AWAS! KOOBFACE SEDANG MENYERANG FACEBOOK!.

Baru-baru ini, facebook digemparkan dengan satu virus yang telah menyerang ramai pengguna Facebook, dan ianya tersebar melalui Facebook's IM (Instant Messaging a.k.a. chatbox). Ia bermula lebih kurang macam ni;

************************************
"Hi. How are you?"

(anda jawab)...

"Wanna laugh? "

(anda jawab)...

"Is it you on the video? want to see?"

<link video>

~sebaik sahaja anda klik link tersebut, anda akan diminta agar download plug-in seperti Flash Player. Jika anda melakukannya, maka anda berada dalam bencana!
***********************************
Contoh2 ayat yang lain ialah:

• Paris Hilton Tosses Dwarf On The Street
• You must see it!!! LOL.
• My friend catched you on hidden cam
• Examiners Caught Downloading Grades From The Internet
• Is it really celebrity?
• You look so amazing funny on our new video
• Funny Moments
******************************************

Pada hemah saya, virus ini bernama Koobface(sebenarnya ia adalah sejenis worm). Koobface adalah anagram bagi perkataan 'FACEBOOK'. Koobface adalah worm komputer yang sangat dahsyat dan berbahaya. Ia mensasarkan laman web sosial yang popular. Berikut adalah pandangan pakar mengenai virus ini:

Quote
According to many Internet Security experts, Koobface is one of the most deadly and viral infections of all time.

Quote
Kaspersky Lab, which stands out among the best of the antivirus organizations stated that “the worms transform victim’s machines into zombie computers to form botnets.”


Koobface mula berleluasa di internet pada bulan Desember tahun 2008. Kemudian, ia menyepi seketika tetapi ia kembali mengganas pada bulan Mac 2009. Terkini, ia semakin bermaharajalela..malah sangat bermaharajalela. Sebaik sahaja virus tersebut memasuki komputer, ia akan menjadikan performance komputer semakin perlahan dan lembab, komputer tidak dapat dikawal dengan sempurna, tidak dapat access sesetengah website, dan lain-lain masalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Koobface, boleh baca melalui link ni;
http://en.wikipedia.org/wiki/Koobface
http://www.facebook.com/help/?page=18937
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20100312082308AATH7i7

Anda jangan sesekali klik link video tersebut. Tetapi jika anda telahpun klik, jangan bimbang, mungkin ini penyelesaiannya;

Jika komputer anda turned off secara automatik kemudian ia restart balik dalam safe mode, sila ikuti langkah berikut;

1. Klik butang 'Start'
2. Search 'msconfig' dan run
3. Pilih 'Boot' tab. Jika komputer anda telah infected, ia akan kelihatan macam ni;



4. Sila untick 'safe boot' .



5. Klik 'OK' dan restart balik komputer anda.

___________________________________________________________________

Untuk menghapuskan malware Koobface ini secara automatik, saya rasa malwarebytes Anti Malware adalah yang terbaik. Boleh download dari sini ye;  http://forums.malwarebytes.org//index.php?showtopic=9573 . Selepas download, kemudian install dan scan terus komputer anda. Malwarebytes Anti Malware akan mengesan segala jenis malware yang tersembunyi dalam komputer anda. Setelah selesai delete malware tersebut, sila tukar password facebook secepat mungkin.
________________________________________________________________

Sekiranya virus tersebut tidak dapat dijejaki (dan ada juga sebahagian file Koobface yang boleh restore balik diri mereka ke dalam sistem komputer anda), maka anda boleh melakukannya secara manual iaitu dengan mendelete prosessnya dan registry filenya.
Berikut ialah cara melakukannya:

1. Tekan Alt + Ctrl + Delete untuk buka Task Manager

2. Sila tamatkan semua Koobface processes seperti;

- %SYSTEMROOT%\bolivar28.exe
- che07.exe
- bolivar28.exe
- %WinDir%\system32\nScan\ekrn.exe
- %WinDir%\system32\nScan\ecls.exe
- %WinDir%\system32\splm\ncsjapi32.exe
- %WinDir%\bolivar28.exe
- C:\Windows\fbtre6.exe

Sekarang, anda perlu mencari seterusnya remove registry file nya.

