Saya tiada jodoh dengan MLM. Anda bagaimana?

Ya, saya tahu tajuk artikel saya pada kali ini akan membuatkan ramai usahawan MLM (Multi Level Marketing) di luar sana rasa marah atau geram. Jangan salah faham, bukan maksud saya program MLM tidak bagus, tetapi saya memang tiada jodoh dengan MLM sejak dulu lagi. Saya amat 'phobia' jika diperkenalkan dengan program yang memerlukan saya untuk mencari orang. (Erkk. Meluat aku dengar.)

Sehingga ke hari ini, saya sentiasa diperkenalkan dengan program2 MLM dan semua mengakui yang mereka lebih bagus dari yang lain. Huh. Di sebabkan MLM, saya telah ramai hilang sahabat, rakan2 seperjuangan, hilang saudara mara, dan hampir kehilangan adik beradik sendiri. Mana taknya, mereka join sebab dipush untuk join, tapi bila dah join diaorang gagal tiru apa yang kita buat. Akhirnya bertekak, bergaduh, bertumbuk dan ada yang sampai putus saudara. Sebab itulah saya memilih untuk tidak menyertai program MLM. Saya sendiri sebenarnya tidak suka apabila seseorang itu bercerita tentang MLM. Biasanya, untuk mempromosikan MLM, mereka akan cuba tackle orang2 yang dekat seperti rakan2. Bagi mengelakkan perbualan yang panjang, biasanya saya akan kata begini.

"Bro, aku bukan nak sombong dengan kau, tapi kau nak tak kalau lepas nie kau kol aku tak angkat, kalau kau ajak lepak minum aku elak, dan aku mengelak setiap kali kau ajak jumpa.. Nak?".. Di mesti jawab "Tak nak..".. Dan saya akan cakap, "Kalau macam tu, jangan cerita apa2 lagi tentang MLM kau tu kat aku.. orait?".. "Ok bro". dia menjawab dengan muke bengang..

Itulah ayat yang saya akan guna untuk mengelakkan diri dari dibasuh dalam presentation mereka yang menjalankan perniagaan MLM. Walaupun gaya bahasa agak kasar, tetapi ia cukup lembut dan hasilnya persahabatan anda dengan individu tersebut terpelihara. Sebenarnya, jika anda tidak berminat tetapi terus mendengar, itulah peluang mereka untuk membasuh anda. Kadang kala, niat anda hanya suka2 ingin mendengar, tetapi dengan tiba2 rakan anda secara rahsia SMS senior dia untuk datang tolong close anda. Haha. Pernah ke jadi begini? Sebenarnya ada beberapa teknik yang digunakan yang anda hampir tidak sedar. Biasanya sebelum mereka bermula, anda akan melihat pelbagai statement income, gambar, dan testimoni dari ramai yang berjaya dengan program mereka. Mereka akan sedaya upaya menarik perhatian anda sehingga anda kelihatan hairan dan ingin tahu bagaimana mereka memperoleh pendapatan tersebut.

Aura Positif anda dikeluarkan secara halus

Jika anda mengambil keputusan untuk mendengar, mereka akan tembak anda dengan ayat2 positif seperti "Betul tak?", "Setuju tak?", "Rugi ke Untung?".. Anda pun seperti kena pukau pun menjawab, "Betul..", "Setuju..". "Untung.." dan macam2 lagi.. Walaumacamana pun anda cuba tidak bersetuju, ada saja hujah yang dikeluarkan untuk membuatkan anda berkata, "Ya", "Betul", dan "Setuju". Inilah rahsianya. Ia adalah asas dalam bidang marketing untuk mewujudkan Aura Positif dalam minda prospek. Biasanya pertanyaan2 ini dibuat dengan bersahaja sehingga anda tidak sedar ia adalah satu taktik. Teknik ini bertujuan untuk mencairkan benteng ego di minda anda. Walaupun pada asalnya anda berkata di dalam hati, "Tak kira apa yang dia cakap, aku takmo join..", tetapi akhirnya anda akan mula mempertimbangkannya disebabkan penyerapan Aura Positif tersebut.

Penerangan sistem (orang bulat2)

Apabila anda penuh dengan aura positif, mereka akan mula melukis gambar bulat2, bersambung dan semakin besar ke bawah padahal awal2 tadi mereka kata ini bukan MLM, dan bukan piramid. Anda sedar tentang perkara tu tetapi lidah anda menjadi kelu kerana pada awal tadi anda telah bersetuju dengan pelbagai perkara. Mereka akan terus menerangkan dengan pelbagai teknik sehingga anda benar-benar faham dan nampak sistem yang digunakan. Anda masih akan mendengar soalan-soalan memancing Aura Positif walaupun sedang membuat penerangan. Mereka akan mula mengutuk program2 lain dan secara tidak langsung menyindir kerjaya anda. Walaupun anda disindir, anda tidak marah disebabkan Aura Positif tadi membuatkan minda anda sangat terbuka.

