Website Naruto Story

http://narutoverse.blogspot.com
http://www.narutocentral.com/

APALAH SANGAT YG NAK DIBANGGAKAN PADA PARAS RUPA...

Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, ingin dibuat teman
atau pacaran. Dia akan jadi rebutan.

Namun, apakah harga sekujur tubuh walaupun cantik dan
memikat. Apakah nilai sekeping jasad yang indah mata memandang.
Yang rambutnya ikal mayang. Hidung bak seludang.
Bibir bak delima merekah. Pipi bak pauh dilayang. Yang pinggangnya
ramping, dadanya bidang. Tetapi akalnya kurang.
Iaitu akal yang tidak ada ilmu, bodoh, tidak tahu dan tidak
faham, tidak boleh dibawa berbincang. Dia tidak ada pendapat
atau buah fikiran. Semua persoalan dijawab dengan senyuman
kosong yang tidak mempunyai apa-apa erti. Lebih-lebih lagilah
kalau dia gila dan kurang siuman. Percakapannya tidak logik
dan tidak seimbang. Hanya meracau-racau, tidak ada pertimbangan.
Apa yang salah pada orang, betul pada dia. Apa yang
betul pada orang, salah pada dia. Dia anggap semua orang lain
gila. Dia sahaja yang tidak gila. Itulah tanda dia gila.
Kalau bodoh atau gila, cantik macam manapun tidak diambil
kira. Jasad dan tubuh akan hilang cantiknya kalau bodoh atau
gila. Itu bukti akal itu lebih utama dari paras rupa. Malahan
alau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
kecantikan paras rupa hanya akan terserlah bila kita ada akal
yang sempurna.

Namun, apakah harga sebuah akal walaupun bijak dan
berilmu sekalipun. Apakah nilai sebuah akal yang tahu segala
sesuatu. Pandai berhujah, pandai menyelidik, pandai mengkaji
dan pandai merumuskan sesuatu. Kalau hati jahat, gelap dan
kotor. Iaitu hati yang penuh dengan dosa dan noda. Hati yang
penuh dengan bermacam-macam sifat kotor dan keji. Khianat,
tamak, bakhil, dusta, kasar, pemarah, angkuh, sombong, penting
diri, buruk sangka, hasad dan dengki. Nafsu yang rakus dan buas
macam kuda liar. Meronta-ronta hendak merebut dunia seolaholah
tidak akan mati. Lebih-lebih lagilah hati yang tidak kenal
Tuhan. Yang tidak cinta dan takut dengan Tuhan. Yang telah
menabalkan nafsunya sendiri menjadi Tuhan. Tidak ada akhlak
kepada Tuhan. Tidak ada akhlak sesama manusia.

Apa ertinya orang yang kacak, lawa dan tampan pula, punyai
akal yang bijak dan tajam, tetapi jahat dan tidak berakhlak. Kufur
kepada Tuhan. Kasar pada manusia. Menindas, menekan dan
menzalimi manusia. Kacak dan lawakah orang seperti ini? Cantik
dan tampankah orang yang seperti ini? Cerdik dan pandaikah
orang seperti ini? Kalau pun cantik, kalau pun tampan, kalau
pun cerdik semuanya akan tenggelam di dalam kejahatan dan
kehinaan akhlak dan peribadinya. Orang akan benci. Orang akan
marah. Kepintaran akal dan kecantikan paras rupanya akan
hilang dan menjadi samar kerana perangainya yang seperti
haiwan.

Hati dan rohlah yang paling berpengaruh. Kalau hati baik
dan luhur, ia akan terpancar kepada akal dan jasad. Hati dan roh
itu adalah hakikat diri manusia. Manusia itu adalah hati dan
rohnya. Berusahalah untuk mencantikkan hati. Kecantikan hati
itu lebih utama dari kecantikan akal dan paras rupa. Bila hati
cantik, akal akan bersinar. Bila akal bersinar, kecantikan paras
rupa akan terserlah. Sebaliknya bila hati gelap, akal akan menjadi
malap. Malap akal maka lenyaplah kecantikan paras rupa.
Kecantikan akal dan paras rupa akan habis di dunia. Kecantikan
hati akan bersinar sampai bila-bila, kekal tanpa penghujungnya
sampai ke Akhirat.

MADAH HATI

Tuluskanlah hatimu dengan cinta kepada Tuhan
Sinarilah hatimu dengan takutkan Tuhan
Hiasilah hatimu dengan segala sifat kebaikan
Murnikanlah hatimu dari dosa dan kesalahan
kerana hati tempat jatuh pandangan Tuhan
Hati itu raja dalam diri manusia
Baik hati baiklah peribadi
Penuh kasih sayang dan simpati
Akhlak yang indah memikat hati
Sesiapa sahaja yang mendekati