Tips Mendapat Anugerah Usahawan Daripada Kerajaan


Assalamualaikum,
Hari Khamis dan Jumaat saya dan beberapa yang lain telah melawat beberapa premis usahawan bumiputera Pulau Pinang untuk dinilai bagi memenuhi kehendak pengiktirafan anugerah usahawan bumiputera peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2007.
Sebagai perkongsian, saya berikan apa yang awak perlu lakukan supaya anda tidak memenangi sebarang pengiktirafan mahupun anugerah dalam bidang keusahawanan.
  1. Penampilan diri perlu biasa-biasa sahaja. Awak boleh pakai baju yang dah lama dan buruk supaya bila orang tengok awak di depan kedai awak, diorang takkan ada rasa nak masuk kedai awak. Kalo awak ditanya oleh pelanggan, jangan senyum, dan buat-buat tak tahu saja! Dan kalo boleh jangan jadi peramah
  2. Pastikan kedai awak bersepah-sepah macam rumah bujang budak-budak kolej. Kalo boleh letakkan barang-barang yang boleh menghalang pintu masuk ke kedai awak. Lagi susah orang nak mencari barang di kedai awak, lagi sedikit markah awak dapat…
  3. Pastikan kedai awak tak nampak macam kedai. Kalo boleh jangan letak apa-apa signboard atausignage. Kalo awak jual buku, pastikan kedai awak tak nampak macam kedai buku…
  4. Kalo awak pengusaha perabot, pastikan design perabot awak adalah design lama dan kompleks. Gunakan kayu bermutu rendah dan pastikan kilang awak penuh dengan habuk kayu. Sistem sedutan habuk kayu secara automatik akan hanya menerbangkan duit minyak kereta awak…
  5. Pastikan awak tidak registerkan brand awak sebagai harta intelek, supaya nanti ada lanun yang senang-senang boleh ciplak brand awak…
  6. Kalo awak pengusaha spa, pastikan awak letakkan penyambut tetamu yang hodoh dan bergigi jongang. Nanti tak ramailah yang datang ke spa awak dan senanglah sikit kerja awak. Pastikan jugak spa awak tidak menonjolkan apa-apa konsep yang menarik, cukup ada sebijik katil sahaja. Konsep ala-ala Bali dan sebagainya akan hanya menarik pengunjung, awak tak mahu pengunjung kan?
  7. Kalo awak usahawan batik, pastikan design batik awak tu kurang menarik. Juallah batik awak denganharga yang mencekik darah supaya kurang yang membeli batik awak. Jadi, awak boleh claim yang batik awak amat eksklusif, dua tiga helai saja di dunia…
  8. Jangan promosikan produk awak, iklan, pamplet, tajaan rancangan, branding dan sebagainya hanyalah membuang duit awak. Juga, tidak perlu sertai mana-mana ekspo, showcase dan misi perdagangan, semua ini akan hanya membuang masa awak…
  9. Pastikan awak tidak ada buku akaun. Jangan catatkan apa-apa maklumat kewangan dan jangan sekali-kali melantik juruaudit untuk audit kewangan perniagaan awak. Juga, pastikan akaun awak tidak dikemaskini. Yang paling penting, jangan bayar cukai…
Rasanya, itu sajalah kriteria yang melayakkan awak bergelar usahawan paling hampeh. razz
Saya masih ada empat syarikat untuk dinilai pada minggu depan.. Janganlah ada yang mengikut tip-tip yang saya berikan. Oh, jangan ingat semua usahawan di Pulau Pinang ada ciri-ciri di atas..
Semoga bertemu lagi,
~leLabu~

hadis hindar diri dari marah

mafhum hadis--apabila Nabi S.A.W dan saidina Abu Bakar R.A dicaci dan dimarahi oleh seorang yahudi, maka mereka diam sahaja... apabila saidina Abu Bakar R.A bangun dan memarahi orang yahudi itu, maka Nabi S.A.W pun bangun dan beredar... apabila ditanya oleh saidina Abu Bakar R.A selepas itu, Nabi S.A.W bersabda, yang mafhumnya, ketika saidinia Abu Bakar R.A dimarahi dan sabar, dia dikelilingi malaikat, dan apabila dia marah, malaikat beredar dan syaitan mula mengelilingi beliau... dalam agama kita, kita kena elakkan sebarang pertikaman lidah... bila ada orang nak bergaduh, bangun dan beredar sahaja.

Web Untuk Buat Form

https://docs.google.com