3. Taip 'regedit' dalam kotak RUN dan tekan Enter.

4. Cari kesemua Koobface Registry values yang telah diinstall ke dalam system komputer anda dan deletelah. Berikut adalah senarai yang perlu anda cari:

- HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Active Setup\Installed Components\Intelli Mouse Pro Version 2.0B\StubPath: “%WinDir% \System32\splm\ncsjapi32.exe”
- HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”
- HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce\*Intelli Mouse Pro Version 2.0B*: “%WinDir% \System32\splm\ncsjapi32.exe”
- HKEY_USERS\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\RunOnce\*Intelli Mouse Pro Version 2.0B*: “%WinDir% \System32\splm\ncsjapi32.exe”
- HKEY_USERS\Software\Microsoft\Windows\nScan32\ExecuteDate: “14\8\2008″
- HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”
- HKEY_USERS\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run\Intelli Mouse Pro Version 2.0B: “%WinDir% \System32\splm\ncsjapi32.exe”
- HKEY_USERS\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced\Hidden: “2″
- HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating


Sekian. Diharap dapat membantu.


Sumber

:: 3 Lagu Opick Sekaligus - Lagu Mendidik Jiwa ::


Rapuh


Detik waktu terus berjalan..
Berhias gelap dan terang..
Suka dan duka tangis dan tawa..
Tergores bagai lukisan..

Seribu mimpi berjuta sepi..
Hadir bagai teman sejati..
Di antara lelahnya jiwa..
Dalam resah dan air mata..
Ku persembahkan kepadaMu..
Yang terindah dalam hidupku..


Meski ku rapuh dalam langkah..
Kadang tak setia kepadaMu..
Namun cinta dalam jiwa..
Hanyalah padaMu..

Maafkanlah bila hati..
Tak sempurna mencintaiMu..
Dalam dada ku harap hanya..
DiriMu yang bertakhta..

Detik waktu terus berlalu..
Semua berakhir padaMu..





------------------------------------------------------------------------------------


Bila Waktu Telah Berakhir


Bagaimana kau merasa bangga..
Akan dunia yg sementara..
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi..
Meninggalkan dirimu..

Bagaimanakah bila saatnya..
Waktu terhenti tak kau sadari..
Masihkah ada jalan bagimu.. 
Untuk kembali mengulangkan masa lalu..

Dunia dipenuhi dengan hiasan..
Semua dan segala yg ada..
Akan kembali padaNya..

Bila waktu tlah memanggil..
Teman sejati hanyalah amal..
Bila waktu telah terhenti..
Teman sejati tingallah sepi..




--------------------------------------------------------------------------------------


Tiada Duka Yang Abadi



Tiada duka yang abadi di dunia..
Tiada sepi merantaimu selamanya..
Malam kan berakhir, hari a€kan berganti..
Takdir hidup a€˜kan dijalani..

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi..
Hati yang rindu tanda cinta dijalanNya..
Namun ku percaya hati meyakini..
Semua akan indah pada akhirnya..



Andai bisa ku mengulang..
Waktu hilang dan terbuang..
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi..

Tapi waktu tak berhenti..
Tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hambaMu ini..



Waktu berputar rembulan dan matahari..
Bunga yang mekar akan layu akan mati..
Malam kan berakhir, hari €˜kan berganti..

Takdir hidup €˜kan dijalani..


Andai bisa ku mengulang..
Waktu hilang dan terbuang..
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi..
Tapi waktu tak berhenti..
Tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hamba-Mu ini..



Andai bisa ku mengulang..
Waktu hilang dan terbuang..
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi..
Tapi waktu tak berhenti..
Tapi detik tak kembali..
Harap ampunkan hamba-Mu ini..
Harap ampunkan hamba-Mu ini..........



---------------------------------------------------------------------------------


Aku memang suke ngan lagu2 Opick.
Lirik sangat best..
Buka hati dan hayati liriknyer.......

Cara Nak Buat Blog Tukar ke Web lain
















copy & paste di web anda & tukar ke,website yg dikehendaki..

<meta HTTP-EQUIV='refresh' content='20;URL=http://www.google.com.my'/>

Mengapa ini semua harus berlaku?

