Hangin satu badan!!!!!!

HARI NI IALAH HARI MEMBAYAR SAMAN KU,MACAM MANE X HANGIN KAN DUIT TERBANG RM350,BAYAR SAMAN BANTAH LAMPU ISYARAT..MASE RAYUAN AKU DAH CAKAP AKU STUDENT X KAN X LEH NAK BERTIMBANG RASE KOT,APE LA MAHKAMAH NI,KALAU AKU TAU MCM NI SAME X YAH DTG...DAH LA TUNGGU DARI PAGI SAMPAI KE TENGAHARI....MASE TIME AKU NAK KENE SAMAN TU PON AKU NAK CEPAT MASUK KELAS LA....GERAM GILE LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..MUNGKIN INI SAMAN TERAHIR AKU,AKU BERJANJI PADA DIRI AKU SENDIRI AKU X AKAN MELANGGAR LAMPU ISYARAT LAGI...
☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Sulit Itu IKHLAS.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Membakar Amal Itu GHIBAH.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu TEMAN SEJATI.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT.

Sikap Para Ulama yang Sepatutnya


Sesiapa yang telah Allah SWT pilih dia menjadi sebagai seorang ulama, patutnya banyakbanyak bersyukur atas nikmat yang cukup besar itu, yang tidak diberikan-Nya kepada orang lain. Pemilihan mereka sebagai ulama itu disertakan sekali dengan satu tanggungjawab yang cukup besar dan berat yang perlu ditunaikan sepenuhnya. Maka kerana itu, mereka mempunyai tanggungjawab yang cukup besar, iaitu untuk menunaikan amanah sebagai ulama itu dengan penuh ikhlas, atau bersedia menerima azab neraka yang paling pedih jika amanah itu disia-siakan. Azab neraka untuk para ulama yang suk adalah jauh lebih dahsyat dan berat daripada azab yang diterima oleh seorang penzina, dan akan dicampakkan ke dalam neraka lima ratus tahun lebih awal daripada seorang penyembah berhala. Para ulama adalah orang yang paling tahu selok-belok agama Islam di kalangan umat ini. Sikap ulama yang membisu daripada memperkatakan masalah ini secara terus terang dan berani, menyebabkan umat Islam menjadi berpecah belah dan bercanggah pendapat seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Ulama zaman dahulu berani dan tegas pendirian mereka, didasarkan hujah yang kukuh dan sukar dibantah lagi. Mereka amat bersikap terbuka dan sedia mendengar pendapat dari pelbagai pihak, sekali pun dari pihak yang lemah dan kecil, atau dari pihak yang sedia diketahui akan kesesatannya. Setiap pendapat itu mereka timbang dengan berhati-hati dan penuh teliti, sesuai dengan kedudukan mereka sebagai seorang ulama, bukan sekadar seorang sarjana dan cendekiawan sematamata. Pendapat mereka itu dibukukan untuk tatapan umat sezaman dan juga untuk panduan generasi kemudian. Mereka menjelaskan perkara yang hak sebagai hak, dan yang batil sebagai batil. Ilmu dan ijtihad mereka sesuai untuk umat Islam pada zaman mereka, walaupun kebanyakannya masih lagi boleh diguna pakai oleh umat zaman ini. Mereka telah mendapat sekurang-kurangnya satu pahala kerana ijtihad mereka itu, yang dibuat berdasarkan segenap ilmu, keupayaan dan kesesuaian yang diperlukan pada zaman itu. Mereka tidak terikat atau cenderung kepada mana-mana pihak, baik dari pihak pemerintah mahupun pihak lain yang cuba mengambil kesempatan. Mereka mengeluarkan pendapat dan ijtihad dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap Allah, agama Islam, umat Islam dan dirinya sendiri. Niat mereka begitu ikhlas dalam ijtihad mereka. Hasilnya, mereka sangat dimuliakan oleh Allah SWT, juga sangat dihormati oleh sekalian umat Islam, amat didengki oleh ulama zahir yang sezaman dan sangat ditakuti oleh para pemerintah pada masa mereka hidup. Nama mereka terus hidup dan segar sepanjang zaman, malah mekar mewangi dalam setiap hati sanubari umat Islam walau di mana sahaja. Hujah dan alasan mereka tetap tidak terpatahkan oleh lawan, walaupun cuba dikumpulkan segenap