Silat & Perbomohan Menurut Islam

Sebelum dihuraikan perkataan ‘silat’ terlebih dahulu dihuraikan perkataan ‘gayung’.
Perkataan ‘gayung’ asalnya daripada perkataan Melayu Kuno. Asal perkataannya terbit
daripada perkataan ‘gawang’. Sebagai contoh gawang tangan, gawang siku, gawang
kepala, gawang badan, gawang lutut, gawang kaki, menolak, menyepak, menepis sesuatu
kejahatan yang datang pada diri.
Perkataan ‘gawang’ ertinya satu sifat yang dikurniakan oleh Allah kepada semua jenis
bernyawa yang terdiri daripada manusia dan binatang bagi menolak jahat dan menerima
baik samada secara tiba-tiba ataupun melalui susunan latihan. Daripada perkataan ‘gawang’
inilah terbitnya perkataan ‘gayung’.
Perkataan ‘gayung’ pula kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya
susunan langkahan pertahanan diri iaitu setiap satu susunan langkahan yang disertakan
dengan sepak, terajang, tepis menepis, lompat melompat, elak mengelak atau yang
seumpama dengannya ada pada setiap bangsa manusia dan juga binatang. Sebagai contoh
:-
Di Thailand dikenali sebagai ‘Muay’ Thai
Di kalangan Melayu dikenali sebagai ‘Gayung’
Di Cina dikenali dengan Kung Fu
Di Jepun dikenali sebagai Judo
Di Parsi dikenali sebagai Gusti
Di India dikenali sebagai Silambam
Kecepatan, ketangkasan dan kelasakkan dalam latihan gayung (latihan pertahan diri)
terwujud hasil daripada lama masa dan tabah di dalam melaksanakan latihan tersebut.
Setengah-setengah bangsa khususiah kelompok orang-orang Melayu berusaha mencari
suatu cara atau suatu atucara yang boleh dikepilkan atau disertakan dalam diri atau di luar
diri bagi tujaun menzahirkan kehebatan yang lebih berganda-ganda sehingga di luar batas
pemikiran biasa. Untuk itu wujudlah suatu bentuk jampi serapah, kunjungan dan pemujaan
mengikut kaedah gaya dan selera. Antara rupa bentuk pemujaan adalah :-
a. Semahan darah-darah binatang haram atau halal.
b. Menyembah dan memuja rangka badan manusia atau binatang atau yang
seumpama dengannya.
c. Menyembah dan memuja rupa bentuk sesuatu samada besar atau kecil dari alatalat
senjata.
d. Mengadakan jamuan makanan dan minuman yang halal atau haram.
e. Alat-alat bunyian.
f. Adapun jampi serapah pula adalah daripada kalimah-kalimah atau ayat-ayat yang
direka sendiri mengikut khayalan atau dalam mimpi atau bisikan atau dari suara yang
tidak diketahui arah datangnya atau tuannya.
g. Pelbagai benda atau tulisan dijadikan tangkal atau azimat.
Bilamana si pengamal yang bercita-cita atau berhajat mendapatkan atau menzahirkan suatu
kelebihan maka ia akan melazimkan sepenuh diri dengan mengadakan sepenuh tumpuan
kepada semua bentuk pemujaan, jampi serapah dan amalan tersebut. Dikala itu akan
datanglah suatu lembaga sama ada di dalam mimpi, khayalan atau dalam jaga, berjanji
menolong dalam semua bentuk kerja buat dengan syarat patuh kepada semua syarat yang
diberi dan ditetapkan.
Lembaga ini dikenali dengan panggilan ‘dewa’ oleh masyarakat Melayu silam. Al-Quran pula
memanggilnya dengan perkataan ‘jin’. Bahasa moden memanggilnya dengan ‘laser’ atau
‘hologram’.
Dewa ini menzahirkan rupa diri dalam bentuk manusia mahupun binatang ataupun yang
seumpama dan kadang-kadang akan mengaku dirinya sebagai Tuhan, Nabi, Malaikat atau
(2)
Wali. Kadang-kadang menjelma masuk dalam diri manusia dengan memperkenalkan diri
sebagai Tuhan, Nabi, Malaikat atau Wali dengan menggayakan beberapa perkara yang
luarbiasa untuk mengikat manusia yang didatanginya itu agar sentiasa memuja,
menyembah, mengikut dan patuh tunduk kepada semua arahannya supaya tidak terputus
hubungan. Saka-baka, keturunn, dan semua bentuk sihir, istidroj, silap mata berasal dan
terbit dari sini.
Permainan dewa ini hanyalah sekadar menggantikan sesuatu dengan sesuatu dan ianya
terhad atau dengan mengalihkan pandangan mata. Berbeza dengan maunah, karomah,
mukjizat dan irhas yang mana dasarnya paling sesuatu kepada sesuatu, walau seberapa
banyak dan luas sekalipun.
Di dalam Agama Islam, ilmu dan amal sedemikian dipanggil ajaran sesat kerana telah
menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang insan yang berada di dalam Agama
Islam sehingga dipanggil atau dinamakan murtad, kufur, munafiq, zalim dan fasiq. Dipanggil
atau dinamakan juga Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rubbubiyyah atau kufur dan maksiat di
dalam ilmu dan amal.
Tujuan mereka mengadakan yang seumpama dengan yang tersebut hanyalah sematamata
ingin mempamirkan kehebatan , kebesaran, keunggulan kepada masyarakat setempat
supaya mereka disanjung, dipuja dan dipuji, dikunjungi, diambil ilmu dan amal daripadanya.
