Apakah yang lebih penting - ketuanan atau ketuhanan

Sukar sebenarnya untuk memperkatakan hal ini. Kerana kita sedia maklum perkara sebegini agak sensitif untuk sebilangan orang. Apa-apapun saya ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya apa yang saya ingin perkataka menyinggung perasaan beberapa pihak.
Saya cuma ingin ringkaskan berkenaan ceramah yang telah saya hadiri tadi. ceramah tersebut adalah berkaitan dengan ketuanan di bumi sendiri yakni ketuanan Melayu. Dengar memang sensitif, oleh itu ulasan akan dilakukan sedikit sahaja, untuk mereka yang memahami apa yang terjadi kepada situasi masa kini.
Daripada apa yang saya dengar tadi, memang, menceritakan tentang asal usul, Melayu itu sendiri. Tetapi yang ingin saya perkatakan, apa yang lebih baik jika kita bercerita mengenai perihal sebegini.
Pertama, bercerita berkenaan ketuanan Melayu akan menyebabkan orang bukan Melayu berfikir yang bukan-bukan dan andaiannya adalah perkauman, padahal mereka pun ada yang bersifat perkauman, oleh itu jangan berfikir bukan-bukan mengenai post ini.
Sejarah asal Melayu merujuk kepada orang Melayu yang mengamalkan adat resam Melayu. Nama “Melayu juga dikatakan berasal daripada Sungai Melayu di Jambi. Pedagang-pedagang asing juga banyak memberi peranan dari segi penamaan Melayu itu sendiri. Pedagang dari China, Eropah menyebut Melayu dengan pelbagai versi mengikut slang mereka. Dan Melayu itu sendiri berasal daripada Parameswara yang lari daripada Temasik ke Melaka untuk membentuk kerajaan di situ. Perkataan Melayu sendiri dalam bahasa Jawa bermaksuud “lari” dan ini menguatkan bukti yang tanah Indonesia sangat berkait rapat dengan Tanah Melayu.
Cukuplah sedikit sahaja saya menghuraikan perkara tersebut. Apa yang ingin saya huraikan apa yang patut kita faham daripada sejarah kita sendiri. Itu yang lebih penting. Seperti yang kita sedia maklum, peradaban Melayu sebelum kemasukan Islam berdasarkan peradaban Hindu dan agama tersebut juga mereka anuti. Tetapi alhamdulillah selepas kemasukan Islam melalui pedagang-pedagang Arab, atau ada yang berpendapat daripada Cina dan India , kita dapat menemui satu perkara yang paling indah iaitu keesaan Maha Pencipta tuhan sekelian alam. Apa yang kita tahu, selepas Parameswara memeluk Islam, perkembangan pelabuhan Melaka menjadi beegitu pesat dan dikenali di peringkat antarabangsa ketika itu dan yang paling menarik adalah, Bahasa Melayu sendiri di zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi bahasa antarabangsa.
Daripada penerangan ringkas di atas, anda rasa apakah yang menyebabkan kemajuan yang sedemikian rupa. Untuk menjawab soalan ini mestilah ada daya pemikiran secara logikal dan jika dimasukkan fikiran spiritual anda akan faham maksud saya. Secara logikal mestilah dikatakan kedudukan Melaka yang amat strategik menjadi pusat perhubungan antara Barat dan Timur, rujukKesultanan Melayu Melaka . Ini daripada segi logikal, tetapi spiritutual pula bagaimana.
KIta dapat lihat setelah memeluk Islam sultan Melaka merupakan orang yang warak atau alim dalam melaksanakan perintah Allah dan segala undang-undang yang dilaksanakan mengikut spesifikasi dalam al-Quran iaitu hudud. Haa, apabila sebut ni ramai yang tergamam,tak pe nanti dulu. Dengan tertubuhnya Undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan UNdang-Undang Laut Melaka semuanya mengikut Islam. dan segalanya mencakupi pengurusan harian seperti jual beli, perkahwinan, dan sebagainya. Walaupun begitu, adakah kita lihat kepincangan yang berlaku ketika ppemerintahan beliau. Tidak, dan ini menandakan bahawa kita tidak perlu takut dengan undang-undang agama kita.
Saya memberi contoh diatas adalah kerana, ianya sangatlah berkait rapat dengan apa yang ingin saya utarakan disini. Sememangnya perbincangan yang melibatkan ketuanan Melayu bagi saya tidaklah lengkap jika tidak diselitkan banyak mengenai topik yang selalu kita abaikan iaitu agama. Sememangnya sejarah Melayu adalah antara sejarah yang memang sukar untuk dirungkaikan memandangkan terlampau banyak pendapat mengenainya, dan ini menyebabkan ramai yang akan mempertikaikan ketuanan Melayu itu sendiri. Kita dah nampak situasi politik sekarang. Ini bukan untuk menaikkan sentimen tetapi memberi penjelasan. Adakah berbaloi untuk menaikkan sentimen ini. Kita yang membawa akidah kebenaran, jadi apakah yang lebih efektif untuk dilaksanakan?
Ya dalam ceramah tersebut terdapat juga perkara melibatkan keagamaan tetapi terlampau sedikit. dalam hal ini seelok-eloknya, mestilah kita sedar dengan menyebut Melayu bukan semestinya mengesakan tuhan kerana faktor sejarah Melayu yang memeningkan dan agak kabur. Apa kata kalau kita menyebutkan Islam sebagai topik utama dalam perjuangan, semestinya lebih bermakna dan buktinya fakta sejarah di atas.
Ini yang saya ingin tegaskan, janganlah kerana terlampau ingin memperjuangkan Ketuanan Melayu tetapi Ketuhanan Melayu dilupakan ataupun hanya omongan semata. Sememangnya, dengan sejarah Melayu yang agak kabur tersebut masyarakat Melayu hanya akan dihujani dengan permasalahan duniawi yang tiada penghujungnya. Jadi, marilah kita sama-sama duduk duatas satu paksi yangsejati lagi hakiki iaitu dengan membincangkan topik yang palaing penting dalam kehidupan iaitu ISLAMISASI. Islam diletakkan diatas segalanya dan ketuanan Meayu tersebut di dalam konteks Islam.
