PC TROUBLESHOOTING

PC TROUBLESHOOTING


MOTHERBOARD

Pengujian

1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-board) kepada motherboard.
2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang digunakan samada VGA/SVGA dll.
3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam bertemu hitam)
4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan kabel data monitor perlu disambungkan
kepada kad display yang digunakan.
5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada motherboard, lapikkan motherboard dengan benda-benda
berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya.
6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ‘ON’kan suis bekalan kuasa.
7. Jika motherboard tersebut ‘OK’ monitor akan mengeluarkan image pada skrin.
8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak.

Troubleshooting

1. NO DISPLAY

Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada bateri leakage ini menyebabkan litar menjadi putus dan menyebabkan ‘short circuit’ pada motherboard.

SOLUTION

Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu mengikis kesan-kesan cairan pada litar-litar yang berkemungkinan telah putus supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter menunjukkan bacaan menunjukkan litar tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali dengan menggunakan wayar ataupun apa-apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak dengan bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut.


2. DISPLAY

RAM Error
Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada bahagian Bank ) telah rosak

SOLUTION
Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru.


3. DISPLAY

Memory Size Error
Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam ‘Setup’ adalah tidak betul mengikut nilai RAM yang digunakan.

SOLUTION

Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Tukar nilai Cache Memory kepada nilai yang
betul. Contohnya 348 kepada 384. Save ‘Setup’ ini dan boot kembali komputer.


4. DISPLAY

Decreasing Available Memory
Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak dimasukkan dengan sempurna.

SOLUTION

Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti jika perlu.


5. DISPLAY

Disket Drive 0 Track 0 Failed
Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan ‘Setup’. Ia mungkin juga kerana kabel drive tidak dipasangkan dengan betul.

SOLUTION

Periksa ‘Setup’ dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi. Kemudian periksa kabel drive sama ada ia dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.


6. DISPLAY

Gate A 20 Failure
Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ini akan mengeluarkan bunyi beep sekali yang nyaring.

SOLUTION

Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika menggunkan komputer jenis AT. Jika display error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru.


7. DISPLAY

No Timmer Tick
Ini mungkin kerana litar ‘timmer’ rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi lama.

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.


8. DISPLAY

[xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx]
Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan yang baru.