Dari sini lahirlah pula individu manusia yang digelar mahaguru, mahajaguh, maharaja,
pendekar, hulubalang, panglima, tok pawang, tok bomoh, tok mudim, tok bidan, mak andam
dan seumpamanya.
SILAT
Perkataan ‘SILAT’ berasal dari Bahasa Arab iaitu ‘As Silsilati’.
Tok Guru saya kata As Silsilati itu boleh diterjemahkan dengan perkataan perhubungan,
hubung kait atau kaitan.
Perkataan silat kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya latihan pertahan
diri yang ada hubung kait, yang ada kaitan sepertimana yang diajar oleh Nabi s.a.w. kepada
sahabat, sahabat pula mengajar pula kepada tabiin dan seterusnya. Iaitu suatu latihan
pertahan diri tidak kira di atas apa juga susunan langkah yang diberi nama atau yang belum
diberi nama yang disertakan dengan qosod dan tujuan menjual diri dan hartanya kepada
Allah dan Rasul dan sentiasa berada di atas dasar aqidah, syariat dan akhlak Rasulullah
s.a.w. kerana :-
a. Menjaga kesucian Agama Islam.
b. Menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam.
c. Menjaga harta dan tanah air orang Islam.
Iaitulah suatu latihan yang bebas dari Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah dalam ilmu
dan amal. Suatu latihan yang mengajak ahli-ahlinya berada di dalam Tauhid Uluhiyyah dan
Tauhid Rububiyyah yang membawa kepada kemantapan aqidah, syariat dan akhlak yang
sentiasa mengikat darjatnya di sisi Allah.
Manakala wirid, jampi, doa pula daripada Al-Quran, Al-Hadith Nabawi dan yang diambil dari
ulama yang ahli pada babnya yang ada untaian dan rangkaian salasilah ambilannya
sehingga sampai kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. atau paling kurang
sampai kepada ulama muktabar yang mahsyur dan dikenali umum, disamping melazimkan
puasa sunat dan sembahyang sunat sebagai tetamu kepada amalan yang telah difardhukan
dan diwajibkan di dalam Agama Islam.
Dari sini dapatlah difahami dengan jelas dan ketara di antara latihan pertahan diri,
perbomohan, kebatinan dan kerohanian yang menurut Agama Islam dan yang tidak menurut
Islam berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.
Antara perbezaan pokok yang jelas dan ketara ialah mereka-mereka yang tidak menurut
Islam dalam latihan pertahan diri dan perbomohan atau seumpamanya itu mesti akan
terdapat atau ada pada diri mereka beberapa perkara berikut :-
a. Jahil Murakab.
b. Jahil Basit.
c. Ikut membabi buta.
d. Berpegang teguh kepada hukum adat semata-mata.
e. Mengikut bijak sana pemikiran semata-mata.
f. Iqtiqad Hululiyyah dan Iqtiqad Wahdatul Wujud.
g. Memuja roh dan penjelmaan roh ke dalam diri.
h. Jahil dalam kaedah Bahasa Arab di dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Quran, Hadith
Nabi dan kitab-kitab Ulama atau perkataan mereka di dalam Bahasa Arab.
i. Mengambil ilmu dan amal dari orang jahil aqidah, syariat dan akhlak atau orang yang
tidak beramal dengan aqidah, syariat dan akhlak.
j. Ada perjanjian yang sama dengan hukum syarak, harus dan haram dalam hukum
syarak.
k. Tidak mendekati alim ulama yang ahli pada babnya dan tidak mengambil nasihat dan
pengajaran daripada mereka.
l. Mengadakan mubai’ah yang disertakan dengan sumpah bagi memberatkan diri
melaksanakan yang baik dan menjauhkan yang jahat.
m. Berpegang teguh dan beriqtiqad yang wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu.
n. Menderhaka kepada raja dan melanggar undang-undang negara.
Latihan Pertahan Diri, Perbomohan dan lain menurut Islam antaranya :-
a. Keluar dari Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah ke Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid
Rububiyyah dalam ilmu dan amal.
b. Memulakan sesuatu yang baik dengan istighfar, Syahadatain, Taawudz dan Bismillah.
c. Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam latihan dan dalam
perubatan.
d. Latihan itu hanya semata ubudiah diri, zahir dan batin kepada Allah bagi meningkatkan
keyakinan yang tinggi serta mencapai akhlak yang mulia.
e. Berpakaian yang menutup aurat.
f. Tidak membangsakan susunan langkah itu kepada apa yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.
atau mana-mana Nabi dan Rasul Alaihi Massalam atau kepada mana-mana Rukun Fi’li
Islam bagi mengatakan ketinggian dan kehebatan susunan langkahnya.
g. Latihan pertahan diri hanyalah suatu sunnah dalam Agama Islam jika tujuannya seperti
yang tersebut dalam huraian perkataan silat, kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
menjadi jaguh gusti Semenanjung Arab, dan menjadi panglima agung dalam
peperangan dan menjadi maharaja dalam pemerintahan.
h. Memperkukuhkan hubungan silatul rahim dan persaudaraan dalam Agama Islam.
i. Dibolehkan mengambil upah jampi tetapi tidak boleh menjaminkan hasil hajat dan
kesembuhan penyakit tanpa bersandarkan kepada Allah.