Untuk melakukan perkara ini haruslah diingat, segala jentera perlu digerakkan dengan untuk sedikit demi sedikit kita ubah politik negara kita bercirikan yang HAK bagi menggantikan yang BATIL tersebut. Proses ini bukan mudah dan memang memakan masa. Tetapi siapakah lagi yang dapat melaksanakannya melainkan yang memahami sendiri HAK itu sendiri. Jika asyik diwar-warkan ketuanan Melayu tetapi kehidupannya bukan bercirikan Melayu seperti Zaman kemajuan Islam dahulu, bagaimana.
Perlu ada initiatif. Dan sememangnya Melayu tidak akan kukuh dan kuat jika tidak bersandarkan lunas-lunas agam Islam itu sendiri. Kita sudah terkenal dengan Islam, tetapi berapa kerat sahaja yang melaksanakannya secara total. Tak payah cakap total, suku pun cukuplah. Berkenaan dengan kewangan, contohnya, apakah sistem Islam digunapakai sepenuhnya? Hanya sedikit dan sedang merangkak dengan drastik InsyaAllah.
Diharap and semua faham apa yang ingin saya perkatakan dan dapatlah kiranya menjadi pedoman. Walaupun sebenarnya agak sukar untuk say menghuraikan perkara tersebut tetapi ini amat penting supaya kita tidak lupa apa yang lebih utama sekarang ini. Ini mungkin ada melibatkan politik tetapi sebenarnya tidak. Ini lebih kepada apa yang patut kita fikirkan untuk masa depan dunia dan akhirat.
InsyaAllah
Allah Almighty Knows Best.
http://www.radiniz.com

Jangan Lupa Asal Diri - Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Syed Mokhtar Albukhary dan isteri Sharifah Zarah Albukhary pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1429H di Putrajaya baru-baru ini. Turut kelihatan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor. Pada majlis itu Syed Mokhtar menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Tahun 1429H daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mukadimah
Suasana di tingkat empat Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur agak sunyi dan tepat pukul 11 malam 4 Januari lalu tokoh yang ditunggu muncul dengan berbaju T dan sandal. Beliau kelihatan segar dan memberi senyuman dari jauh.
“Minta maaflah lama tunggu, saya ni lagi malam mata saya lagi cerah,” ucapan pertama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, tokoh korporat yang menggerakkan Yayasan Albukhary, tetapi selalu mengelak daripada menjadi tumpuan media.
Yayasan Albukhary dikenali kerana kerja kebajikan antaranya mengeluarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin untuk menyambung pengajian, mengindahkan Masjid Negara, mendirikan Muzium Kesenian Islam serta mendirikan masjid. Salah satu daripadanya ialah sebuah masjid indah di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Tidak ramai yang mengenali Syed Mokhtar dari dekat. Apa falsafah hidupnya? Apa falsafahnya dalam perniagaan? Beliau yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun ini menganggap institusi yang didukungnya iaitu Yayasan Albukhary lebih penting daripada dirinya.
Wawancara pertama Syed Mokhtar dengan Mingguan Malaysia diberikan pada 17 Oktober 2004 dan selepas itu beliau amat keberatan untuk bertemu dengan media apa lagi memberikan wawancara khas. Bagaimanapun setelah beberapa kali dipujuk akhirnya pada 4 Januari lalu beliau sekali lagi setuju diwawancara oleh Mingguan Malaysia.
Dalam wawancara ini Syed Mokhtar banyak menekankan bahawa kejayaan dan kekayaan bukanlah untuk diri sendiri tetapi untuk dikongsikan dengan golongan yang kurang berkemampuan untuk memberi peluang mereka mendapat ilmu sekali gus mengubah hidup pada masa depan.
Kerana itu beliau melahirkan rasa terkilan dengan sesetengah ahli korporat yang dilahirkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjual kepentingan dalam negara dan membawa dana ke luar negara semasa krisis ekonomi tahun 80-an dan 90-an dulu.
“Apa gunanya kerajaan melahirkan mereka dan bila sampai masa untuk membalas balik kepada masyarakat, mereka menjual kepentingan dan duduk di luar negara? Saya anggap mereka ini sebagai individualis Melayu yang pentingkan diri sendiri,” tegas Syed Mokhtar kepada wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN, AMRAN AHMAD dan Ketua Jurugambar SYED AGIL SYED JAAFFAR.
Syed Mokhtar juga keberatan untuk bergambar katanya, “Awat tak habaq nak ambik gambaq. Boleh kita pakai elok-elok sikit.” Dalam wawancara yang banyak menggunakan bahasa loghat Kedah ini Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.
“Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Syed Mokhtar.
Mingguan: Adakah orang Melayu begitu ketinggalan berbanding kaum lain jika diimbas kembali kemajuan yang dicapai oleh kaum bumiputera sejak 50 tahun lalu?
SYED MOKHTAR : Dalam hal ini, kerajaan banyak membantu. Kita bernasib baik dan bersyukur kerana mampu memiliki saham amanah dengan adanya agensi kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Ia bukan sahaja membantu tetapi turut berjaya sebagai antara institusi saham amanah termaju. Itu dalam aspek pemilikan saham sahaja tetapi kita juga perlu mencari usahawan Melayu yang mahu mengkhusus dalam bidang peruncitan, pemborongan dan pengedaran. Saya sendiri berusaha keras sejak tahun 60-an, dari Alor Star, Kedah menerjah ke seluruh pelosok negara bagi mencari peluang perniagaan yang boleh diceburi.
Generasi terdahulu pada awal kemerdekaan mungkin agak ketinggalan dalam hal ini tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak mahu ‘mengejar’ sebaliknya berusaha keras bagi menguasai bidang- bidang itu. Keadaan ini sememangnya mewujudkan jurang dalam ekonomi Melayu dibandingkan dengan bangsa lain terutama Cina dan ia diburukkan lagi dengan sikap beberapa usahawan Melayu pada tahun 80-an dan 90-an yang menjual kepentingan demi poket sendiri, melanggar Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi kekayaan kepada mereka. Golongan usahawan ini saya gelarkan sebagai individualis Melayu. Golongan ini mempunyai keupayaan tetapi tidak membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Saya fikir kita kena bagi balik kepada masyarakat. Dan apa yang dibuat perlulah sederhana kerana ini selaras dengan tuntutan Islam.
Apakah yang dilakukan oleh golongan individualis Melayu ini sehingga melebarkan jurang ekonomi Melayu dengan kaum lain?
SYED MOKHTAR: Golongan yang mementingkan diri sendiri ini bertindak menjual kepentingan yang dimiliki. Ini banyak berlaku dalam era 80-an dan 90-an. Semua ini berlaku sebab mereka merasakan kepentingan dan kedudukan kewangan mereka tergugat ekoran krisis ekonomi yang melanda negara.