Sunday, October 31, 2010 | Author: Fakhrullah Bin Mawardi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM






Sanggupnya Kamu

Astaghfirullah..Semoga Allah mengampunkan kesalahan-kesalahan kita semua..saya terpanggil untuk menulis entri ini selepas beberapa insiden yang kurang berkenan di hati saya secara jujurnya..bukan ingin memarahi sesiap, namun sebagai benih fikiran yang saya harap dapat ditanam dan dicambahkan dalam otak sesiapa yang melakukannya..

Kita bersama-sama akui tugas dakwah yang ingin kita bawa ke pelbagai pelusuk tempat. Ikhwah dan Akhwat saban minggu bermula dari awal tahun hingga pada saat ini melakukan pengorbanan dengan begitu dahsyat sekali. Contohnya ikhwah dan akhwat dari perak, setiap minggu bertebaran menyebarkan tarbiyyah kepada generasi-generasi remaja di pelbagai institusi pendidikan..dari perak ke kedah, ke penang, ke selangor, ke KL, serta dalam perak itu sendiri. Perkara ini yang pasti memerlukan perbelanjaan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit hanya untuk diinfakkan di jalan menyeru kepada Allah. Setiap minggu!

Cuba kita bayangkan, sebuah sawah ladang, kita yang memulakan cantasan semak samun, menggemburkan tanah, membajak sawah, menyisir sawahnya, lalu menyemai benih-benih hingga ia menjadi tanaman yang bermanfaat buat sekeliling, namun, kita yang menanam benih tersebut, namun orang lain yang menuai hasilnya. Ini salah satu fenomena yang berlaku terutama di bahagian dakwah sekolah. Dibiarkan ikhwah akhwat kita setiap minggu terhegeh-hegeh bersusah payah mengorbankan pelbagai material dari awal tahun hingga sekarang, setelah berjaya membimbing pelajar sekolah tahu erti Islam sebenar, namun, pada akhir tahun ini, selepas "Donkey Job" orang lain lakukan, orang lain berkorban, dia hanya ingin memotong line dan merampas kesemua hasil tersebut dengan siraman racun perosak kononnya untuk mencegah tanaman tersebut daripada perosak.

Bukan Masanya

Bayangkan mad'u sekolah, yang baru tidak sampai setahun jagung dalam tarbiyyah, terus dipeningkan masalah kepelbagaian jemaah. Semoga tiada perkara buruk yang disampaikan. Namun satu benda yang pasti, mad'u-mad'u sekolah sudah mula pening dan akhirnya meninggalkan tarbiyyah atas doktrin yang diberikan dari sesuatu pihak. Ketika ingin berhalaqah, tidak lain hanya ingin bertanya mengenai jemaah. Apa ini?? mengapa kita mengajar dan menekankan bab jemaah semata-mata. Mengapa memperkenalkan jemaah sebelum islam?

Bukan kami tidak ingin mendedahkan mengenai jemaah, tapi bukan masanya. Kami tidak ingin melahirkan da'i-da'i yang berjuang hanya atas dasar jemaah. Kita mengetahu Marhalah-Marhalah dakwah, ada tahapan-tahapan dalam dakwah. Boleh tak tekankan dahulu aspek tarbiyyah, tekankan mengenai keikhlasan, tekankan mengenai hubungan dengan Allah? Salah satu faktor berlakunya keruntuhan dalam dakwah adalah tidak meletakkan tarbiyyah yang utama (Tariq Ad-Dakwah - Mustafa Masyur). Kita gusar kita melahirkan da'i yang mengajak kepada jemaah sedangkan Allah jelaskan dalam ayat rabbani :

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." 
[QS Al-Imran, 3:79]

Bukan mengajak menjadi pengikut kita, tapi ajak mereka menyembah Allah. Itu paling utama. Selagi mana Al-Quran dan Hadis menjadi pegangan utama. Rujukan-rujukan ulama' ditelaah dengan saksama. Benda-benda yang tiada sesatnya disampaikan. Maka, cukuplah ini menjadi sandaran.

Bukan masanya, jika pada peringkat awal pentarbiyyahan dan keikhlasan tidak dicantikkan dan ditekankan, nantika generasi pengganti yang lebih ikhlas dan sanggup berkorban demi agama Allah. Jika anda tidak sanggup melakukan pengorbanan sepanjang tahun, dan hanya ingin mengambil hasil pada akhir tahun, saya nasihatkan itu bukan langkah yang baik. Boleh tak, biarkan mereka mengenal Allah, ikhlas berbuat kerana Allah, menjaga hubungan dengan Allah, amalkan Islam dengan saksama, baru jemaah diutarakan?