hujah dari sekian ramai cendekiawan dan sarjana sekalipun. Ini tidak lain tidak bukan adalah kerana keikhlasan mereka dalam berijtihad tadi, yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab. Ulama dahulu mampu membentuk dan mencorak umat Islam keseluruhannya, dijadikan role model oleh setiap umat dalam setiap aspek kehidupan. Pakaian mereka sahaja sudah dapat membezakan mereka daripada orang awam, dan orang awam meniru bentuk pakaian yang dipakai oleh ulama tadi dan menganggapnya sebagai suatu sunnah. Rumah tangganya menjadi uswatun hasanah dan dirujuk oleh orang awam sebagai keluarga contoh. Ibadah mereka diikut oleh para abid dan solihin, malah orang awam pun menjadi banyak ibadah mereka kesan mengikut banyaknya ibadah para ulama yang mereka contohi tadi. Wirid zikir mereka tidak terkirakan lagi banyaknya, tasbih tidak lekang dari tangan mereka. Tawakal mereka setinggi gunung, sehingga mereka tidak lagi risau dengan rezeki mereka dan ini turut diikut oleh orang awam, sehingga yang miskin menjadi redha dengan rezeki mereka yang sedikit. Dengan berbuat begini, barulah para ulama akan dihormati semula oleh semua pihak. Umat akan merujuk segala permasalahan mereka, dari yang sebesar-besarnya hinggalah kepada yang sekecilkecilnya kepada institusi ulama yang bebas, berwibawa dan tegas ini. Dengan ini, diharapkan agar institusi ulama akan diangkat semula ke kedudukannya yang asal dan sepatutnya untuk mereka - bebas, berkecuali, berwibawa dan amat dihormati. Namun, adakah mana-mana ulama hari ini yang bersih lidahnya daripada berkata-kata yang tidak perlu? Mana dia ulama yang mempunyai segala ciriciri di atas pada zaman ini? Mana dia ulama yang boleh dijadikan role model untuk diikut oleh sekalian umat Islam pada zaman ini? Tunjukkan siapa dia orangnya. Seterusnya sikap seperti ini mampu membuka minda seluruh umat Islam terhadap kedudukan sebenar soal khilafiah ini, dan ranting-ranting masalah yang berkaitan dengannya. Akhirnya setelah semuanya mendapat kefahaman yang jitu dan pasti, seluruh umat akan bersatu hati, bersatu fikiran dan bersatu tenaga membangunkan Islam ini. Tidakkah itu hasil yang kita idamidamkan selama ini? Sayang sekali kerana para ulama yang ada tidak bersuara. Atau jika bersuara pun, hanya menyentuh soal-soal yang selamat, yang tidak menyinggung pihak pemerintah terutamanya. Para ulama juga tidak bersatu hati dan bersatu jiwa raga sepenuhnya. Mereka hanya mampu bersatu dari segi zahir iaitu mengikut persatuan-persatuan ulama yang mereka masuki sahaja, tidak dari segi fikrah, kefahaman, penghayatan, pengamalan dan matlamat. Oleh itu, sebagai panduan am kepada para ulama khususnya dan bakal ulama amnya, penulis sertakan di sini beberapa panduan paling asas yang patut menjadi renungan kita bersama, kemudian sama-sama diamalkan dengan bersungguh-sungguh iaitu: 1. Jika ulama sendiri hatinya amat jauh daripada Tuhan, maka para pemimpin dan rakyat langsung tidak ada Tuhan di dalam hatinya. 2. Jika ulama sendiri mencari dunia, maka pemimpin dan rakyat akan mengejar dunia sungguhsungguh. 3. Jika ulama tidak dapat dijadikan model ikutan, pemimpin dan rakyat akan meninggalkan ulama dan mengikut para penyanyi dan pelakon sebagai model ikutan mereka. 4. Jika ulama pintu hatinya tertutup daripada hidayah Allah, pemimpin dan rakyat akan mati hati mereka daripada mendapat hidayah Allah. 5. Jika ulama tidak mendapat hidayah, segala ungkapannya terhadap pemimpin dan rakyat akan menjadi seperti mencurahkan air ke atas kulit telur burung kasawari. 6. Jika ulama malu beramal dengan amalan sebenar Islam, pemimpin dan rakyat akan tidak mahu lagi beramal dengan sunnah. 