Mereka mengambil tunai hasil penjualan saham syarikat yang dibangunkan di bawah DEB, cepat kecewa dengan perniagaan di tanah air sendiri dan memindahkan dana ke luar negara. Ini sekali gus mengurangkan bilangan usahawan Melayu yang ada di negara ini. Bukannya tidak boleh melabur di luar negara tetapi kenalah membawa balik ke negara ini.
Pandangan saya, jika golongan ini masih menjalankan perniagaan di sini dan mengalami masalah, tentunya ramai yang boleh membantu dan bukannya mengambil tindakan melabur di luar negara kerana mementingkan diri sendiri.
Syukur kepada Allah walaupun turut menerima kesan daripada krisis ekonomi pada kedua-dua era, usahawan Melayu seperti pengasas Kumpulan Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Pengerusi AMMB, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi MKland Holdings Bhd., Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar serta beberapa yang lain termasuk saya sendiri masih kekal di negara ini, tidak mengikut jejak golongan individualis yang menjual kepentingan dan melabur di luar. Kami terus kekal di sini kerana kami ada pendirian.
Mungkinkah keadaan ini berlaku kerana makna kejayaan kepada golongan individualis ini berbeza dengan makna kejayaan kepada Tan Sri?
SYED MOKHTAR: Bagi saya, makna kejayaan memang berbeza kerana mereka tidak mahu menginstitusikan perniagaan di negara ini. Mereka dilahirkan oleh DEB dan dapat peluang perniagaan tetapi kemudiannya menjual untuk kepentingan diri sendiri. Jadi apa guna kerajaan bangunkan, beri peluang dan jadikan mereka berjaya tetapi kemudian mereka hilang.
Ambil duit mereka dan tinggal di luar negara, cuba buat kajian dan anda akan tahu siapa mereka ini. Kalau orang Melayu tidak mementingkan diri dan kekal di Malaysia, alhamdulillah. Jadi kita tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Saya sudah merasa semua nikmat di dunia ini, cuma mati sahaja belum rasa.
Nikmat yang Allah berikan tiada yang lebih lagi, mahu lebih bagaimana lagi? Kita kena lebihkan di negeri sendiri, tanah tumpah darah kita dan bukan luar negara. Bawa balik dalam masyarakat dan kongsi segala kekayaan. adalah salah jika duit yang diperoleh daripada bantuan kerajaan dilaburkan diluar negara. Jangan tipu diri sendiri.
Ini tidak boleh. Kita kena balik kepada asas. Sewajarnya kita perlu sumbangkan kepada negara.
Saya akan terus usahakan selagi ada daya dan kesihatan. Biar seimbang kerana mencari rezeki adalah sebahagian daripada amalan. Ilmu juga sebahagian daripada amalan. Saya timba ilmu daripada pengalaman. Bila bercakap biarlah mengikut kedudukan. Jika ada RM1 jangan kata ada RM10. Ikhlaskan diri dan bila ada kemampuan, buat kerana Allah dan tidak perlu tonjolkan diri.
Tan Sri mengalami kerugian RM2 bilion semasa krisis ekonomi dahulu. Apa yang berlaku?
SYED MOKHTAR: Tahun 1997, kita labur dalam syarikat yang disenarai awam demi mengekalkan pegangan 30 peratus dalam syarikat-syarikat ini, naik setinggi mana pun kita tidak jual. Jadi, apabila krisis tiba dan harga saham merudum, kerana ingin kekalkan 30 peratus, rugi lebih kurang RM2 bilion. Macam-macam perasaan ada tetapi kita cari jalan untuk lupuskan kerugian dan cari peluang perniagaan baru.
Saya selalu tidak fikirkan diri sendiri, cuba jaga orang-orang yang terajui kumpulan. Sebab itu banyak yang kekal, biar sederhana tetapi tidak rosakkan diri dengan nikmat. Kadang-kadang benda yang kita dapat boleh rosakkan kita. Lebih baik kita amalkan “tidak lebih dan tidak kurang.” Kita kawal agar nikmat tidak rosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh rosakkan diri kita supaya dapat berkongsi dengan orang lain.
Jangan lupa asal diri walaupun kita dah pergi ke serata dunia. Insya-allah, orang Melayu hari ini pun dah ramai yang keluar universiti dan masih belum terlambat untuk berjaya, cuma ada jurang lagi. Kita kena terus bangun supaya bangsa lain tidak pandang hina pada kita. Maknanya biar dia cerdik dan kita pun tidak bodoh, dia kaya dan kita pun tak miskin. Kita kena cubalah, tiada miskin dalam nilai dan pembawaan, perlu ikhlas dan komited. Demi komitmen terhadap ummah, kita bawa masuk pelajar dari negara lain, ada yang miskin sangat, kasut dan baju pun tidak ada. Bila kita buat semua ini, ia secara automatik membawa kita kepada keinsafan.
Ada berpendapat bahawa Tan Sri melabur dalam terlalu banyak perniagaan. Bagaimana Tan Sri menguruskannya?
SYED MOKHTAR: Sistem pengurusan saya terbuka. Buat masa ini saya sedang berusaha menginstitusikan perniagaan dan yayasan saya supaya bila saya tiada nanti, kesemua ini masih boleh berjalan sebab telah ada satu sistem yang teratur dan mantap. Itu yang saya kesal bila ada orang Melayu yang jual kepentingan dan melabur di luar negara semasa berlakunya krisis ekonomi tahun 80-an dan 90-an.
Dahulu, semasa kerajaan suruh saya ambil alih Pernas, saya kata nak buat apa sebab saya tidak tahu pengurusan hotel. Tetapi kalau Pernas jatuh ke tangan orang lain, ia satu kemunduran DEB. Semasa saya ambil alih Pernas harga tawaran lebih sedikit daripada harga pasaran.
Bagi syarikat MMC (MMC Corporation Berhad), masa kita ambil alih daripada PNB dulu, harga sahamnya adalah lebih rendah berbanding sekarang. Bagi DRB-Hicom, kita berusaha bagi meningkatkan lagi prestasinya. Tetapi usaha itu bukanlah suatu yang dapat dilihat hasilnya dengan cepat. Kita kena berusaha walaupun lambat. Sekali lagi, ini semua untuk institusi, bukan untuk individu. Tetapi selagi hidup, kita akan pegang saham syarikat-syarikat itu kerana kita membangunkannya dari mula lagi.