Closing yang sangat memukau

Istilah closing digunakan apabila kita cuba memujuk pelanggan untuk menyertai atau membeli sesuatu produk. Ia memerlukan keberanian dan pengalaman sebab itu biasanya ia dilakukan oleh ahli yang lebih senior. Sebenarnya, jika anda mendengar sehingga tahap ini dengan amat mudah boleh membuatkan anda kelihatan BODOH jika tidak menyertai program mereka. Ya. Anda kini terperangkap. Jika anda join, anda membuat keputusan yang bijak, tetapi jika anda tolak, andalah manusia yang paling BODOH sekali. Itulah situasi yang anda alami jika mendengar penerangan mereka sehingga closing. Waktu ini anda akan mendengar pelbagai pepatah. Contohnya "Orang yang berjaya sibuk buat duit, Orang gagal sibuk buat alasan..".. Adakah anda akan memberi alasan setelah mendengar pepatah tadi? Pendek kata, anda sudah terperangkap.

Cukuplah saya ceritakan tentang pengalaman saya dalam bidang MLM. Walaupun sebenarnya dalam bidang marketing ini saya telah berguru dengan ramai pakar-pakar, tetapi saya sendiri pun hairan kenapa setiap kali saya tiada jodoh dalam bidang ini. Mungkin saya tidak berbakat dalam mencari orang atau mungkin kurang hensem. Sesebuah perniagaan apabila kita perlu mencari orang memang amat membosankan saya. ADAKAH ANDA SAMA SEPERTI SAYA? Hakikatnya, MLM merupakan perniagaan yang amat baik dan telah ramai melahirkan jutawan. Hanya disebabkan saya tidak ada rezeki dalam bidang itu, ini tidak bermakna MLM tidak bagus. Saya pasti anda mesti ada kenalan yang berjaya dalam perniagaan MLM.

Setiap hari ada saja orang yang berjaya dalam perniagaan ini. Kita hanya duduk dan melihat sahaja seorang demi seorang berjaya. Jauh disudut hati saya, ingin sekali saya berjaya dalam bidang itu. Saya percaya, anda juga mempunyai keinginan yang sama. Tapi jika difikirkan kembali, memang rugi ketika melihat orang lain merebut peluang dan kita hanya melihat, dan ketika orang itu sudah berjaya pun kita masih lagi melihat. Sampai bila?

TAHUN 2010 ADALAH TAHUN UNTUK MEREBUT SEGALA PELUANG YANG ADA.

Ya, seperti dalam artikel saya yang lalu, pada tahun ini kita patut merebut segala peluang perniagaan yang ada. Sebenarnya saya telahpun mengambil langkah pertama untuk merebut peluang pada tahun ini. Kali ini, saya kaji kelemahan saya di MLM dan pasaran terbuka. Berikut adalah kelemahan2 yang saya kenal pasti:

1. BENCI mencari orang dan membuat orang lain benci berjumpa kita.
2. BENCI mengedarkan broucher di tengah2 panas, atau menampal di cermin kereta di tempat parking.
3. BENCI membawa fail ke sana sini bersedia untuk memberi penerangan.
4. BENCI digesa atau dipush oleh orang lain untuk mencari prospek.
5. BENCI sebab downline terlalu berharap dengan kita.
6. Produk yang dijual tidak mempunyai permintaan atau pembelian ulangan.
7. Perlu membuat pembelian beribu ringgit hanya semata-mata ingin menjadi ahli. (Klu murah best la jugak kan..)

Ya. setelah dikenalpasti, inilah masalah utama mengapa saya tidak melakukan perniagaan MLM. Tetapi jika tidak mencari orang, bagaimana mahu melakukan perniagaan MLM? Sebenarnya, saya telah menemui satu teknik yang saya cari2 selama ini. Ia bukanlah perniagaan offline, tetapi secara online. Sudah tentu saya amat meminati model perniagaan online dan gemar dengan konsep autopilot. Saya akan kongsikan dengan anda bagaimana ia boleh dilakukan. Terus terang saya katakan, saya sendiri belum pernah mencubanya sendiri. Sama seperti dulu, ketika belum ramai orang berjaya dalam perniagaan eBay, tetapi saya cuba dan membuktikannya sendiri. Adakah anda seperti saya?


Orang yang gagal, sering ingin lihat bukti untuk buat.. Orang yang berjaya buat dahulu untuk tunjukkan bukti..


Saya akan ceritakan apa teknik yang saya temui itu pada artikel yang akan datang. Jika ia terlalu panjang, mungkin saya akan hasilkan laporan percuma bergantung kepada keadaan. Objektif saya adalah untuk membawa anda bersama2 di peringkat awal dalam teknik terbaru ini. Bisnes online bukan sahaja terhad kepada eBay, tetapi ia amat luas. Rugi jika anda hanya merebut satu lubuk wang sedangkan lubuk yang lain tidak terusik.

TINGGALKAN KOMEN ANDA DAN NYATAKAN PANDANGAN ANDA TENTANG BISNES MLM.