7. Jika ulama sudah tidak takutkan Allah, pemimpin hilang takut kepada ulama dan rakyat akan hilang segan kepada ulama. Para ulama sepatutnya melihat keadaan masyarakat yang amat kronik pada hari ini dan berasa amat risau dengan apa yang telah berlaku. Ingatlah, apa yang berlaku pada hari ini adalah akibat daripada sikap para ulamanya yang tidak berjihad pada jalan Allah dengan sungguh-sungguh. Mereka sepatutnya melihat apa yang berlaku di atas dan apa yang terjadi di bawah. Kalau tidak terasa apa-apa pada lubuk hatinya, itu tandanya hati ulama itu telah benar-benar mati daripada mendapat hidayah Allah. Kita pasti akan ditanya apa yang telah kita lakukan untuk memperbaiki kerosakan umat yang berlaku pada hari ini. Apabila pemimpin yang di atas sudah rosak, itu tandanya bahawa institusi ulama sudah rosak. Hadis Nabi SAW ada menyebutkan bahawa rosaknya pemimpin adalah dikeranakan oleh rosaknya para ulama. Sekiranya institusi ulama tidak rosak, para pemimpinnya juga pasti tidak akan rosak. Jika rosak pun, tidaklah seteruk yang berlaku pada hari ini. Hal ini sudah dijelaskan oleh baginda SAW sejak awal-awal lagi. Jika ulamanya bertakwa, pasti para pemimpinnya akan menjadi pemimpin yang baik kepada rakyat. Kemudian, apabila rakyat biasa sudah rosak, malah amat kronik pula keadaannya, maka ketahuilah bahawa itu dikeranakan oleh rosaknya pemimpin mereka tadi, dan kita telah ketahui bahawa rosaknya pemimpin disebabkan oleh rosaknya para ulama. Maka jelaslah di sini, ulamalah yang memikul tugas yang amat berat dan besar, yang diletakkan di atas pundak mereka oleh Allah. Allah tidak berikan mereka kelebihan ilmu-Nya secara percuma atau tanpa tanggungjawab yang menyertainya. Oleh itu, berbahagialah sesiapa yang menerima kelebihan ilmu-Nya dan berbahagialah pula orang yang diberi kemampuan menunaikan amanah-Nya itu. Maka fikirkanlah semua ini wahai orang yang berstatus ulama! Bagaimanakah caranya untuk mengatasi semua masalah yang amat besar, rumit dan payah ini? Jawapannya ialah dengan kembali semula kepada apa yang diperintahkan oleh baginda SAW di dalam hadisnya iaitu mencari siapa dia pemimpin yang telah Allah tunjukkan untuk zaman ini. Kita masih lagi berada pada awal kurun Hijrah. Oleh itu, marilah kita cungkil semula hadis-hadis yang berkaitan dengan peristiwa akhir zaman. Semoga dengan itu kita akan dapat mencari, mencungkil, membuka dan menjawab persoalan penting; Siapa dia pemimpin yang ditunjuk itu untuk zaman kita ini? Hanya dengan mendapatkan orang yang Allah telah utuskan untuk memimpin umat pada zaman ini sahajalah tanggungjawab yang sedang dipikul (sebenarnya mereka sudahpun tidak terpikul!) oleh para ulama ini dapat dialihkan kepada pemimpin itu. Hanya dia sahaja yang mampu menyelesaikan tugas yang tidak terpikul oleh para ulama itu, biar pun mereka berkongsi beramairamai untuk cuba memikulnya. Setelah itu, tunjukkan dan hebahkan kepada orang ramai bahawa inilah dia pemimpin yang ditunjuk oleh Allah untuk sekalian manusia pada zaman ini, supaya mereka dapat mengenalinya, melihatnya, mentaatinya dan menjadikan dia sebagai pemimpin mereka. Dengan itu, para ulama boleh tidur dengan aman damai dan selesa di dalam rumah masing-masing kerana beban mereka sudah terlepas dan jika mati pun, bolehlah mati dengan senyuman dan wajah yang berseri-seri. Insya-Allah akan selamat pula di dalam kubur dan selamat juga di akhirat sana. Tidakkah semua ini menjadi impian emas (golden dreams) kita sebagai seorang ulama? Jika semua ini tidak ada, apa peranan kita sebenarnya? Oleh itu, carilah jalan dari mana kita hendak bermula. Ingatlah, perjalanan yang jauh bermula daripada langkahan yang pertama. Jika tidak mula melangkah, kita tidak akan sampai ke mana pun.

