Apa Erti Kawan

Kawan... apa erti sayang
Jika hati tak senang
Kawan... apa erti kasih
Jika kau tersalah pilih

Kau... pandai bercerita
Surat panjang berjela
Kita tak pernah bersua
Aku tak suka bercinta

Apakah ertinya ini
Mengganggu akal dan hati
Lupakan saja, lupakan diriku
Kita di bangku sekolah lagi...

Hei! Jangan buang masa
Dengan berkhayal saja
Kawan lihat masa depan
Masih jauh di hadapan

Hei! Jangan main api
Nanti membakar diri
Ilmu harus kita cari
Kelak kita takkan rugi



entah kenapa lagu ni tiba-tiba muncul..hayatilah maksudnya..
sungguh mendalam...boleh dijadikan pedoman..(*_*")


RUHIL,the singer of this song..

ok.tahu ni lagu zaman-zaman mak-mak kita..saya suka ape..=P

Jadi kartunis dalam masa 5 minit dengan TBO dalam Ubuntu Lucid Lynx

Saya tidak ada bakat dalam melukis kartun. Kebanyakkan pembaca entry ini juga pastinya berkongsi ketidakpandaian yang sama dengan saya. Tetapi kalau saya kata anda boleh hasilkan komik simple dalam masa 5 minit dari sekarang, apa kata anda?

Saya ingin perkenalkan satu perisian dipanggil TBO. Perisian ini memudahkan segala kerja dalam penghasilan komik simple ala-ala senyum kambing dalam akhbar utusan malaysia. Anda tidak perlu melukis, mewarna, kerana semua karakter, bentuk mata, mulut, bubble, dan sebagainya telah tersedia. Apa yang perlu dilakukan ialah drag and drop item tersebut ke dalam canvas dan mulakan editasi!

Pemasangan TBO ke dalam ubuntu
Buka terminal dan copypaste command berikut;
sudo add-apt-repository 'deb http://sugus.eii.us.es/debrepo sugus main'
sudo apt-get update
sudo apt-get install tbo
Selepas pemasangan, ia sepatutnya berada dalam menu grafik!

Dibawah merupakan interface perisian ini;


Amacam? Ada berani nak jadi kartunis? Jom hasilkan komik tentang ubuntu jom! =)
Posted: 08 Jun 2010 02:10 AM PDT
Jom bercakap berkenaan segala kesempatan untuk  memaksimakan ruang vertikal skrin komputer samada laptop mahupun desktop. AbiDarwish pada mulanya menunjukkan satu mockup penggunaan satu panel applet iaitu Window Buttons dalam laman facebook komuniti melayubuntu. Saya pernah membaca tentang applet ini namun tidak berkesempatan mencubanya.

Hari ini setelah mengesahkan fungsinya dengan AbiDarwish, saya mencubanya pertama kali dan tidak sekadar itu, saya gabungkan sekali bersama Cardapio dan Global Menu menjadikan ianya lebih lebih menarik dan berbeza dari mana-mana sistem operasi masa kini.


Memasang dalam Ubuntu
Muatturun fail DEB disini dan pasang ke dalam ubuntu anda. Selepas siap dipasang, klik pada panel - dan Add to panel applet Window Buttons ditempat yang anda kehendaki. Right click pada applet tersebut, pilih preferences pilih tab Behavior dan check Hide compiz decorations for maximized windows.

Kekurangan
Applet ini hanya berfungsi apabila terdapat aplikasi yang dimaximize. Sekiranya tidak ada aplikasi yg maximize maka ia akan meninggalkan ruang kosong pada panel ditempat applet ini berada. Mungkin hal ini akan disedari oleh developer dan dapat diperbaiki sedikit masa lagi.

Memasang Tema
Menggunakan Preferences juga, pengguna boleh memasang tema yang sepadan dengan tema desktop yang sedang digunakan. Contohnya jika anda menggunakan tema desktop ubuntu default iaitu ambience, sila gunakan tema ini : http://gnome-look.org/content/show.php/Ambiance+Window+Buttons+Theme?content=124593