matchesfield: hubungan antara film naruto,,dajjal dan iluminati

matchesfield: hubungan antara film naruto,,dajjal dan iluminati: "Masashi Kishimoto terkenal lewat komiknya yang berjudul Naruto.. Namun setelah di perhatikan, musuh dan alur cerita di Naruto i..."

Driver Video Ms 6575E gratis - Rapidshare Hotfile Megaupload & Torrents

Driver Video Ms 6575E gratis - Rapidshare Hotfile Megaupload & Torrents

Konspirasi Dunia Obelisk


Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini. Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.
Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.
Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.
Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih
(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)
Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith). Perkataan obelisk berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!
Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:
Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m
Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris
Israel (1 buah)
Caesarea obelisk
Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino
Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari gyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)
Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul
United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatras Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London
Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatras Needle”, di Central Park, New York
Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya.
This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.



Sabda Rasullulah:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).” Hadis Riwayat Abu Daud
Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.
St. Peter Square, Vatican
Luxor Obelisk, Paris
Central park, New York
Sao Paolo. Brazil
Buenos Aires, Argentina
Pheonix Park, Dublin
Istanbul, Turki
London, England
Washington, DC
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. Luqman 13

Membersihkan Virus Win 32 Sality


Banyak antivirus yang boleh membersihkan komputer yang terkena jangkitan virus Win 32 Sality, tapi harus hati-hati, tidak semua antivirus yang mengandungi faksin untuk membasmi virus tanpa merosakkan atau mendelete fail.
Beberapa antivirus boleh mengesan adanya virus win 32 Sality pada komputer yang dijangkiti, tapi kerana tidak adanya vaksinasi, atau kerana software tersebut percuma dan bukan pro yang harus dibeli lesennya, maka antivirus tersebut tidak dapat membersihkan fail tersebut dari jangkitan virus, biasanya antivirus tersebut akan mendelete atau mengkarantina fail yang dijangkiti.
Akibat penghapusan fail dari antivirus tersebut, bila dokumen anda yang dijangkiti, maka dokumen-dokumen anda akan dipadam tapi anda masih boleh menggunakan program atau menjalankan komputer, tapi bila file exe dari program aplikasi atau system Windows, maka anda tidak boleh lagi menggunakan program bahkan system windows akan terganggu.
Kesan dari virus ini adalah menjangkiti sistem komputer, terutamba bila anda menekan kekunci Ctrl + Alt + Dell untuk membuka Task manager, Task manager tidak boleh dibuka dan akan muncul pemberitahuan "Task Manager has been disabled by administrator". Dan semakin jauh lagi akibat yang ditimbulkan oleh virus ini adalah tidak dapat membuka fail regedit.exe, tetap akan muncul mesej "Regedt.exe has been disabled by administrator", walaupun anda sendiri user acount pengurusnya.
Walaupun anda telah memformat ulang hardisk anda, dan menginstall semula windows anda, bila anda menginstall sebuah aplikasi dari partisi lain, atau dari flashdisk di mana anda menyimpan program instaler, maka windows anda akan kembali diserang virus Win32 Sality. Sebab virus tersebut bercokol di media simpanan tersebut, dan tidak semuanya program yang anda simpan tersebut terkena serangan virus, kemungkinan ada 1 atau 2 folder tempat program tersebut dijangkiti.
Untuk mengatasi serangan virus win 32 Sality tanpa perlu merosakkan fail atau mendelete file tersebut, anda perlu mencari antivirus yang dapat menghapus virus tanpa mengganggu fail. Ada beberapa antivirus yang dapat membuang virus Win32 Sality tanpa merosakkan atau mendelete fail, antara lain:
1. AVG Sality Remover

http://www.4shared.com/file/x6yTrjUo/Win32Sality_Remover_120504.html


Antivirus ini tidak boleh diinstall pada komputer yang sudah dijangkiti virus, anda harus mencabut hardisk anda dan memasangnya ke komputer yang tidak dijangkiti virus. setelah itu ikuti langkah berikut ini.
  • Hidupkan komputer
  • Jangan melakukan perintah Explorer pada hardisk yang dijangkiti
  • Install antivirus AVG Sality Remover
  • Lakukan Scan pada haridsk yang dijangkiti tersebut. Anda akan menemui virus yang mengganggu system anda.
  • Kemudian Scan juga media tempat simpanan fail program anda, kemungkinan ada 1 atau lebih folder tempat bersarangnya virus tersebut.
Sama kejadiannya seperti dengan antivirus AVG Sality Remover, antivirus ini juga tidak dapat diinstall pada system yang sudah dijangkiti.
Agar antivirus ini boleh dipasang pada komputer anda anda boleh menjalankan manual berikut:
  • Klik Start ==> Main, kemudian taip msconfig dan tekan Enter atau klik Ok
  • Pada tetingkap Msconfig, pilih tab menu "Service"
  • Centrang semua pilihan yang ada di dalamnya, kemudian klik butang "Disable All "dan klik Apply.
  • Kemudian klik Tab menu "Start up"
  • Centrang semua pilihan, kemudian klik butang "Disable All"lalu klik Apply danOk.
  • Restart komputer anda
Setelah komputer anda booting kembali anda lakukan langkah berikut ini
  • Install Antivirus Kasperskey
  • Scan mycomputer (semua Drive) dan tunggu nada peringatan dari KasperskyAntivirus.
  • Jika muncul POP UP, pilih disinfect untuk fail ber-sambungan *. exe untuk memperbaiki semua fail. exe anda dari Virus (Sality.s)
  • Setelah selesai memperbaiki semua file exe anda dari seluruh drive, Kembalikan setting msconfig ke kedudukan semula lalu restart komputer anda.
  • Mudah-mudahan komputer anda berjalan dengan normal kembali


http://dunovteck.wordpress.com