hanya untuk membela kawannya, sedangkan dia sendiri tidak tahu perkara sebenarnya, maka dia boleh digolongkan sebagai “Saksi Palsu”. Oleh itu, jika anda telah meletakkan “ Aku bersaksi “ di hadapan perkataan Allah dan Muhammad, anda perlu bertanya : Sudah sampai dimanakan ilmu anda tentang Allah dan Muhammad ? Ataukah anda lebih kenal riwayat hidup dan biodata pembesar-pembesar Negara di dunia , bintang filem atau penyanyi ?

9. ( أُبَيِّنُ ) : Aku menyatakan dalam bentuk sikap. Setelah membuat pengakuan, janji, yakin, mengetahui siapa Allah dan Rasul-Nya lalu diikuti pula dengan tingkah laku dan perlakuan seharian yang menunjukkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Suruhan-suruhan-Nya akan dilaksanakan dan larangan-larangan-Nya pula akan dihindari. Dalam hal ini, berapa banyak umat Islam yang tidak mengotakan apa-apa yang sudah mereka katakan ? Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billah.

10. Itulah sebabnya para ulama Aqidah sepakat mengatakan bahawa Rukun Dua Kalimah Syahadat ada tiga. Iaitu : 1. Mengucapkannya dengan lidah ; 2. Membenarkannya dengan hati ; 3. Melaksanakannya dengan anggota. Itulah sebabnya jika Dua kalimah Syahadat hanya sudah diucapkan dengan lidah dan dibenarkan maksudnya di dalam hati tanpa ragu bahawa Allah Tuhannya dan Muhammad Rasulnya, masih belum lagi terpenuhi rukun syahadat jika dia tidak melaksanakan tuntutan Dua Kalimah Syahadat dalam kehidupannya. Berapa banyak umat Islam yang mengucap Dua kalimah Syahadat dengan fasih dan lancar serta faham pula maksudnya tetapi suruhan Allah dan Rasul tidak diperbuat malahan masih banyak yang bergelumang dengan maksiat.

11. Pendedahan ini tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa. Hanya mengharap kiranya menjadi bahan renungan bagi setiap muslim dan muslimat. Sudah sampai dimanakah kita memenuhi tuntutan lima makna syahadah dan sudahkah dipenuhi atau belum ketiga-tiga rukum Dua Kalimah Syahadah ? Jika sudah sempurna Al-Hamdulillah, tetapi jika belum, marilah kita sama-sama berusaha untuk menyempurnakannya selagi peluang masih ada. Sebenarnya saya sudah menulis buku bertajuk : Hakikat Dua Kalimah Syahadat, sejak tahun 1983 lagi. Ia adalah buku pertama yang saya tulis sejak tiba di Malaysia mengingat betapa pentingnya tajuk tersebut. Pendedahan ini hanya sekelumit kandungannya. Buku setebal 222 halaman yang sedang diulang cetak itu juga mengandungi syarat-syarat Kalimat Tauhid dan perkara-perkara yang boleh membatalkan Dua Kalimah Syahadat. Jika anda ingin mendapat ulasan lebih lanjut silakan baca buku tersebut.



This entry was posted in Blog  :
http://drabdullahyasin.com/2011/03/29/hakikat-dua-kalimah-syahadah/

Auto LIKE Facebook [Cara Nak Dapat Banyak LIKE]



Nak status korang dapat banyak LIKE ? :P
Ehemm . Ikot tutor² ni .
Tak main² ni ! *Muka serius .


Log in Facebook korang, then ikot semua step ni .


 1.  Privacy Setting - Set kn kpd PUBLIC .

 2.  Account Setting - Subscribers - TICK kat Allow Subscribers . Then, ClickHere .

 3.  Jgn Logout lagi, pergi kat SINI .

 4.  Dapatkan AccessID kat SINI .

 5.  Tunggu 5 saat . Tekan Skip Ad . Click >This < ads pulak :P

 6.  Tekan yang "CLICK HERE AND COPY YOUR ACCESSID" (Lepas dh Skip Adstu)

 7.  Bile dah Success, korang amek token ID korang start dari AAA tu sampai laa D kat blakang dia . Copy jee kod tu . Tak tawu nak amek katne tengok gambar bawah .


*Click gambar utk lebih jelas .