Sekarang orang Melayu ada dua fahaman – parti UMNO dan Pas. Kadang-kadang kita tolong satu pihak sahaja sedangkan kedua-duanya adalah orang Melayu. Bagaimana Tan Sri melihat hal ini?
SYED MOKHTAR: Kawan- kawan saya di kampung ada ahli UMNO dan ada ahli Pas. Itu hanya fahaman politik tetapi dalam aktiviti masyarakat dan perniagaan, tiada perbezaan dan masalah. Kita hormati pemikiran politik masing-
masing dan tentunya saya sebagai anak UMNO, kadangkala ada berdebat tetapi kita tetap berkawan dan tidak bergaduh sesama sendiri. Dalam masjid, kenduri kita sama-sama masak nasi kawah, kita makan sekali. Insya-allah, jika kita tunjukkan nilai-nilai positif dalam diri kita dan saling tolong-menolong dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain, satu hari mungkin mereka akan tergerak hati untuk ikut kita. Jadi kita kena berkawan dan tunjukkan cara yang betul.
Apa yang harus dimiliki oleh orang Melayu?
SYED MOKHTAR: Bagi saya orang Melayu kita kena ada sifat kuat berusaha. Sama ada kita dapat kejayaan atau tidak, kita tak boleh putus asa. Kalau dapat kejayaan kena bersyukur, tidak dapat pun bersyukur juga. Saya tidak melihat cara jangka pendek untuk berjaya. Saya percaya kita mesti melalui proses tertentu untuk kita mendapat kejayaan.
Ini kerana sebelum kejayaan diperoleh, kita terpaksa mengalami bermacam-macam cabaran. Kita kena kenal diri kita sendiri. Dalam agama pun Allah suruh kita kenal diri sendiri sebelum mengenali Allah. Maknanya kita kena menilai dengan jujur dan tidak boleh tipu diri sendiri. Sebab itu apa yang kita buat mesti ikhlas.
Asas mesti ada iaitu asas ekonomi kerana seperti Cina, mereka dibawa masuk sebelum merdeka untuk berniaga, India bekerja di ladang-ladang dan orang Melayu dijadikan petani. Jadi, sememangnya wujud jurang ekonomi antara ketiga-tiga ini. Kalau kita kecewa maka jurang ini akan semakin jauh. Walaupun sesetengah orang Melayu mudah kecewa namun sekarang ini sudah nampak banyak perubahan.
Jurang itu masih ada tapi saya tak putus asa dan terus belajar selok-belok berniaga beras semasa mula berniaga dahulu, kalau tiada kekuatan sendiri dan tiada pengalaman selok-belok perniagaan, susah untuk maju ke hadapan. Untuk orang Melayu maju, mereka kena kembali kepada asas dan tiada sebab untuk seseorang untuk tidak maju.
Sekarang ramai yang tidak sabar dan menggunakan jalan singkat dan kata mereka kalau ada jalan singkat, kenapa pilih jalan jauh? Apa komen Tan Sri?
SYED MOKHTAR: Kalau kita tak sabar, kita akan dapat hasil yang “tak sabar”. Tahun 60-an saya adalah salah seorang yang tak dapat peluang, yang orang patut tolong. Tapi alhamdulillah, saya tolong diri saya sendiri. Kita semua sama saja. Mak saya kata, “Hangpa tujuh orang keluar dari perut aku.”
Kerana itu dia tak bagi kami berkongsi bisnes. Tujuh orang kena ada kemahiran sendiri dan bila jumpa kasih sayang akan berpanjangan. Sekarang ini saya tolonglah sikit-sikit. Tapi yang penting mereka tolong diri sendiri. Setiap orang akan dapat peluang mengikut kemampuan dan tak boleh berputus asa. Saya anak DEB dan pendukung UMNO. Saya melalui proses, misalnya, mula-mula minta lesen nak berniaga kedai, minta lesen lori. DEB sediakan semuanya tapi ada yang hendak cepat kaya ambil lesen pajak kepada Cina. Beli lori tidak mahu mengusahakan sendiri.
Kerajaan yang didukung oleh UMNO memang ada polisi untuk menolong orang Melayu. Tapi DEB hanya bagi orang Melayu 30 peratus dan 70 peratus lagi kepada kaum lain. Sebab itu bila saya jumpa mereka saya kata, DEB bagi 70 peratus kepada mereka dan saya hanya tumpang 30 peratus, itu pun mereka hendak suruh kaji semula. DEB kayakan seluruh masyarakat Malaysia dan memberi peluang terbuka kepada semua kaum dan bukan kepada orang Melayu saja. Saya tahu perkara ini sebab saya menceburi perniagaan sejak dari awal lagi.
Sekarang ini ada semacam teori bahawa untuk berjaya mesti mendampingi orang politik. Apa kata Tan Sri ?
SYED MOKHTAR: Kita kena kenal orang politik, kena ada hubungan dengan UMNO. Bila ada hubungan dengan UMNO ada hubungan dengan pemimpin, bila ada hubungan dengan pemimpin kita ada hubungan dengan kerajaan. Kita tak boleh menggunakan cara singkat untuk mendapat peluang, lepas itu orang lain yang ambil.
Macam saya, saya terpaksa pergi jumpa pemimpin atasan kalau ada masalah perniagaan yang melibatkan kepentingan negara. Kita ada hubungan dengan kerajaan. Kita minta tolong pemimpin kita mengenai apa yang kita boleh buat dan setakat mana kemampuan kita. Bukannya mengambil lesen kemudian bagi kepada orang lain. Saya panggil orang jenis ini sebagai individualis Melayu. Orang jenis ini fikir untuk diri sendiri saja.
Bila umur 45 mesti ada apartmen di luar negara, duit RM50 juta. Jadi, ini bukan masalah UMNO atau DEB. Ini masalah orang Melayu yang tidak percaya kepada diri sendiri. Mereka percaya kepada duit dalam akaun. Tapi saya tidak bersimpati dengan mereka yang bersikap demikian. Sebab itu saya tubuhkan yayasan. Syed Mokhtar akan mati. Yayasan akan kekal sebagai institusi. Syarikat-syarikat perniagaan juga akan kekal diurus oleh profesional yang berkelayakan dan bukan ahli keluarga. Perniagaan perlu menyumbang kepada hasrat yayasan dalam hal-hal kebajikan. Untuk itu perniagaan perlu diuruskan secara profesional untuk memastikan ia terus berkekalan.