ATASI KEMARAHAN ANDA!



1. Ingatlah Allah.
Ingatlah bahawa Allah tidak suka kepada Si PEMARAH. sebagai hamba, kita tidak layak berasa marah apalagi memarahi orang tanpa sebab munasabah. Siapa kita untuk memarahi orang lain, sedangkan kita sendiri banyak melakukan kesilapan.

2. Sirami rasa marah dengan air wuduk.
Peranan utama marah datangnya dari syaitan. Syaitan diciptakan daripada api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air. Oleh itu,ambillah wuduk supaya api syaitan terpadam dari tubuh anda.

3. Tengok wajah anda di cermin.
Alangkah buruknya wajah anda tatkala marah. Lihatlah muka merah, hidung yg kembang kempis dan mata yg menyala itu. Anda sangka orang berasa takut melihat keadaan anda yg begitu? Bagaimana kalau orang berasa lucu?

4. Kuncikan bibir dan diam dahulu.
Terasa hendak marah juga, diam sejenak. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan. Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata-kata.

5. Ubah Kedudukan anda.
Jika ketika itu anda sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk berbaringlah dan jika masih marah juga beredarlah ke tempat lain. Bawa hati ke tempat yang lapang, saksikan keindahan alam.

Pendedahan Sebenar Dunia Internet | Bagaimana Saya Jana Pendapatan RM1000 Tanpa Modal di Internet!






Lihat lebih details-->
Selepas aried TERupdate income bulanan aried melalui internet di facebook tidak lama dahulu menyebabkan ramai rakan-rakan aried mula bertanya itu dan ini.
Tidak dinafikan pasti akan ada yang mencemuh, tetapi aried jadikan itu sebagai satu cabaran dan semangat untuk terus berjaya dalam dunia internet yang penuh dengan peluang ini.

Jadi, kali ini aried terpanggil untuk kongsikan sedikit ilmu ini dengan kawan-kawan semua dan kepada yang ingin belajar, ikut lah dengan betul-betul dan bagi yang mereka ingin kondem, pergilah sejauh mungkin kerana aried bukan ingin memaksa tetapi sekadar ingin berkongsi. Ok? Heheheh…
Bagaimana Saya Jana Pendapatan RM1000 Tanpa Modal di Internet!
Tips 1 : Blog
Pendapatan Sebulan: RM 600
Masa Perlu Diluangkan Sehari : 2 hingga 4 Jam
Tips: Gabungan SEO dan PENGIKLANAN.

Tips 2 : Jawab Survey Online
Pendapatan Sebulan: RM 200
Masa Perlu Diluangkan Sehari : 1/2 Jam
Tips: Rajin Jawab Survey di my.ipanelonline!<--klik link untuk register.

Tips 3 : Share Link ChurpChurp
Pendapatan Sebulan: RM 300
Masa Perlu Diluangkan Sehari : 1 Jam
Tips: Promote di Facebook! Lagi senang kalau ada blog sebab blog ialah tempat pengiklanan percuma buat churpers.

Tips 4 : Jawab Survey Online Says dan Sebarkan Kempen
Pendapatan Sebulan: RM 200
Masa Perlu Diluangkan Sehari : 1/2 Jam
p/s: Baiklah mungkin hari ini cukuplah dengan 3 ini sahaja. Rasanya kalau untuk tips 1 itu kamu tidak boleh ikuti kerana tiada blog, jadi kenap tidak buat TIPS 2 dan TIPS 3 sahaja? Atleast dapat juga 3,4 ratus sebulan sambil-sambil mengadap FACEBOOK!!
p/s: Berani mencuba baru berjaya!!


Lebih Lanjut di: http://www.ar-rifke.com

Biodata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.



Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Sumber: Wikipedia Melayu

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar


Tahun lahir : 1951
Pendidikan: SPM
Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan: RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta: Proton Perdana

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.



KALAM HIKMAH :