 8.  Paste token ID yang korang dh dapat tu kat tempat STEP nombo 3 tu . ClickHERE then .

Tolong click :
HereHere, and here,(Tunggu sehingga habis loading)

 9.  Bila sudah , STEP 8 Tekan Submit Form . Nanti dia ade suruh korang masokkan word verification kan . masok jelaa, jgn salah suda . 


NOTE : Tutorial ni bukan nak suro korang jadi hot setaff . Tujuan aku buat tutor ni untuk bukak sikit mata korang yg sangat fanatik terhadap LIKE LIKE ni . Nampak tak betapa murahnya nilai LIKE di situ ? Hujung jari sahaje ;)


Actually menda ni memang lah menjadi .
Tapi, senang jugak facebook korang dihack sebabnye korang
dah set kan privacy kepada public .
Dan security untuk facebook korang automatik akan jd lemah .
Makesure lepas dah dapat likes yang banyak tu korang change
balek privacy setting ye . Jangan wat Public da .
DAN aku tak bertanggungjawab atas apeape 
yg akan berlaku pada FB korang ye HARAP MAKLUM -.-
Aku cuma ajar jer. Side effect dia korang bley pk sendiri :)


-Coming soon- 

Cara nak dapat beratus² Likes .
Tekan SINI kalau setuju :P

Thank you :D

P/s : Kepada peminat autolike ni, adakah kamu semua forever alone ? Haha :P



kredit to:http://pensildanbukunota.blogspot.com

Cara Nak Update Status Facebook/Twitter Secara Automatik/Berjadual

Tutorial kali ini adalah cara untuk update status di facebook/twitter anda secara automatik. Anda mungkin sibuk/lupa tarikh untuk mengucapkan happy besday kepada rakan anda, jadi melalui aplikasi ini, anda boleh mendahului masa. Anda hanya perlu membuat status anda dan menetapkan masa untuk di'publish'kan.

Jadi untuk mencuba aplikasi ini, klik SINI

Selamat Mencuba.
 kredit to :http://kaki-blog-htj.blogspot.com

Jom pulihkan hard disk bad sector, not accessible, not formatted dengan HDD REgenerator. Read more: http://cybertroy.com/blog/1571/jom-pulihkan-hard-disk-bad-sector-not-accessible-not-formatted-dengan-hdd-regenerator/#ixzz2AM90gHJT


not format
not
Study case: External Hardisk
Adakah anda Pernah mengalami External hard disk yang mengeluarkan Alert seperti di atas?  Biasanya berlaku pada External Hard Disk yang tak dijaga dengan baik misalnya selalu jatuh dan disconnected dari PC tanpa Eject menggunakan Windows Safe Removal.
First of all, mestilah pastikan dahulu Alert di atas muncul bukan disebabkan , USB cable yang rosak atau pun Casing yang Rosak. Kalau sudah comfirm bukan masalah hardware barulah masalah boleh dikaitkan dengan hard disk bad sector atau masalah dalaman hard disk tersebut.
Ada dua cara nak membuatkan Hard disk tersebut boleh di access kembali.
 
1)Format dan lakukan Hard Disk Recovery. Cara ini pastinya lambat dan membuang masa. selagi anda belum menekan butang “Yes”untuk format. Anda disarankan guna software bernama HDD REgenerator.
2)Menggunakan HDD Regenerator
Make sure anda gunakan yang ada crack dan full version.
Buka program HDD Regenerator. Tampilan nya seperti pada gambar dibawah:
hdd
Click pada “Click here to repair physical bad sectors on damage drive surface directly under Windows (XP, Vista, 7)”
Choose Drive to Process: Pilih hard disk yang bermasalah, Jika anda ada dua hard disk pastikan anda tahu jenama Hard Disk anda yang bermasalah (etc; Hitachi, Western Digital, etc). Kemudian klik “start Process”
Tampilan dibawah akan keluar:
hdd repair
Enter choice nombor 2: Normal Scan (With/Without) repair
Enter choice nombor 1 : Scan and Repair
Seterusnya , tunggu sehingga prosess scanning dan Repair habis.
scanning
Proses berlangsung tergantung pada kerosakan hard disk anda, jika banyak bad sector jadi agak lama sedikit untuk di repair. Ia memakan masa antara 3 – 4 jam tapi hasilnya hard disk anda akan kembali pulih seperti biasa dan tiada lagi alert seperti mengkehendakkan anda format Hard Disk tersebut.


Read more: http://cybertroy.com/blog/1571/jom-pulihkan-hard-disk-bad-sector-not-accessible-not-formatted-dengan-hdd-regenerator/#ixzz2AM8gXXBK

Setitik air mata isteri, suami disebat 100 kali?

"setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang dia sayang, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan itu 100 kali di akhirat nanti"

Mungkin ada sesetengah orang yang pernah ternampak statement tu kat mana-mana. First impression masa aku ternampak ialah "oo..bunyik macam hadis sebab ada melibatkan sesuatu tentang hukum-hakam Allah,.tapi first time aku dengar (jikalau) ada hadis berbunyi camtu." Please, tell me the truth..kalau ada yang mengetahui.

Secara jujurnya, aku tak mahir bab-bab hadis ni tapi sesetengah orang mungkin berpendapat kalau diorang keluarkan hujah camtu atas dasar supaya tiada suami-suami yang menzalimi isteri, ianya tak apa. But, is it true? Aku sendiri tak tahu nak explain perkara tersebut. Sebab sebagai manusia yang lemah, sejauh mana yang kita boleh nampak untuk overestimate tentang hukum-hakam "beyond" daripada apa yang telah dinyatakan dalam Al-Quran atau panduan hadis sahih? Sejauh mana kita pasti yang sesuatu hujah tu boleh memberi 100% kebaikan dan tak ada langsung keburukan?

Berbalik kepada definisi hadis:

Hadits adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadits dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadits merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an.
*adakah statement paling atas tu satisfy definition hadits (sanad bersambung)?
Nak ikutkan, banyak jenis-jenis hadis yang wujud. Salah satunya ialah hadis Daif atau hadis yang lemah (reference lemah, perawi diragui). Tinggalkan 100% hadis daif jugak tak patut a.k.a bidaah dan sebenarnya ada syarat untuk guna hadis Daif ni. First, tak boleh sandarkan 100% ke atas Rasululah walaupun ianya tak putus atas sebab kelemahan perawi sendiri. Second, hadis tak boleh terlalu lemah. Third, tak ada hadis lain yang membicarakan hadis tersebut punya content. Fourth, tak bercanggah dengan syarak. Even Imam Bukhari gunakan hadis daif dalam kitab Al-Adab dan Al-Mufrad.
Apa akan jadi kalau hadis daif dipegang setaraf dengan hadis sahih dalam masyarakat tanpa diorang tahu yang hadis tu bukan hadis sahih? Impression orang terhadap mudahnya Islam mungkin boleh berubah. Kalau suami tegur isteri tetibe si isteri tacing2 lalu menangis satu baldi air mata? Dalam rumah tangga, even perkara kecik pun boleh bagi perempuan nangis.. Contohnya apabila suami taknak manja-manja atau gedik-gedik dengan isteri. Si isteri sayang si suami tetapi suami itu terlampau sibuk dengan kerja untuk bermanjaan. Lalu si isteri pun menangis teresak-esak sambil masak kari kurang garam. Maka cuak berganda-gandalah si suami tersebut. Aku tak belajar ilmu tafsir..so, mungkin aku salah tafsir..begitu juga dengan orang lain. Sedangkan hadis sahih pun boleh ada orang salah tafsir, inikan statement kat atas tu. Kalau tak nak percaya 100% a.k.a tak yakin 100%, kenapa perlu meyakinkan orang lain sampai diorang percaya 100%.
Bab suami isteri ni banyak je sumber kita boleh carik. Try usha Kitab Muhimmah by Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani. Kalau nak interpret susah, suruh Ustaz Kazim cite..lol.
Explanation pasal suami menzalimi isteri.. Tak ada term suami "derhaka" kat isteri. Tapi ada term suami "derhaka" kat Allah kalau meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Hak isteri dan batas suami pun ada dinyatakan.
Another thing, pasal public figure... apabila sampaikan sesuatu kat orang ramai, assume 100% boleh terima pendapat kita. Which means kalau pendapat salah, 100% orang jadik salah. Aku taknak nyatakan conclusion aku pasal ayat kat atas sekali tu sebab aku tak cukup ilmu bab-bab ni. Kalau pasal matematik mungkin boleh. Sebaik-baiknya, tanyalah orang yang tahu.
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." (AL-Jaatsiyah, ayat 18)

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.


Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."


Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."


Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."


Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.


Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah- mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.


WAALLAHUALAM

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah- mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

WAALLAHUALAM

Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…
Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

How To Get Free HDTV






In this video I'll show you how to tune in to Free HD channels using an antenna and an ATSC digital tuner.