Adab Perlumbaan

Jelas Allah menyampaikan dalam surah 5 ayat 48 bahawa kita dalam berbuat kebaikan haruslah berlumba-lumba. Saya pasti, disetiap perlumbaan, tiada yang ingin kalah, bahkan akan berusaha melakukan yang terbaik, namun ada manusia yang ingin memenangi perlumbaan contoh 100 meter pecut, mereka menyiku peserta yang lain, mereka menahan peserta lain, mereka menghalang peserta lain,..ini bukan adab perlumbaan. Kita dalam ingin berlumba, tolong sangat-sangat tanamkan sifat berlapang dada. Orang-orang yang faham akan agama akan menganggap perbezaan pendapat adalah satu rahmat. 4 Imam Mazhab walau ada yang tidak sependapat, namun indahnya sikap berlapang dada yang ditunjukkan, kerana mereka tahu apa yang dilakukan oelh Imam yang lain ada pegangannya yang tersendiri yang tidak lari dari kebenaran.

"Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (sahaja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu" [QS Al-Maidah, 5:48]

Siapa yang ketika berlumba lari sengaja kalah dan lariannya ke arah belakang? Pasti semuanya berusaha maju kehadapan dengan sebaik mungkin. Memang kita akan lakukan yang terbaik, dan akan berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT.

"Kepada masing-masing golongan baik golongan ini maupun golongan itu. Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi." [QS Al-Isra', 17:20]

Allah meletakkan baik bukan hanya satu golongan, namun kita akui banyak golongan baik mahupun sebalinya. Jika kita lihat 2 ayat sebelum ayat 20 diatas, golongan itu dan ini dikaitkan dengan ada golongan niat sebenarnya mengejar dunia, dan yang satunya mengejar akhirat. Tepuk dada tanya da'wah yang dibawa. Apa sebenarnya agenda sebenar yang ingin kita lakukan? Apa sebenarnya makar yang ingin ditimbulkan? Sikap kita dalam berjemaah tolong dijaga. Tanya dahulu diri kita apakah benda memotong usaha saudara yang lain itu sikap yang baik?

Generasi pengganti atau bakal diganti?

Kami secara jujur tidak kisah hasil dari usaha kami, kami hanya usaha yang terbaik, jika tarbiyyah dan dakwah yang kami sampaikan sudah tidak diterima oleh beberapa mad'u selepas dipeningkan, atau puak-puak lain yang tidak setuju dengan pembawaan kami, merasakan kami terlampau ekstrem dalam berkorban, kami yakin dengan janji Allah. satu benda yang pasti, ketiadaan anda di jalan da'wah dan tarbiyyah tidak akan menggugat sama sekali kedua mahligai ini, kerana bukan da'wah dan tarbiyyah memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan dan memperuntukkan dengan penuh komitmen da'wah dan tarbiyyah. Jika kita kikir atau kedekut, itu hanya jatuh kepada diri kita sendiri, kerugian sendiri kita tanggungi. Bahkan banyak lagi pengganti generasi yang lebih baik.

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini." [QS Muhammad, 47:38]

Janji Allah kami yakini. Semoga kita menjadi generasi yang menggantikan generasi yang lepas dan bukan bakal digantikan dengan generasi yang lain. Ayuh ikhwah akhwat, teruskan keikhlasan dalam kita berdakwah, memang kita sudah jelas jalan dakwah yang tidak akan sama sekali ditaburi dengan bunga-bungan, dan kita sudah jelas ada sahaja duri-duri yang bakal kita terkena, namun, teruskan perjuangan kita, amal kita amal kita, amal mereka amal mereka, yang penting jika kita merasakan apa yang dilakukan mereka kurang menarik di mata, kurang tertarik di hati, mari kita bersama jangan lakukan benda itu. Biar orang lain buat sebegitu, bagi kita, tidak sama sekali, sikap berlapang dada atas dasar ukhuwah kita akan terus cambahkan. Biarlah pada pandangan mata kasar hasil usaha kita diambil orang, namun mari tambah keyakinan kita pandangan dari Allah Azza Wa Jalla. Kita yakin Allah Mengetahu setiap sesuatu.