Jadi kegagalan Melayu bukanlah kerana DEB gagal?
SYED MOKHTAR: Kalau gagal, itu disebabkan oleh orang Melayu sendiri. Saya dilahirkan oleh DEB, dapat lesen lori, duit bantuan Mara, UDA bagi kedai. Tetapi DEB bukan kayakan orang Melayu saja, DEB kayakan seluruh masyarakat. Ini yang saya suka tekankan supaya semua orang faham.
Mungkinkah orang Melayu tidak sedar mereka ketinggalan?
SYED MOKHTAR: Saya fikir orang Melayu sedar tapi mereka mungkin tidak mahu menjadikan itu sebagai satu isu. Bagi saya, kalau sedar macam mana sekalipun, isu tetap di situ juga jika tidak mencari jalan mengatasinya.
Seperti saya selalu kata, benda yang benar akan kekal. Bagi saya, orang Islam bernasib baik kerana kita ada akhirat. Dalam Islam, ajaran dan budaya sudah lengkap. Ini meliputi cara hidup dan cara kita cari rezeki. Kalau kita ikut nilai-nilai ini tak payah nak pakai serban. Orang Kedah kata macam lebai kodok, bukan cerdik sangat. Tapi yang penting kita ada kekuatan itu. Kita tak perlu ada sifat malu kerana kita tak mencuri. Setiap orang, Allah bagi kekuatan.
Ramai tertarik dengan Muzium Kesenian Islam yang diasaskan oleh Tan Sri. Kenapa Tan Sri menubuhkan muzium ini yang tidak ada pulangan komersial?
SYED MOKHTAR: Saya dapat peluang apabila kerajaan bercadang membuka Muzium Islam semasa ekonomi berada dalam keadaan baik. Saya lihat ini sebagai peluang untuk saya menyumbang balik kepada masyarakat walaupun saya tiada pengalaman.
Nasib baik adik saya mempunyai pengalaman dalam bidang muzium ini, kami berbincang dan bersetuju untuk membangunkannya kerana ia boleh menjadi tempat untuk mempamerkan artifak-artifak Islam tempatan dan luar negara. Ia juga menjadi peluang kepada rakyat negara ini dan asing untuk menyaksikan artifak dari Turki, Istanbul dan muzium luar negara tanpa perlu ke negara-negara berkenaan.
Saya sedang berusaha untuk membawa kaligrafi, ukiran dan juga bahan-bahan seramik dari pelbagai negara untuk dipamerkan di muzium ini. Secara tidak langsung ini menunjukkan Islam itu global. Artifak-artifak Islam ada di seluruh dunia tetapi tidak semua orang boleh menyaksikannya. Dan Muzium Kesenian Islam berusaha supaya semua orang boleh melihat warisan-warisan Islam daripada artifak-artifak ini.
Agama Islam ada di mana-mana negara dan artifak-artifak ini banyak dibawa masuk ke muzium menerusi pembelian, pertukaran artifak dan penganjuran pameran bersama Muzium Britain, Kaherah, Singapura. Bila kita buat pameran, kita terbitkan satu buku dan hantarkan ke seluruh dunia. Dari situ kita dapat belajar persilangan budaya yang berlaku kepada Islam di China, di India dan seluruh Asia, di mana-mana sahaja. Orang boleh nampak bahawa Islam agama yang terbuka.
Jiran saya di Alor Star ada India dan Cina, tiada masalah untuk hidup bersama. Islam tiada bagi masalah kepada yang bukan Islam. Muzium ini menunjukkan Islam itu global. Seramik dan besi cukup hebat. Artifak ini ada yang dibeli dari luar. Kerajaan bagi kita simpan dan kita buat muzium ini kita serah kepada kerajaan dan kerajaan pajak balik muzium ini untuk 99 tahun. Muzium ini dibiayai oleh Yayasan Albukhary sejajar dengan objektif untuk membangunkan budaya dengan belanja RM5 juta setahun. Saya juga mahu orang bukan Islam turut mengunjungi muzium ini untuk melihat tamadun dan kesenian Islam.
Masjid di Jalan Hang Tuah dibina bukan di kawasan majoriti Islam. Apa tujuan Tan Sri berbuat demikian?
SYED MOKHTAR: Asalnya masjid itu kecil sahaja. Ada jawatankuasa datang jumpa saya dan berbincang, saya kata jika mahu membangunkan semula biar betul-betul walaupun kawasan itu setinggan dan tidak ramai orang Islam.
Mungkin ada orang yang menaiki motosikal boleh singgah, budak-budak yang tinggal di pangsapuri berdekatan boleh datang mengaji, ada syarahan. Sasaran saya ialah masyarakat bandar yang berpendapatan rendah. Hari Jumaat boleh sembahyang di situ, saya fikir kita buat kerana Allah s.w.t. kita buat betul-betul. Ikhlaskan diri dan buat yang terbaik. Masjid di Jalan Hang Tuah ialah sebuah masjid bandar untuk warga kota. Ini membolehkan orang yang bekerja di sekitar kawasan itu singgah sembahyang di situ.
Bagaimana pula dengan bajet yayasan?
SYED MOKHTAR: Memandangkan yayasan baru hendak diinstitusikan, maka kita sedang meneliti banyak perkara terutama pendidikan yang melibatkan tuisyen yang disertai oleh pelajar-pelajar antarabangsa dari negara-negara yang penduduk Islamnya sedikit sahaja. Muzium pula lebih kepada persilangan budaya dan teras yayasan buat masa ini ialah pendidikan dan muzium sahaja. Sepuluh tahun yang lalu saya laburkan dalam pembinaan infrastruktur dan sekarang sedang membina kolej di Alor Star yang akan siap pada tahun 2009.
Sebanyak 3,000 pelajar disasarkan dengan 30 peratus pelajar tempatan manakala selebihnya antarabangsa. Ramai dari negara-negara Islam yang kecil di rantau Asia Tengah. Budak-budak ini cerdik tapi miskin dan mereka diberi pelajaran dalam Sains dan Matematik.
Ada juga kita hantar imam dan bilal yang kurang mampu ke Mekah untuk mengerjakan haji. saya lihat mereka ini kalau mati pun Allah beri mereka haji tetapi tidak dapat pergi ke Mekah kerana tidak mampu. Oleh itu, saya pilih 60 hingga 70 orang setahun dan kita bawa masuk Tabung Haji seperti yang ibu bapa kita buat. Selalu yang dapat ialah tok siak, imam dan bilal dan saya minta kuota daripada kerajaan untuk berbuat demikian.