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz 



http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=35619

Berita Harian Online | Dunia lelaki: Malu besar

Berita Harian Online | Dunia lelaki: Malu besar
10 perkara, insiden mengaibkan lelaki LELAKI memang terkenal dengan sifat ego dan tidak mahu mengalah. Pantang dicabar dan tidak suka dipermainkan adalah sifat peribadi kebanyakan lelaki yang kadang kala sukar difahami. Hampir setiap ketika, lelaki seboleh-bolehnya mahu menunjukkan kemampuan dan kehebatan mereka walaupun pada hakikatnya, mereka mungkin tidak berupaya. Mengikut pandangan psikologi, sifat yang ada pada lelaki ini diklasifikasikan sebagai identiti gender.
Jejaka yang penuh dengan sifat ego dan tidak boleh menerima kenyataan jika dimalukan, mungkin dipengaruhi faktor persekitaran seperti didikan ibu bapa dan pendedahan budaya. Ada juga pendapat menyatakan lelaki tidak boleh menerima fakta dirinya dimalukan berbanding wanita.
Minggu ini, kolum Dunia Lelaki menyelongkar 10 perkara atau insiden yang boleh mengaibkan lelaki. Sama ada disedari atau tidak, sifat pemalu memang wujud dalam diri jejaka tanpa mengira latar belakang, pendedahan atau kelompok usia. MENANGIS Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita. Apa yang perlu dilakukan? Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi. Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri anda sebagai seorang yang sensitif. Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki. TERJATUH Semasa kecil, jika anda terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai. Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati. Apa yang perlu dilakukan? Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay? TIDAK CUKUP DUIT Jika tidak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, anda tidak mempunyai wang yang cukup. Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, tambahan pula sebelum keluar, anda beria-ia berjanji membelanjakan makan. Apa yang perlu dilakukan? Bersikap jujur dan beritahu pasangan anda situasi sebenar. Dalam perhubungan, tidak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya. KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk anda dikutuk kerana tidak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya. Apa yang perlu dilakukan? Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan anda. DIHINA Wanita yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda. Begitu juga dengan majikan anda yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu anda akan malu dan ingin memarahi mereka semula. Apa yang perlu dilakukan? Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina. Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda. DIKALAHKAN Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan anda ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam. Apa yang perlu dilakukan? Sentiasa percaya kepada takdir dan tidak semestinya anda akan selalu berada di atas. Ada ketikanya anda akan berada di bawah dan jika anda tewas, ucapkan tahniah kepada lawan anda. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan. TERBONGKAR Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat anda semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan anda malu seketika bukan. Apa yang perlu dilakukan? Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda. Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, anda sedang berusaha untuk mengubah cara hidup anda ini. LUPA HARI ISTIMEWA Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia atau isteri. Apa yang perlu dilakukan? Mulalah menyusun kembali rutin hidup. Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya. PENDEK Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, anda tetap akan dijauhi, okay? Apa yang perlu dilakukan? Tonjolkan identiti anda yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi anda ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Anda mungkin pilihan mereka! JERAWAT Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi. Apa yang perlu dilakukan? Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai anda memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.

