Berdakwah la macam nabi

Assalamu'alaikum, tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T sekalian... dalam kita berusaha untuk mengajak manusia kepada Allah S.W.T, haruslah kita sentiasa beringat... setiap langkah, setiap nafas Nabi Muhammad S.A.W adalah punca kepada turunnya hidayah kepada manusia, asbab korban Nabi S.A.W dan para sahabat R.A, pintu hidayah terbuka luas untuk kita...

Jadi, bagaimanakah kita hendak buka pintu hidayah? Hanya dengan cara Nabi S.A.W, agama akan tersebar...

Lihatlah, Nabi S.A.W ada pelbagai cara hendak dakwah...

Akhlak Nabi S.A.W yang mulia, tiada tolok-bandingnya, asbab peribadi baginda S.A.W, ramai manusia tertarik pada agama Islam yang mulia ini...

Lihatlah pada cara Nabi S.A.W bertutur dan berhubung dengan manusia... Nabi S.A.W tidak mencela manusia lain untuk mengajak mereka kepada Allah S.W.T...

Ambillah iktibar daripada kisah Sayyidia Bilal R.A, yang Nabi S.A.W muliakan, sehingga beliau memeluk Islam...

Lihatlah, walaupun Abu Jahal menzalimi Nabi S.A.W, baginda S.A.W tetap menziarahinya untuk mengajaknya kepada Allah S.W.T...

Allah S.W.T memerintahkan kita supaya berdakwah... dan semasa berdakwah, kita harus BERSABAR!

Jauhi daripada menjatuhkan martabat saudara kita yang lain!

Jauhi daripada melukai hati mereka dengan kata-kata yang kesat dan kasar!

Muliakan saudara kita, ikutlah cara dakwah Nabi S.A.W, janganlah ikut nafsu...

Sabar, sabar, dan sabar, sehingga kita tidak boleh sabar lagi, iaitu apabila Izrael dan mencabut nyawa kita... waktu itu, memang kita tidak boleh sabar dah, kerana dah mati...

Jangan kita memusuhi saudara kita atas dasar dunia, atas kerana duit, mahupun apa-apa sahaja...

Kasihilah saudara kita, walaupun dia mencela kita...

Sayangilah saudara kita, walaupun kita dihina...

Hormatilah saudara kita, walaupun kita tidak dihormati...

InsyaAllah, semoga Allah S.W.T berikan kepada saya dan tuan-tuan kekuatan untuk amalkan sunnah Nabi S.A.W ini...