Tan Sri pernah beritahu mahu memodenkan sistem sekolah pondok di negara ini. Adakah rancangan itu masih ada dan relevan untuk dilaksanakan pada masa ini?
SYED MOKHTAR: Sistem sekolah pondok yang ada pada hari ini memerlukan perubahan, sekolah yang lengkap dengan kemudahan asas. Ini penting kerana kebersihan itu adalah asas kesihatan pelajar dan juga sebahagian daripada iman.
Kolej Yayasan Albukhary di Alor Star ada sistem, lapan jam belajar, lapan jam waktu tidur dan lapan jam lagi untuk buat kerja-kerja sukarela. Pembelajaran hukum agama asas seperti sembahyang dan mengaji adalah tanggungjawab individu dan mesti ada. Kolej tidak banyak tumpukan kepada agama kerana itu tanggungjawab individu, tanggungjawab dengan Allah. Kolej itu tumpukan ilmu dunia.
Bila kita susah, orang tolong kita dan bila kita nampak orang susah kita kena tolong. Objektifnya bila keluar dari kolej ini mereka berisi dengan ilmu, nak jadi akauntan atau ahli ekonomi, kita berikan pelajaran dan lepas itu kita lepaskan, tiada terikat untuk pergi ke mana sahaja. Sistem sekolah pondok hanya pentingkan agama. Agama adalah tanggungjawab kita, memang ada dalam jiwa cuma perlu diperkuatkan tapi perlu juga ada ilmu dunia.
Boleh Tan Sri berkongsi zaman kanak- kanak, terutama cara Tan Sri dibesarkan dengan didikan keluarga yang bagaimana?
SYED MOKHTAR: Macam biasa juga, saya pergi ke sekolah rendah dan menengah. Cuma masa itu keluarga saya susah. Bila habis sekolah menengah, duit tidak ada dan saya ambil keputusan untuk tolong ayah saya dan berusaha dari kecil untuk berjaya. Duit kita guna untuk kehidupan peribadi dan untuk tolong orang lain juga.
Kaum lain ada organisasi seperti persatuan Hokkien atau Kantonis tetapi di mana orang Melayu? Di Kedah tiada satu pun dewan orang Melayu. Bila saya buat kolej, saya suruh buat lima atau enam reka bentuk sebab orang Kodiang, Arau, Padang Terap dan Pokok Sena bukan mampu untuk pergi sampai ke Samarkhan, Istanbul, Isfahan untuk melihat reka bentuk asing itu. Bila anda pergi ke kolej itu ada lima konsep seperti Morish, Turki, Tupaki, Afrika Utara dan sekali gus mencerminkan Islam yang global. Secara peribadi saya memang minat kepada seni bina Islam.
Buat masa ini, sementara menantikan kolej itu siap, kita tempatkan di UIA, ada 372 pelajar dari 47 negara dan insya-Allah, kita akan buka kolej di Kedah dan tumpukan kepada pelajaran asas seperti Pertanian, Perakaunan, Ekonomi dan ICT. Kita juga pernah adakan program ilmu untuk anak-anak Islam Pakistan dan ramai yang berjaya dan bekerja di luar negara. Perbelanjaan sepenuhnya kolej itu ialah RM600 juta apabila siap kelak. Seluas 75 ekar telah siap dan sekarang kita ada pusat dialisis, masjid dan rumah anak yatim dan orang tua, justeru pelajar itu akan buat kerja-kerja sukarela.
Tan Sri bukan sahaja mengembangkan perniagaan tetapi juga melaksanakan pengembangan yayasan.
SYED MOKHTAR: Itu niat saya. Sambil berniaga sambil juga membuat kerja-kerja kebajikan. Kita sementara masih hidup, melebihi 2.5 peratus zakat yang disyaratkan oleh Islam dan dapat tolong anak bangsa, dan juga bukan Islam, 70 anak-anak Islam dan 30 peratus lagi dikongsi oleh pelajar luar dan bukan Islam. Baru-baru ini kita menaja pelajar dari China untuk belajar di UIA tetapi kita tidak paksa mereka masuk Islam.
Bagaimana Tan Sri bekerja?
SYED MOKHTAR: Saya bertindak mengikut keperluan tapi kena terus berusaha agar setiap masalah selesai secepat mungkin. Harus menyelesaikan isu. Tidur selalu lewat, lagi malam lagi cerah mata kerana saya suka buat kerja malam-malam.
Yang penting semua kerja jadi, kena selesaikan isu walaupun berat. Kalau yakin perkara benar, tiada masalah. Perkara yang benar akan beri kita kekuatan untuk terus berusaha, jangan lari dari tanggungjawab.
Senaman kita buat secara sederhana, makan dan minum satu pertiga sahaja.
Saya suka berusaha dan cuba setakat yang terdaya kerana ini Tanah Melayu, jadi Malaysia. Bila saya jumpa pemimpin UMNO saya kata UMNO Melayu punya dan BN Melayu dan semua kaum punya. Dari awal, saya kata saya anak UMNO dan DEB. Kalau UMNO bagi teladan buruk, orang Melayu kecewa dan kita kena jaga. Bendang pun kita jaga dan jangan pajak kepada orang lain. Tapi bila orang cash-out, kita bina jurang yang luas lagi. Pergi luar negara untuk pengembangan tidak apa, tetapi asas kita di sini.
Adakah sejak dulu lagi Tan Sri sudah nampak masalah pendidikan orang Melayu?
SYED MOKHTAR: Masalah pendidikan memang ada dari awal lagi. Dalam tahun 60-an saya hadapi masalah pendidikan sebab tak ada kemampuan. Saya tidak boleh bayar yuran semasa di tingkatan lima.
Masalah budak-budak Melayu yang tak mampu nak bayar yuran memang ada pada masa itu. Saya nampak masalah pendidikan tapi saya pun salah seorang daripada mereka yang memerlukan pertolongan. Tapi tidak ada siapa yang tolong membayar yuran sekolah. Mungkin masa itu tidak ada orang Melayu yang berkemampuan yang boleh tolong saya. Jadi, bila dapat sikit peluang dalam perniagaan, saya ada kemampuan untuk menolong orang lain. Orang kaya ada dalam semua kaum. Mereka kena membantu kaum sendiri supaya tidak tercicir. Yang miskin kita kena bantu.
