Mengapa Orang Bijak Pandai Gagal?

Adaptasi daripada dari Stenberg, R. (1994). In search of the human mind. New York: Harcourt Brace
alt
1. Kurang bermotivasi. Bakat semata-mata tidak relevan sekiranya seseorang itu tidak bermotivasi untuk menggunakannya. Motivasi boleh datang dari luaran (pujian orang lain) atau dalaman (kepuasan diri). Motivasi dari luaran bertindak dengan pantas, tapi motivasi dari dalaman memberikan prestasi yang konsisten.

2. Kurang kawalan spontan. Tabiat terlalu spontan merendahkan prestasi. Selalunya orang tidak menggunakan kapasiti intelek sepenuhnya tetapi bergantung kepada penyelesaian pertama yang muncul di dalam kepala semasa menyelesaikan masalah.

3. Kurang kecekalan. Sesetengah orang mudah putus asa, manakala ada juga yang tak mudah berhenti berusaha walaupun menemui jalan buntu.

4. Menggunakan kebolehan yang salah. Ibarat memotong kertas dengan gigi. Sesetengah orang menggunakan kebolehan yang salah semasa menjalankan tugasan mereka.

5. Tak pandai menukarkan idea kepada perbuatan. Sesetengah orang terperangkap di dalam pemikiran mereka. Mereka ada idea yang bagus tapi tak berbuat apa-apa mengenainya.

6. Kurang fokus kepada orientasi produk. Sesetengah orang sangat leka dengan cara membuat produk berbanding dengan apa yang produk itu boleh buat.

7. Tak boleh siapkan tugas. Sesetengah orang tak mahu habiskan kerja mereka hari ini. Ini mungkin sebab takut nak memulakan tugasan yang seterusnya, atau takut untuk meneliti hasil tugas mereka.

8. Takut untuk memulakan sesuatu. Ada juga orang yang takut nak memulakan sesuatu projek. Ini mungkin sebab tak mahu membuat keputusan atau takutkan komitmen.

9. Takut untuk gagal. Manusia mungkin takkan mencapai prestasi maksimum sebab mereka mengelakkan cabaran dalam hidup.

10. Suka bertangguh. Sesetengah orang tak mampu untuk membuat sesuatu tanpa dipaksa. Mereka juga mungkin akan mencari perkara-perkara kecil untuk mengelakkan daripada membuat perkara yang lebih besar.

11. Suka menyalahkan sesuatu. Sesetengah orang suka menyalahkan diri sendiri kalau berlaku kegagalan. Ada juga yang suka menyalahkan orang lain.

12. Suka merenung kelemahan sendiri. Sesetengah orang banyak menghabiskan masa merenung kelemahan sendiri daripada menyelesaikan masalah yang dihadapai.

13. Suka bergantung harap. Sesetengah orang suka berharap supaya orang lain membuat sesuatu kepada mereka, sungguhpun mereka boleh membuatnya sendiri.

14. Sibuk dengan masalah sendiri. Ada juga orang yang suka membiarkan masalah peribadi mengganggu prestasi mereka. Yang penting sebenarnya adalah sentiasa fokus dengan perspektif yang betul.

15. Susah untuk fokus. Orang bijak pandai pun ada yang mempunya daya fokus yang pendek.

16. Terlalu sibuk / Terlalu senang. Orang yang banyak sangat nak buat banyak aktiviti akan menempuh risiko kerja siap lambat. Orang yang terlalu goyang kaki pula takkan mencapai kejayaaan yang banyak di dalam hidup mereka.

17. Tak sabar untuk mendapat ganjaran. Ada orang yang diberi ganjaran kerana melakukan perkara-perkara kecil, manakala menghindarkan diri daripada membuat tugasan besar yang mana boleh memberikan ganjaran yang lagi besar.

18. Tak melihat mesej yang lagi besar. Sesetengah orang terlalu obses dengan ketelitian, dan lupa untuk melihat keseluruhan gambaran tugasan yang sedang dilakukan.

19. Tiada keseimbangan diantara pemikiran kritikal, pemikiran analitis dan pemikiran kreatif. Kesemua jenis pemikiran ini perlu seimbang, dan manusia perlu tahu cara berfikir yang betul di dalam situasi yang berbeza.

20. Terlalu kurang atau terlalu lebih yakin-diri (self confidence). Kurang keyakinan kepada diri sendiri membuatkan kurang mencapai banyak kejayaan dalam hidup dan hanya meramalkan sesuatu kepada diri sendiri supaya ia menjadi kenyataan. Manakala terlalu yakin kepada diri sendiri pula menyebabkan orang itu tak tahu bila untuk mengaku kelemahan diri, fakta yang salah dan tak tahu bila untuk memperbaiki diri.