http://cic.jobsmalaysia.gov.my/html/stress1.html
PANDUAN MENANGANI TEKANAN DI TEMPAT KERJA








Tekanan Kerja



Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekananan mental.



Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif kepada individu sama ada dari segi mental dan emosi. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan pekerja.







ADAKAH ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA ?



Antara tanda-tanda tekanan adalah :-



Bersikap ganas (panas baran)

Gelisah

Gangguan selera makan

Gangguan tidur

Hilang tumpuan, motivasi

Kemurungan

Kerisauan yang berlebihan

Kelesuan

Mudah meradang

Perasaan bersalah





PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA



Jenis Pekerjaan

Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.





Peranan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.





Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan.





Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.





Perubahan dalam organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerjaan.







TUJUH LANGKAH MENANGANI TEKANAN KERJA







Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda.

Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.

Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.

Merasa seronok bekerja.









Rancang Kerja Anda

Kendali masa anda dengan bijak

Beri keutamaan pada kerja yang penting.

Jangan bertangguh kerja.

Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.

Mengagihkan kerja dengan bijak.









Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.

Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.

Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.

Ambil tindakan secara wajar.











Mempunyai Sikap Yang Betul

Terhadap Perubahan Dalam Kerja.

Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

Rancang perubahan secara teratur.















Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive).

Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.

Hormati pandangan rakan sekerja anda.









Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja

Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja.

Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.

Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.

Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.









Amalkan Cara Hidup Sihat

Luangkan masa untuk beriadah.

Dapatkan tidur yang mencukupi

Bersenam selalu.

Berurut atau mengunjungi spa.

Bercuti.

Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.

Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah.

Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama.













SENAMAN UNTUK MENGHILANGKAN MENGANTUK ATAU STRES



Melakukan senaman ringan di tempat kerja dapat menghilangkan rasa mengantuk dan stres seseorang. Animasi dibawah menunjukkan beberapa pergerakan senaman ringan yang sesuai untuk dilakukan di tempat kerja anda.