Apa yang Tan Sri akan lakukan dengan wang tunai RM80,000 yang diterima bersama trofi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan itu?
SYED MOKHTAR: Saya akan memberikannya kepada ibu saya. Masa dulu bila saya dapat RM1,000, saya hanya memerlukan RM500 saja. Bila saya dapat RM1,500 dan bawa balik ke rumah, mak saya kata RM750 cukup untuk keluarga. Baki RM750 bagi kepada orang tua-tua. Dari situ saya nampak perlunya jiran dan masyarakat dalam kehidupan kita. Saya dah ada interaksi dengan masyarakat.

Definisi Perniagaan dan Keusahawanan

Dalam apa jua bidang perniagaan sekalipun, jika ianya mengikut lunas undang-undang negara dan juga syarak adalah bagus disertai dan dilaksanakan. Rasulullah S.A.W. sendiri telah bersabda bahawasanya perniagaan merupakan satu bidang yang dalamnya mempunyai 9/10 daripada sumber rezeki. Oleh itu sangat dialu-alukan menyertai bidang ini terutama bumiputera yang sekarang ini lebih banyak kesedaran untuk hidup independent tanpa bergantung kepada pekerjaan.
Tapi, ya, memang ada tapinya, kita tidak boleh membuta tuli membuka suatu perniagaan sedangkan kita tidak tahu apa maksud perniagaan dan keusahawan itu sendiri sama ada daripada konsep duniawi dan ukharawi. Elok lah saya perjelaskan maksud perniagaan dan keusahawanan. Biasanya orang akan memikirkan istilah ini adalah sama tetapi sebenarnya berbeza.
Perniagaan merupakan suatu urus niaga jual beli dan tak lebih daripada itu. Seorang peniaga hanya memikirkan pasal keuntungan dan tidak akan cuba untuk menegembangkan perniagaan tersebut. Walaupun ada kebiasaannya tidak menyerlah. Biasanya seorang peniaga hanya menjual barang yang telah jadi sahaja dan tidak akan cuba mengaplikasikan suatu bentuk barang yang baru daripada tiada kepada ada.
Ini sangat berlainan dengan usahawan. Jika anda ingin menjadi kategori ini, anda perlulah mempunyai semangat kecekalan, ketabahan dan keazaman yang jitu dan utuh. Kerana fokus seorang usahawan merupakan satu fokus jangka panjang dan tidak tertakluk kepada cakap-cakap yang bukan-bukan. Seorang usahawan biasanya merancang dahulu sesuatu perkara atau tempat atau apa sahaja yang berkaitan dengan produk atau servis yang ingin dihasilkan olehnya. Seorang usahawan jug tidak akan memikirkan untung semata-mata, kerana apabila dalam kepala asyik terfikir pasal keuntungan, ini akan membawa kepada kepincangannya sendiri kerana boleh jadi jika sesuatu produk dihasilkkan tidak menjadi, akan adalah penyelewengan dariapda segi bahan asas dan sebaginya. Oleh itu usahawan lebih menumpukan perancangan jangka panjang daripada yang singkat.
Usahawan juga perlu ada suatu daya pemikiran dan keupayaan yang kreatif, yang sentiasa dapat memenuhi kehendak atau kemahuan para pelangganya. Ini selaras perkembangan semasa, kerana dari semasa ke semasa kehendak pelanggan akan berubah mengikut arus zaman. Produk atau servis tersebut juga patut mengikut arus tersebut (Tetapi bagi seorang Islam, mesti ada batas-batasnya yang tersendiri dan tidak bolehlah mengikut perkembangan zaman sehingga membelakangkan syariah. InsyaAllah perkara ini dapat diaplikasikan dengan ilmu).
Selain itu seorang usahawan juga perlu ada daya saing untuk berada dalam arena keusahawanan yang seakan sama dengannya, bermaksud jika seorang usahawan tersebut memilih satu bidang yang telah sedia ada dipasaran, perlu ada daya dan keupayaan untuk bersaing dan dapat menerobos peratus pasaran tersebut, tetapi dalam norma Islam, konsep monopoli adalah salah jadi cubalah untuk mengelakkan permonopolian jika mampu (huraian tidak dapat dilakukan disini, InsyaAllah jika berkesempatan).
Seorang usahawan pula sepatutnya mempunya daya untuk mencari peluang memperluas empayar perniagaannya sama ada dalam ataupun luar negara. Mereka harus mengenal pasti pasaran yang boleh mereka tembusi. Sebagai contoh kita tidak akan dapat menjual baju sejuk yang banyak bulu dalam negara kerana iklim cuaca negara yang amat panas. Caranya adalah dengan mengeksport produk tersebut ke negara yang mempunyai cuaca yang sangat sejuk seperti scandinavia dan negara-negara utara yang lain. Tetapi perlulah ada satu cara untuk mengeksport produk tersebut, dan semestinya akan ada banyak persaingan daripada produk-produk tempatan mereka. Memang segala-galanya perlu kajian. Berfikirlah.
Dan yang paling aknir sekali yang saya tahu, seorang usahawan perlulah ada satu sikap yang sangat penting iaitu memotivasikan sama ada diri sendiri atau para pekerjanya. Ini sangat penting kerana dalam arena keusahawanan sentiasa ada jatuh bangun. Merkea mesti pandai untuk mengatasi masalah yang telah atau bakal timbul, dengan mempunyai pelbagai pelan sampingan. Ini bagi mengelakkan berlakunya “mental down” sama ada pada usahawan tersebut ataupun para pekerjanya.
Sebagai tambahan untuk maju dalam bidang keusahawanan. Mesti fokus terhadap satu sahaja bidang kalau boleh kerana dalam satu bidang tersebut boleh banyak dikembangkan dan banyak yang boleh dikaji. Ini sememangnya satu masalah terutama bagi kaum bumiputera tak kiralah besara atau kecil perniagaannya, suka menceburkan diri terlampau banyak bidang sekaligus, fokus sememangnya akan lari jika terlampau banyak perkara difikirkan. Boleh untuk menceburkan diri dalam banyak bidang, tapi perlu tumpu agar yang satu itu benar-benar mantap barulah cuba untuk yang lain.
Itulah definisi perniagaan dan keusahawanan yang dapat saya huraikan dan diharap dapatlah kiranya membantu para-para usahawan diluar sana sedikit sebanyak mengenai apa yang patut mereka ketahui dan ada dalam diri mereka. InsyaAllah di lain hari akan saya huraikan pendapat saya dan kajian saya mengenai jenis-jenis perniagaan yang sepatutnya diceburi oleh bumiputera pada masa kini.