Akhir kata, tidak saya utarakan perkara ini jika bukan kerana sekali dilakukan, bukan berkala dilakukan, namun dalam tempoh waktu yang singkat di penghujung tempoh tarbiyyah di sekolah, dipelbagai tempat anda melakukan perkara itu. Jika kamu merasakan itu baik bagi kamu, dan yakin dengannya, terpulang kepada anda dan biar Allah menjadi Hakimnya. Atas dasar ukhuwah sesama islam, ayuh islamkan dahulu umat islam sekarang, mengapa masih ada sikap sebegini sesama kita, mari kuatkan sesama kita, lakukan posisi kita masing dengan penuh kesungguhan. Ibarat komponen dalam kereta, ada yang menjadi enjin, ada yang menjadi brek, ada yang menjadi stering, jika semua tidak ingin lakukan yang terbaik, maka merosaklah kereta tersebut. Bahkan dalam perkongsian lepas pernah saya sampaikan, kita bersama dalam usaha membina sebuah Istana yang kuat tersergam indah, kelompok masing-masing ada peranannya. Mungkin kami hanya membuat bahagian lantai, ada yang membuat bahagian pintu, ada bahagian tingkap, ada bahagian atap, maka, kita sama buat dan bina dengan baik bahagian amanah kita masing-masing. Semoga Allah akan memberikan pertolongnya kepada kita dalam mengembalikan status umat terbaik yang pernah dilahirkan dalam kalangan manusia.

Ya Allah, Engkau ampunilah kesilapan kami, terimalah amal kami, kuatkan keikhlasan kami, tingkatkan pengorbanan kami, hanya mengejar redha dari-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
http://sabahanmuslim.blogspot.com/2010/10/mengapa-ini-semua-harus-berlaku.html

Tips Mendapat Anugerah Usahawan Daripada Kerajaan


Assalamualaikum,
Hari Khamis dan Jumaat saya dan beberapa yang lain telah melawat beberapa premis usahawan bumiputera Pulau Pinang untuk dinilai bagi memenuhi kehendak pengiktirafan anugerah usahawan bumiputera peringkat negeri Pulau Pinang bagi tahun 2007.
Sebagai perkongsian, saya berikan apa yang awak perlu lakukan supaya anda tidak memenangi sebarang pengiktirafan mahupun anugerah dalam bidang keusahawanan.
  1. Penampilan diri perlu biasa-biasa sahaja. Awak boleh pakai baju yang dah lama dan buruk supaya bila orang tengok awak di depan kedai awak, diorang takkan ada rasa nak masuk kedai awak. Kalo awak ditanya oleh pelanggan, jangan senyum, dan buat-buat tak tahu saja! Dan kalo boleh jangan jadi peramah
  2. Pastikan kedai awak bersepah-sepah macam rumah bujang budak-budak kolej. Kalo boleh letakkan barang-barang yang boleh menghalang pintu masuk ke kedai awak. Lagi susah orang nak mencari barang di kedai awak, lagi sedikit markah awak dapat…
  3. Pastikan kedai awak tak nampak macam kedai. Kalo boleh jangan letak apa-apa signboard atausignage. Kalo awak jual buku, pastikan kedai awak tak nampak macam kedai buku…
  4. Kalo awak pengusaha perabot, pastikan design perabot awak adalah design lama dan kompleks. Gunakan kayu bermutu rendah dan pastikan kilang awak penuh dengan habuk kayu. Sistem sedutan habuk kayu secara automatik akan hanya menerbangkan duit minyak kereta awak…
  5. Pastikan awak tidak registerkan brand awak sebagai harta intelek, supaya nanti ada lanun yang senang-senang boleh ciplak brand awak…
  6. Kalo awak pengusaha spa, pastikan awak letakkan penyambut tetamu yang hodoh dan bergigi jongang. Nanti tak ramailah yang datang ke spa awak dan senanglah sikit kerja awak. Pastikan jugak spa awak tidak menonjolkan apa-apa konsep yang menarik, cukup ada sebijik katil sahaja. Konsep ala-ala Bali dan sebagainya akan hanya menarik pengunjung, awak tak mahu pengunjung kan?
  7. Kalo awak usahawan batik, pastikan design batik awak tu kurang menarik. Juallah batik awak denganharga yang mencekik darah supaya kurang yang membeli batik awak. Jadi, awak boleh claim yang batik awak amat eksklusif, dua tiga helai saja di dunia…
  8. Jangan promosikan produk awak, iklan, pamplet, tajaan rancangan, branding dan sebagainya hanyalah membuang duit awak. Juga, tidak perlu sertai mana-mana ekspo, showcase dan misi perdagangan, semua ini akan hanya membuang masa awak…
  9. Pastikan awak tidak ada buku akaun. Jangan catatkan apa-apa maklumat kewangan dan jangan sekali-kali melantik juruaudit untuk audit kewangan perniagaan awak. Juga, pastikan akaun awak tidak dikemaskini. Yang paling penting, jangan bayar cukai…
Rasanya, itu sajalah kriteria yang melayakkan awak bergelar usahawan paling hampeh. razz
Saya masih ada empat syarikat untuk dinilai pada minggu depan.. Janganlah ada yang mengikut tip-tip yang saya berikan. Oh, jangan ingat semua usahawan di Pulau Pinang ada ciri-ciri di atas..
Semoga bertemu lagi,
~leLabu~

