Sekadar utk berkongsi bersama teman2.... Renungkanlah....
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Waktu Puasa 1 Malaysia
Pelangi San ハンサム zon puasa untuk 1 malaysia -->http://www.islam.gov.my/portal/puasa09.p hp
klik pada kawasan anda untuk tengok waktu..:) selamat menyambut bulan berpuasa
Malaysia Inovatif lyrik
http://www.malaysiainovatif.gov.my/audio/Meraikan%20Kreativiti.mp3
Malaysia Inovatif
Malaysia boleh, Malaysia inovatif
Mari amalkan budaya kreatif
Buah fikiran pastikan positif
Rakyat dinamik negara progresif
Dari desa hingga ke kota
Satu nusa satu bangsa
Sederap langkah kita terus mara
Kukuhkan ekonomi majukan negara
Ilmu ditimba membuka minda
Jana pendapatan kekayaan dicipta
Rakyata didahulukan hidup sejahtera
Namamu harum di persada dunia
Berat dipikul ringan dijinjing
Yang tua dihormati yang muda dibimbing
Inovasi didukung tenaga digembeling
Berpadu berpakat rukun terjamin
Lagu: Imagika
Lirik: Lady Zara MOSTI
Malaysia Inovatif
Malaysia boleh, Malaysia inovatif
Mari amalkan budaya kreatif
Buah fikiran pastikan positif
Rakyat dinamik negara progresif
Dari desa hingga ke kota
Satu nusa satu bangsa
Sederap langkah kita terus mara
Kukuhkan ekonomi majukan negara
Ilmu ditimba membuka minda
Jana pendapatan kekayaan dicipta
Rakyata didahulukan hidup sejahtera
Namamu harum di persada dunia
Berat dipikul ringan dijinjing
Yang tua dihormati yang muda dibimbing
Inovasi didukung tenaga digembeling
Berpadu berpakat rukun terjamin
Lagu: Imagika
Lirik: Lady Zara MOSTI
Braille tulisan untuk si buta
Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W.
dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.
Simbol simbol Braille adalah seperti berikut:
Abjad Braille
Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:dan kehadiran atau ketiadaan titik itu akan memberi kod untuk simbol tersebut. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.
Simbol simbol Braille adalah seperti berikut:
A1 B2 C3 D4 E5 F6 G7 H8 I9 J0 X. X. XX XX X. XX XX X. .X .X .. X. .. .X .X X. XX XX X. XX .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..
K L M N O P Q R S T X. X. XX XX X. XX XX X. .X .X .. X. .. .X .X X. XX XX X. XX X. X. X. X. X. X. X. X. X. X.
U V W X Y Z X. X. .X XX XX X. .. X. XX .. .X .X XX XX .X XX XX XX
Capital Number Question sign sign Period Comma mark .. .X .. .. .. .. .X XX X. X. .X XX .X .. XX
Syarat-Syarat SEBELUM membuka CyberCafe/Internet Center/Pusat Komputer Berinternet
1. Paling penting, dan paling UTAMA; sila pergi ke PEJABAT MAJLIS DAERAH/PERBANDARAN/BANDARAYA (PBT) sebelum anda menyewa/membuka/menjalankan perniagaan anda. SILA NYATAKAN DENGAN JELAS, jenis kedai yang anda ingin buka. Cyber Cafe, ataupun Pusat Internet.
2. Jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tempat anda TIDAK MEMBENARKAN, jangan sekali-kali mengungkit/mempersoalkan/membuat bising di pejabat mereka. Gunakan cara DIPLOMASI. Gunakan saluran yang BETUL. Jangan sekali-kali berniat memberikan sogokan kepada mereka. ELAKKAN AMALAN RASUAH!.
3. Jika PBT BENARKAN anda menjalankan perniagaan ini, barulah anda boleh mencari tempat yang sesuai.
4. Bayar deposit kepada pemilik kedai, dan jalankan kerja2 selenggara.
myccoc.org
5. Mulakan perniagaan.
6. selepas beberapa hari, pergilah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dan Daftarkan perniagaan anda.
7. Mohon lesen untuk permainan/games daripada:
i. Sendi Mutiara Multimedia (eg: WarCraft, StarCraft)
ii. NewEra (eg: TonyHawks)
iii. Gamers.com.my (EA games. eg: FIFA, NFS)
iv. E-Club Malaysia (CS, PopGames, Etc)
8. Nak daftar lesen pbt, syarat kena ada daftar niaga...daftar SSM Taruk no.1
2. Jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di tempat anda TIDAK MEMBENARKAN, jangan sekali-kali mengungkit/mempersoalkan/membuat bising di pejabat mereka. Gunakan cara DIPLOMASI. Gunakan saluran yang BETUL. Jangan sekali-kali berniat memberikan sogokan kepada mereka. ELAKKAN AMALAN RASUAH!.
3. Jika PBT BENARKAN anda menjalankan perniagaan ini, barulah anda boleh mencari tempat yang sesuai.
4. Bayar deposit kepada pemilik kedai, dan jalankan kerja2 selenggara.
myccoc.org
5. Mulakan perniagaan.
6. selepas beberapa hari, pergilah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dan Daftarkan perniagaan anda.
7. Mohon lesen untuk permainan/games daripada:
i. Sendi Mutiara Multimedia (eg: WarCraft, StarCraft)
ii. NewEra (eg: TonyHawks)
iii. Gamers.com.my (EA games. eg: FIFA, NFS)
iv. E-Club Malaysia (CS, PopGames, Etc)
8. Nak daftar lesen pbt, syarat kena ada daftar niaga...daftar SSM Taruk no.1
Useful Arabic Words & Phrases
Langgan:
Catatan (Atom)