Jazakallahukhairan.

Background, Definition and Characteristics of SME in Malaysia

SME (Small and Medium Enterprise), plays a major role in the Malaysian economy. The development of SMEs has received much attention since the implementation of the New Economic Policy (1971 - 1990). It was then emphasised in the Second Long Term Malaysian Plan (1991-2000). A survey done in 1994 found that there were 12,000 SMEs esthablised in Malaysia made up of 88% small enterprises and 12% medium-sized enterprises. These SMEs employed 33% of the workforce in the manufacturing sector.
The importance of small and mesdium-sized businesses in helping the economic develeopment of our nation cannot be refuted. Besides creating job opportunities, SMEs play a crucial role in contributing to the prosperity of big and multinational corporations. They enhance the industry through their crativity and innovation.

Definition

There are several definitions of what constitutes of small business. A small business is sometimes viewed as an enterprise engaged in trading activities or a retail storeselling consumer goods. At other times, it is defined as a businessenttity that is neither owned by the public nor listed on the stock exchange. It is common to define the size of a business based on the annualturn over or sales generated, number of workers employed, paid-up capital or market sized served. The definition differs from one conutry to another to reflect, among others, the economic and the politicalinterests of the nation.
In Malaysia, various agencies adopt different definitions of SMEs depending on their business interests. However one common definition is that provided by the Small and Medium Industries Development Corporation (SMIDEC) which defines SMEs according to two main factors i.e. annual sales turn over and number of full time workers. According to SMIDEC, a medium sized business is :
“A business establishment with an annual sales turnover of between RM10 million and RM25 million and which employs more than 150 full-time workers”.
while a small sized business is:
“A business establisment with an annual sales turnover of not more than RM10 million and which employs not more than 50 full time workers”.
Given this definition, the vast majority of business establisments in Malaysia are considered small. Managing a small business requires a different apprroach as from managing a big or multinational corporation. It offers different and unique chalenges to the manager who is generally the owner of the business.

Characteristics of A Small Business

Although there is no one universally accepted definition of what constitutes a small business, there are several common chareacteristics: ownership, management, resources, organization structure and flexibility of change.
1. Ownership: Privately owned by individual or partners, typically registered as sole proprietorship, partnership ar private limited (Sdn. Bhd.) company.
2. Management: the business is manage and operated by the owner(s). The enterpreneur or founder of the business leads the company, and acts as both manager and worker. The development of the business is determined by the owner. decision making is mostly done by the owner.
3. Resources: A small business often has limited resources. This is especially true for new starts-up due to a lack of track record on the business to convince potential investors and bankers. Thus, it is highly dependent on the ability of the owner to generate resources.
4. Organizational Structure: For a small business, the structure is often flat and informal. The owner has to do almost everything and the workers are normally expected to be able to fuction as generalists since there is no clear demarcation of tasks.
5. Flexibility of Change:
  1. The business has more flexibility to adept to changes in the environment due to it size and informal structure.
  2. It is also vulnerable to develop in the business environment. For instance, any changes in technology or government policy might have a great impact on the business because immediate changes normally require additional capital or resources. This might become a constraint to the business to compete and sustain itself in them market.
  3. http://www.radiniz.com

Mukadimah -Tatacara Seorang Ahli Perniagaan Islam Yang Berkaliber

Dalam menjalani kehidupan seharian, sesetengah orang sering memikirkan tentang perkara-perkara yang elegen,nak pergi ke sesuatu tempat mesti nak pakai baju ni baju tu ni nak lawa tu nak lawa,nak jumpe client mesti nak perfect dan sebagainya.
Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya sering kita menganggap lifestyle itu amat penting bagi menunjukkan kehebatan, kekayaan,dan empayar masing-masing. Sebilangan ahli perniagaan pula terpaksa dengan lifestyle tersebut (untuk elak income-tax dan sebagainya).
Bagi saya lifestyle sememangnya satu penyakit. Selain leceh pasal nak kene pakai itu ini,  kena banyak membazir nak fikirkan kosnya pulak.
Jadi dalam dunia perniagaan, saya lebih minat untuk menceritakan perihal seorang ahli perniagaan yang disegani, yang down-to-earth, dan sentiasa humble. Mudah didekati dan tidak gemarkan publisiti kalau adapun sebab dah terpaksa. Biasala dunia perniagaan.
Tokoh yang saya maksudkan ialah tak lain tak bukan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang melakukan sesuatu kerana dirinya, tetapi untuk masyarakat khususnya Melayu. Disini merupakan petikan ucapannya yang agak menyayat hati ntuk didengar dan dapat memberi kesedaran kepada kita semua:-
1.Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak
mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang
politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi
apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan
masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang
susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka
jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham
baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat
berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak
kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo,
New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di
atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika
ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak
mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu
berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari
segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat
fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang
Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab
depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita
dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang
Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang
Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita
ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk
maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu
saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita
terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan
buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa
yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.
Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata
apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana
politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan
untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat
yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta
dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut
daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka
lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana
yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan
membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100
juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada
tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau
mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran.
Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab
(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain
boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur
kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang
perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.
Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar
dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita
sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang,
esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena
cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan
agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana
dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang
Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh
naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes
tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.
Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
Oleh itu, untuk maju bukanlah bererti kita melihat seseorang itu ketika berada di atas tetapi lihatlah semasa dia ingin mendaki. Tiada jalan mudah untuk mendapat apa yang kita harapkan iaitu kesenangan tetapi haruslah melalui pelbagai cabaran jatuh bangun yang tidak semua orang mampu untuk mengharunginya.
Sama-samalah kita bermuafakat dalam menjalani kerja-kerja seharian terutama dalam bidang perniagaan. Seharusnya ingatlah perniagaan ini merupakan sunnah rasullulah dan 9/10 daripada punca rezeki  manusia. Jadi sama-samalah kita usahakan kearah tersebut mengikut norma-norma yang harus ada dalam setiap individu.
Dengan cara itu semestinya dapat kita wujudkan persepakatan dalam menangani sesebuah situasi yang genting dan tidaklah kita terlalu bergantung dengan dunia luar kalau kita bersatu.
http://www.radiniz.com