hadis hindar diri dari marah

mafhum hadis--apabila Nabi S.A.W dan saidina Abu Bakar R.A dicaci dan dimarahi oleh seorang yahudi, maka mereka diam sahaja... apabila saidina Abu Bakar R.A bangun dan memarahi orang yahudi itu, maka Nabi S.A.W pun bangun dan beredar... apabila ditanya oleh saidina Abu Bakar R.A selepas itu, Nabi S.A.W bersabda, yang mafhumnya, ketika saidinia Abu Bakar R.A dimarahi dan sabar, dia dikelilingi malaikat, dan apabila dia marah, malaikat beredar dan syaitan mula mengelilingi beliau... dalam agama kita, kita kena elakkan sebarang pertikaman lidah... bila ada orang nak bergaduh, bangun dan beredar sahaja.

Web Untuk Buat Form

https://docs.google.com

Berdakwah la macam nabi

Assalamu'alaikum, tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian... dalam kita berusaha untuk mengajak manusia kepada Allah S.W.T, haruslah kita sentiasa beringat... setiap langkah, setiap nafas Nabi Muhammad S.A.W adalah punca kepada turunnya hidayah kepada manusia, asbab korban Nabi S.A.W dan para sahabat R.A, pintu hidayah terbuka luas untuk kita...

Jadi, bagaimanakah kita hendak buka pintu hidayah? Hanya dengan cara Nabi S.A.W, agama akan tersebar...

Lihatlah, Nabi S.A.W ada pelbagai cara hendak dakwah...

Akhlak Nabi S.A.W yang mulia, tiada tolok-bandingnya, asbab peribadi baginda S.A.W, ramai manusia tertarik pada agama Islam yang mulia ini...

Lihatlah pada cara Nabi S.A.W bertutur dan berhubung dengan manusia... Nabi S.A.W tidak mencela manusia lain untuk mengajak mereka kepada Allah S.W.T...

Ambillah iktibar daripada kisah Sayyidia Bilal R.A, yang Nabi S.A.W muliakan, sehingga beliau memeluk Islam...

Lihatlah, walaupun Abu Jahal menzalimi Nabi S.A.W, baginda S.A.W tetap menziarahinya untuk mengajaknya kepada Allah S.W.T...

Allah S.W.T memerintahkan kita supaya berdakwah... dan semasa berdakwah, kita harus BERSABAR!

Jauhi daripada menjatuhkan martabat saudara kita yang lain!

Jauhi daripada melukai hati mereka dengan kata-kata yang kesat dan kasar!

Muliakan saudara kita, ikutlah cara dakwah Nabi S.A.W, janganlah ikut nafsu...

Sabar, sabar, dan sabar, sehingga kita tidak boleh sabar lagi, iaitu apabila Izrael dan mencabut nyawa kita... waktu itu, memang kita tidak boleh sabar dah, kerana dah mati...

Jangan kita memusuhi saudara kita atas dasar dunia, atas kerana duit, mahupun apa-apa sahaja...

Kasihilah saudara kita, walaupun dia mencela kita...

Sayangilah saudara kita, walaupun kita dihina...

Hormatilah saudara kita, walaupun kita tidak dihormati...