Menangi hati si dia

Menangi hati si dia

Oleh Alzahrin Alias zahrin@bharian.com.my 2011/02/05

10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.
Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.
Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami. Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui? Minggu ini, kolum Dunia Lelaki berkongsi senarai 10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia. SENSITIF: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati. CEREWET: Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal... ini boleh memburukkan lagi keadaan. HALUS: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran... bukan dendam. IKHLAS: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita. PERASAAN: Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu. PRIHATIN: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya. MANJA: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga. EGO: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! CINTA: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu! SEKS: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya. Mencari cinta sempurna CINTA perlu keserasian. Kesatuan yang kukuh ini melambangkan percantuman dua hati menjadi satu. Persoalannya, boleh atau tidak menjadikan cinta itu sesuatu yang sempurna? Pakar motivasi Dr Ezairy M Sallih menyatakan hidup bercinta memerlukan pengorbanan sepanjang masa, kesetiaan dan paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain. “Tidak kira lelaki atau wanita jika tiada semua ini, biasanya cinta itu akan terhenti di tengah jalan. Bukan namanya cinta kalau tak ada semua faktor ini. Perlu ketahui apa perkara atau petua mengenal pasangan kita. “Nampak macam remeh, tapi jika diabaikan selalu, benda-benda inilah yang akan menyumbangkan kepada salah satu faktor keruntuhan sesebuah cinta itu. Betul, bukan kepada yang belum berkahwin saja, yang sudah berumah tangga perlu lebih berhati-hati lagi,” katanya kepada XY-Ikon Lelaki. Dr Ezairy berkata, masalah remaja ialah terlalu cepat untuk mengikut rakan, lihat kawan sudah ada kekasih, mereka juga mahukan seorang. “Berkasih, bercinta itu tak salah. Apa yang salah itu ialah lari dari matlamatnya. Apabila anda sudah mula rasa ingin masuk ke alam percintaan, maka pasang niat anda. “Betulkan kembali tujuan asal anda bercinta. Andai matlamatnya ialah sekadar mahu bersuka-suka, atau untuk merasa dikasihi dan disayangi saja, niat itu menjadi salah. Perlu dibezakan antara keperluan dan keinginan,” katanya. Beliau berkata, kejar perkara yang perlu terlebih dulu dan apa yang anda inginkan, akan tercapai kemudian. Ubah niat dan pasang niat yang benar-benar ikhlas dan jujur. “Bercintalah semata-mata untuk memupuk lagi rasa tanggungjawab anda kepada pasangan, untuk Maha Pencipta dan juga untuk seluruh anggota masyarakat,” katanya. Mengenali wanita APA pandangan lelaki mengenai wanita? Adakah mereka kenal wanita di sekeliling atau hanya kenal luaran, bukannya dalaman wanita terbabit. Ramai yang menyatakan mereka kenal wanita yang mereka cintai, tapi apabila bertanya lebih lanjut, pasti banyak yang tidak dapat dijawab mereka. Bagi Ahmad fidzrie Zamzami, 27, mengenali seorang wanita tidak hanya pada rupa parasnya saja. Menurutnya, lelaki perlu tahu mengenai wanita yang ingin dicintai sedalam-dalamnya. ? Apakah definisi wanita kepada kamu? Wanita bagi saya adalah pelengkap. Ini kerana setiap lelaki perlu ada wanita di dalam hati mereka. Tidak semestinya kekasih. Malah ibu juga tergolong dalam kategori ini. Jika kita dapat fahami ibu, kita nescaya bakal kenal isi hati wanita yang lain. ? Adakah anda setuju dengan sesetengah lelaki menggunakan wanita hanya untuk keseronokan sementara? Tidak setuju kerana dalam menjalin hubungan tidak perlu timbul isu ini. Seorang lelaki perlu mempunyai hati yang ikhlas dalam menjalinkan hubungan. Setiap keburukan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya kelak. ? Sejauh mana anda mengetahui mengenai seorang wanita? Wanita adalah insan yang penuh dengan banyak perkara yang tersembunyi. Luarannya mungkin nampak lemah lembut dan penuh dengan sifat keibuan, namun jangan sangka mereka tidak boleh menggegar dunia juga seperti lelaki. BERBEZA pula dengan Khairi Johari, 28. Beliau mengaku takut untuk menjalin hubungan dengan wanita tanpa mengetahui wanita itu sepenuhnya. Bagi dirinya, dalam menjalin hubungan dengan wanita sebagai sahabat tidak menimbulkan masalah. Namun, andai berkasih, Khairi selalu tidak yakin. ? Apakah definisi wanita kepada kamu? Wanita adalah insan yang sukar untuk difahami jika kita sendiri tidak memahami wanita itu. Bagi saya, rumit untuk bercerita mengenai wanita sehinggalah kita kenal siapa wanita terbabit. ? Adakah anda setuju dengan sesetengah lelaki menggunakan wanita hanya untuk keseronokan sementara? Lelaki yang mengambil kesempatan terhadap wanita adalah lelaki pengecut. Tidak kira siapa, kita haruslah melayan wanita seperti seorang sahabat. Jika dalam perhubungan itu timbul kemesraan, teruskan tapi bukan dengan mempermainkan perasaan wanita. ? Sejauh mana anda mengetahui mengenai seorang wanita? Akur saya katakan, saya tidak mengenali wanita lain selain adik beradik dan ibu saya sendiri. Ini kerana saya tidak berani untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang wanita sehinggalah saya tahu hati nurani wanita berkenaan.

Berita Harian Online | Tumit Tinggi: Wanita cantik buat lelaki jadi bodoh

Berita Harian Online | Tumit Tinggi: Wanita cantik buat lelaki jadi bodoh

2011/04/02

ORANG selalu cakap, lelaki sukakan wanita cantik tetapi kurang cerdik. Ceritanya, ada kajian yang mengesahkan perkara ini. Kononnya, lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik. Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka! Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak. Ramai kawan lelaki TT pun cakap macam tu. Kata mereka, berkawan atau berteman dengan wanita cantik campur tak cerdik, lebih bagus, senang nak buat apa saja. Boleh jadi barang perhiasan, tayang-tayang kat orang, biar semua yang melihat, sakit hati, dengki, walaupun mereka sendiri, tak tampan mana pun.

