Semak Nombor Telefon


Kenapakah perkhidmatan ini di sediakan? Kegunaanya ialah untuk anda menentukan sama ada nombor telefon mudah alih yang anda hendak hubungi itu berada dalam rangkaian yang sama atau pun tidak kerana sekarang anda semua boleh boleh menukar mana-mana Telco dan sukar untuk anda mengenalpasti siapakah penyedia perkhidmatan tersebut jika berdasarkan nombor iaitu 012/016/018/019. Kalau dulu senang lah, sebab kita tau cuma berdasarkan nombor, sekarang dah lain.

Mengapa anda perlu menyemak rangkaian? kebanyakan jika berlainan rangkaian, caj panggilan mungkin berbeza yang terdiri daripada:
  • Panggilan On-Net (iaitu dalam rangkaian yang sama)
  • Panggilan Off-Net (dalam rangkaian yang berlainan)
Dan oleh itu, dengan menyemak nombor telefon mudah alih tersebut anda mungkin boleh set bajet berapa lamakan anda hendak bercakap berbual dengan si dia.

Jika hendak menyemak anda bolehlah ikut cara-cara mudah dibawah. Semua SMS yang anda hantar dan diterima untuk menyemak nombor mudah alih menerusi SMS adalah percuma.
  • Penguna Celcom : Taip: check ( nombor telefon ) hantar ke 22099
  • Contoh: check 0191234567 hantar ke 22099
  • Penguna Maxis : Taip check ( nombor telefon ) hantar ke 22011
  • Contoh: check 0121234567 hantar ke 22011
  • Penguna DIGi : Taip check ( nombor telefon ) hantar ke 2000
  • Contoh: check 0161234567 hantar ke 2000
  • Penguna Umobile : Taip check ( nombor telefon ) hantar ke 28011
  • Contoh: check 0181234567 hantar ke 28011
Selain menerusi SMS, anda juga boleh menyemak menerusi perkhidmatan internet klik Mobile Number Check. Perlu diingatkan, penyemakan adalah dihadkan sebanyak 20 kali semakan bagi setiap nombor. Perkhidmatan ini disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.