InsyaAllah, semoga Allah S.W.T berikan kepada saya dan tuan-tuan kekuatan untuk amalkan sunnah Nabi S.A.W ini...

Ada 10 Cara Utk Elak Gaduh : Fakta

Ada 10 Cara Utk Elak Gaduh : Fakta

Sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!

Kawal Emosi - “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

Jangan Cari Pasal - “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai - “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang - “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka - ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

Jangan Ungkit Perkara Lalu - “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia - “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego - “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

Jangan Sikap Mengongkong - “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia - “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.

PETUA IMAM SYAFIE:

PETUA IMAM SYAFIE:
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Bagaimana untuk menambah butang Donate PAYPAL ke blog blogger anda (blogsot)

Posting ini menerangkan bagaimana untuk menambah butang menderma Paypal ke blog blogger (blogspot): -

Menambah butang derma Paypal ke blog anda akan memberikan pembaca setia anda peluang untuk menyokong (menggalakkan) anda dengan menderma satu dolar sahaja.
Jika anda tidak mempunyai akaun paypal lagi, .. anda boleh mendapatkan akaun Paypal Percuma di sini .

ya, mari kita lihat bagaimana untuk meletakkan butang sumbangan Paypal dalam blog anda ...

1. Pertama, Masuk ke akaun Paypal anda.
Pertama, Masuk ke accoun Paypal anda
2. Klik pada tab 'Perkhidmatan Saudagar' (lihat di bahagian atas halaman).

Klik pada tab 'Perkhidmatan Saudagar' (lihat di bahagian atas halaman)
3. Tatal ke bawah tetingkap dan anda akan melihat pilihan "Derma" di sidebar.Click kanan di atasnya!
Tatal ke bawah tingkap dan anda akan melihat pilihan

4. Kini, anda akan lihat beberapa pilihan seperti Donations nama / perkhidmatan, id derma, dan lain-lain dan lain-lain ..
Bidang pertama (nama Donations / perkhidmatan) adalah satu-satunya perkara yang diperlukan dan semua bidang lain adalah pilihan.
Masukkan bahawa bidang pertama, memilih gaya butang, tatal ke bawah tingkap dan klik pada "Create butang Now"
klik pada

5. Kini, anda akan melihat beberapa kod html ... Salinan dan masuk dalam papan pemuka blogger anda »Klik» layout »» Tambah elemen »» html / javascript »» dan tampal kod html dan JIMAT PERUBAHAN.

Berikut adalah bagaimana butang akan melihat dalam bar sisi anda


Trace IP

http://aruljohn.com

4 Golongan lelaki Yang Akan Ke Neraka..

Antara 4 golongan lelaki yang akan masuk ke neraka ialah:


Pertama : Ayahnya.
Apabila seseorang yang bergelar ayah..
Tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia...
Dia tidak memberikan segala keperluan agama..
Seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya...
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja..
Maka dia akan ditarik oleh anak-anak perempuannya..





Kedua : Suaminya.
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya...
Bergaul bebas di pejabat..
Memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram..
Apabila suami mendiamkan diri..
Walaupun Sang suami seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)..
Maka dia akan ditarik oleh isterinya..



Ketiga : Abang-abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada..
Tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya..
Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja..
Dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...
Tunggulah tarikan kakak atau adik perempuannya di akhirat...



Keempat : Anak Lelakinya.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu..
Perihal kelakuan yang haram dari Islam..
Maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak..
Nantikan tarikan ibunya.



Masya Allah..Nauzubillah min zalik…!!





Kepada kaum Lelaki..

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita..
Bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..
Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak..
Harus memainkan peranan mereka yang sebenar dalam firman ALLAH S.W.T :


"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
~Surah At-Tahrim : Ayat 6~




Kepada kaum Wanita..

Hai wanita..
Kasihankan ayah anda..
Kasihankan suami anda..
Kasihankan abang-abang anda..
Kasihankan anak-anak lelaki anda..


Kasihanilah mereka..
Serta juga diri kamu sendiri..
Jalankan perintah ALLAH S.W.T..
Dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..


P/s:
Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak...
Nilai seseorang muslim adalah sangat berharga...
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA..
Janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T...
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab...
Amin Ya Rabb..


Selamat beramal.. =)
Wallahualam.. 





Sumber: http://syakiringroup.blogspot.com