Paling penting, kata mereka, wanita tak berapa cerdik ni senang nak diperbodoh-bodohkan. A dikatakan, A lah jadinya. Senang digula-gulakan, tak ada nak bertekak, mempertikaikan atau melarang kalau golongan Adam ni cuba, ‘try’ nasib nak buat benda tak betul kat perempuan tu.

Konon, banggalah rasa macam tu. Tapi pernah tak lelaki begini fikirkan...bila berkawan dengan wanita cantik, tak kiralah yang panda atau kurang cerdik, sebenarnya dia orang yang jadi bodoh? Banyak sangatlah contoh kalau TT nak bagi, tapi tak cukup ruang ni, berminggu-minggu tak habis. Anehnya, bila dapat wanita cantik, bangga, hendak pula dia sendiri hodoh tak ingat, harapkan duit je lebat. Jangan kata dia boleh perbodoh-bodohkan wanita, dia yang dibodoh-bodohkan. Janji boleh teman dia minum, makan, jalan-jalan, kepit-kepit, tayangkan kat orang, konon-kononnya ada girlfriend cun-melecun, bergetah, sedar tak sedar, semua belanja dia kena keluarkan. Abang tolong bayar tu, abang, sayang nak ini, itu, semua bagilah. Akhir-akhir kena `buang,’ baru menangis tak berlagu. Bisinglah cerita kat satu dunia, perempuan tu mainkan dia, banyak duit habis, beribu, berpuluh-puluh ribu. Padan muka!!!! Sekarang siapa yang tak cerdik? TT baca satu laporan, kononnya hasil kajian dibuat sekumpulan pakar Universiti McMaster di Kanada. Menarik! Suka TT baca. Katanya, apabila lelaki melihat perempuan yang cantik, menarik atau apa yang mereka kategori sebagai ‘hot,’ keupayaan mereka untuk membuat keputusan bijak, berkurangan. Dalam kajian yang dijalankan oleh Margo Wilson dan Martin Dal itu, seramai 209 lelaki dan wanita ditunjukkan gambar individu daripada jantina berbeza - lelaki ditunjukkan gambar wanita, wanita ditunjukkan gambar lelaki - yang menarik dan kurang menarik dan diberi pilihan memilih ganjaran wang antara $15 dan $35 esok atau antara $50 dan $75 pada masa akan datang. Hasilnya, majoriti lelaki apabila ditunjukkan gambar wanita tak cun, mereka berfikiran rasional dan memilih ganjaran lebih besar. Tetapi, apabila ditunjukkan gambar wanita cantik, mereka memilih untuk menerima ganjaran yang kecil, keadaan yang amat berbeza dengan wanita. Kacak atau tidak seseorang lelaki, tidak menjejaskan keupayaan mereka berfikir dengan rasional dan bijak. Tiada penjelasan konkrit untuk penemuan itu, tapi yang pastinya lelaki jadi bodoh, bila tengok wanita cantik. Kata Wilson dan Daily, ini mungkin disebabkan melihat wanita cantik, membuat lelaki teruja dan terangsang. Ha, tu lah dia lelaki, kan. Otak, kematangan, kewarasan, memang letak salah tempat. Senang sangat nak buat otak dia orang ni kacau-bilau. Tapi, yang sebetul-betulnya, tak payah tunggu perempuan cantik lah bagi golongan ini, kena yang pandai manja-manja, lentuk-lentuk, layan kehendak dia, apa jantina pun boleh buat dia sasau. Oppps....

forum debat islam dunia

http://www.1000mistakes.com/1000mistakes/index.php?Page=001_009_001_001

Asmaul Husna (nama-nama Allah)