ANTENNA WEB:
http://www.antennaweb.org

ATSC DIGITAL TUNER:
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B001IWOB36
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B002RL8I2W
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B0014F9U6U

HD TELEVISION:
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B004SHKELG
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B004NOXMJK

COMPONENT CABLE:
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B001MSU1HQ

HDMI CABLE:
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B000VYSM14

ANTENNA:
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B0027FGW3K
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B001BRXW74
http://astore.amazon.com/avspe-20/detail/B00009W3E2

BigNate84 How To Videos
http://www.youtube.com/playlist?list=PLB55FF783126A5357

YouTube -http://youtube.com/bignate84
Blogger -http://bignate84.blogspot.com/
Facebook -http://facebook.com/bignate84
Amazon -http://astore.amazon.com/bignate84-20
Twitter -http://twitter.com/BigNate84HowTo
VideoJug -http://www.videojugpages.com/users/BigNate84
Instructables -http://www.instructables.com/member/BigNate84

Melumpuhkan, Buang atau Rid Facebook Timeline Selamanya


Hi semua pengguna seperti kita semua tahu bahawa 90% daripada pengguna facebook Kronologi kesal mempunyai ini. Dan ini akan membuka pintu bagi hacker untuk mengeksploitasi mereka, bermakna mereka mendakwa untuk mengeluarkan garis masa anda dalam beberapa minit tetapi sebenarnya mereka mengeksploitasi anda dalam sedikit seperti spam, menjangkiti dan mencuri kelayakan anda dan memaksa anda untuk memasang aplikasi beberapa atau suka laman web mereka dan pada akhirnya mereka akan memberi anda alasan mengatakan bahawa "Saya tidak bertanggungjawab bagi", "saya telah mencuba tahap saya terbaik tetapi ..." atau "ini adalah mustahil untuk dilakukan". Tetapi kini ia lebih hari ini kita berada di sini untuk memberitahu anda 1 paling mudah, cara termudah dan paling selamat untuk menghilangkan garis masa facebook anda tanpa sebarang spam atau kehilangan wang anda.


Follw itu langkah-langkah di bawah:

1. Pertama sekali memulakan pelayar kegemaran anda yang anda sayangi yang palingcontohnya -. Firefox

2. Pergi kepada www.timelineremove.com

. 3 Tatal ke bawah sehingga anda melihat sesuatu seperti ini:

4. Pilih pelayar yang anda gunakan sekarang (Ia secara automatik akan memilih pelayar anda dan mula memejam).

5. Klik pada logo pelayar untuk memasang lanjutan yang diperlukan untuk.

6. Sekarang ia akan membuka tab baru dan meminta anda untuk mengucapkan halaman mereka (pilihan).

7. Tahniah!! kini garis masa facebook anda akan dipadam. 


Nota: - Ia sebenarnya tidak akan mengeluarkan garis masa anda tetapi ia akan membuat anda berasa seperti anda tidak mempunyai garis masa.

Menikmati .......

MACAM MANE NAK UNLOCK SOFWARE

Macam mana nak Unlock Software? 
Labels: hack, komputer, software 
Kongsila Plizzz..^_^)' | 

Unlock Software - menjadikan perisian itu penuh

Dalam apa jua perisian yang aku pakai, amat jarang sekali aku membeli menerusi internet mahupun diluar, sebab aku takde duit dan aku memerlukanya. Jadi aku tak mengunakkan kesempatan ini kearah yang lagi tak elok dengan menjual balik software2 tu kepada orang lain, i am just use as a propose only. For myselft and for fun . XD, keep reading...


Sekarang mungkin ada yang masih baru dengan mencracking software nie atas tujuan tertentu, jadi bagi mereka yang kurang arif untuk mengaktifkannya sila rujuk disini. Aku hanya bagitahu beberapa kaedah dan konsep yang ada untuk mengakses perisian itu. Ingat setiap apa yang dilakukan tentu ada risikonya, jadi risiko dan tanggungjawab terserah kepada sedara. Sebelum melakukan kerja ini, aku nak bagitau serba sedikit pasal keburukkan mengcracking ni jika tak berhati-hati.

Akibat Berzina


ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

Rahsia Besar Di Sebalik Hukum Sebat Penzina


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian. Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(Surah An-Nur: 2)
HUKUM SEBAT PENZINA DARI SUDUT SAINTIFIK
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Imuniti Dan Hikmah Pelaksanaan Hukum Sebat Keatas Penzina (Hukum Hudud)
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas: