Embun OS Opensource Buatan Malaysia

Semalam aku chat dengan orang yang agak power dalam bab open source ni.Aku tanya beliau ada tak operating system buatan Malaysia.Dia cakap ada namanya Embun tu pun berasaskan Ubuntu.

Aku ada juga cita-cita nak cuba buat operating system sendiri.Tapi mustahil aku mampu buat kerana kurangnya ilmu.Mungkin ini angan-angan kosong jer kot.

Aku cakap pada beliau mengapa tak glamour os Embun ni.Dia cakap mungkin kerana kurangnya promosi.Hasil perbualan aku dengan beliau.Beliau pun bagi kat aku pasal projek-projek open source yang sedang di ubahsuai ke dalam Bahasa Malaysia.

Kalau rasa nak cuba Embun boleh download OS Embun , aplikasi yang sedang di translate ke dalam Bahasa Malaysia dan projek khas untuk Ubuntu