No.NamaArabMaksud
1al-RahmanالرحمنMaha Pengasih
2al-RahimالرحيمMaha Penyayang
3al-MalikالملكMaha Merajai/Memerintah
4al-QuddusالقدوسMaha Suci
5al-SalamالسلامMaha Memberi Kesejahteraan
6al-MukminالمؤمنYang Memberi Keamanan
7al-MuhaiminالمهيمنMaha Pemelihara
8al-AzizالعزيزMaha Gagah
9al-JabbarالجبارMaha Perkasa
10al-MutakabbirالمتكبرMaha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11al-KhaliqالخالقMaha Pencipta
12al-BarikالبارئYang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13al-MusawwirالمصورYang Membentuk Rupa (makhluknya)
14al-GhaffarالغفارMaha Pengampun
15al-QahharالقهارYang Memaksa
16al-WahhabالوهابMaha Pemberi Kurnia
17al-RazzaqالرزاقMaha Pemberi Rejeki
18al-FattahالفتاحMaha Pembuka Rahmat
19al-AlimالعليمMaha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20al-QabidالقابضYang Menyempitkan (makhluknya)
21al-BasitالباسطYang Melapangkan (makhluknya)
22al-KhafidالخافضYang Merendahkan (makhluknya)
23al-RafikالرافعYang Meninggikan (makhluknya)
24al-MuizالمعزYang Memuliakan (makhluknya)
25al-MuzilالمذلYang Menghinakan (makhluknya)
26al-SamikالسميعMaha Mendengar
27al-BasirالبصيرMaha Melihat
28al-HakamالحكمMaha Menetapkan
29al-AdlالعدلMaha Adil
30al-LatifاللطيفMaha Lembut
31al-KhabirالخبيرMaha Mengetahui Rahasia
32al-HalimالحليمMaha Penyantun
33al-AzimالعظيمMaha Agung
34al-GhafurالغفورMaha Pengampun
35al-SyakurالشكورMaha Pembalas Budi (Menghargai)
36al-AliالعلىMaha Tinggi
37al-KabirالكبيرMaha Besar
38al-HafizالحفيظMaha Menjaga
39al-MuqitالمقيتMaha Pemberi Kecukupan
40al-HasibالحسيبMaha Membuat Perhitungan
41al-JalilالجليلMaha Mulia
42al-KarimالكريمMaha Pemurah
43al-RaqibالرقيبMaha Mengawasi
44al-MujibالمجيبMaha Mengabulkan
45al-WasikالواسعMaha Luas
46al-HakimالحكيمMaka Bijaksana
47al-WadudالودودMaha Pencinta
48al-MajidالمجيدMaha Mulia
49al-BaisالباعثMaha Membangkitkan
50al-SyahidالشهيدMaha Menyaksikan
51al-HaqالحقMaha Benar
52al-WakilالوكيلMaha Memelihara
53al-QawiالقوىMaha Kuat
54al-MatinالمتينMaha Teguh
55al-WaliالولىMaha Melindungi
56al-HamidالحميدMaha Terpuji
57al MuhsiالمحصىMaha Menghitung
58al-MubdikالمبدئMaha Memulai
59al-MuidالمعيدMaha Mengembalikan Kehidupan
60al-MuhyiالمحيىMaha Menghidupkan
61al-MumitالمميتMaha Mematikan
62al-HaiالحيMaha Hidup
63al-QayyumالقيومMaha Mandiri
64al-WajidالواجدMaha Penemu
65al-MajidالماجدMaha Mulia
66al-WahidالواحدMaha Esa
67al-AhadالاحدMaha Esa
68al-SamadالصمدTempat Meminta
69al-QadirالقادرMaha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70al-MuqtadirالمقتدرMaha Berkuasa
71al-MuqaddimالمقدمMaha Mendahulukan
72al-MuakhirالمؤخرMaha Mengakhirkan
73al-AwwalالأولMaha Awal
74al-AkhirالأخرMaha Akhir
75al-ZahirالظاهرMaha Nyata
76al-BatinالباطنMaha Ghaib
77al-WaliالواليMaha Memerintah
78al-MutaaliالمتعاليMaha Tinggi
79al-BarالبرMaha Penderma
80al-TawwabالتوابMaha Penerima Taubat
81al-MuntaqimالمنتقمMaha Penyiksa
82al-AfuالعفوMaha Pemaaf
83al-RaufالرؤوفMaha Pengasih
84Malik al-Mulkمالك الملكPenguasa Kerajaan (Semesta)
85Zu al-Jalal wa al-Ikramذو الجلال و الإكرامPemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86al-MuqsitالمقسطMaha Adil
87al-JamikالجامعMaha Mengumpulkan
88al-GhaniالغنىMaha Berkecukupan
89al-MughniالمغنىMaha Memberi Kekayaan
90al-ManikالمانعMaha Mencegah
91al-DarالضارMaha Memberi Derita
92al-NafikالنافعMaha Memberi Manfaat
93al-NurالنورMaha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94al-HadiالهادئMaha Pemberi Petunjuk
95al-BadikالبديعMaha Pencipta
96al-BaqiالباقيMaha Kekal
97al-WarisالوارثMaha Pewaris
98al-RasyidالرشيدMaha Pandai
99al-SaburالصبورMaha Sabar