Pengetahuan Ilmu Ghaib.

SEMOGA MENJADI PANDUAN KITA SEMUA !!! drpd beberapa kitab.

Seperti mana yg kita ketahui bahawa Para Nabi dan Para Rasul2 Allah menerima wahyu dari Allah dgn pelbagai cara. Maka itu bagaimana pula cara ilmu ghaib ini diajarkan kepada orang2 tertentu iaitu dgn melalui jalan LADUNI. Didalam ILMU LADUNI ini terdapat 5 cara.

1.Cara Nor
Cara ini kebiasaannya diterima oleh ahli2 zikir atau yang sedang menjalani Tariqat Tasauf. Ianya dihantar melalui sebuah mimpi yg dialami oleh seseorang yang mengamalkan Tariqat Tasauf, mimpi ini dihantar secara kiasan ataupun secara terang-terangan. Bila seseorang murid didalam tidurnya bermimpi maka adalah menjadi kewajipannya merujuk hal mimpinya kepada gurunya untuk mendapatkan pentafsiran. Disini sebagai ahli menjaro kita rujuk pada Guru Hanafi yang berpengalaman dan akan dapat mentafsirkannya apa yg diterima oleh muridnya. Didalam sebuah mimpi tersebut, orang2 tasauf telah diberi kiasan dengan satu peristiwa yg sedang berlaku didalam mimpinya ataupun guru ghaib yg terdiri dari rasul2 nabi dan wali2 Allah dating mengajar sesuatu kepadanya didalam mimpi tersebut.
Seperti firman Allah Ta?ala didalam Al-Quran ;
Surah Yusuf , ayat 6 ; ?DiajarkanNya kepadamu sebahagian dari ta?bir mimpi2 dan disempurnakan nikmatnya (ilmu ghaib ) kepadamu ?.

2.Cara Tajali
Tajali bolehlah ditaarifkan sebagai penjelmaan buah fikiran daripada perasaan ?Zok? semasa menjalani latihan zikir atau Tariqat Tasauf. Dengan mengalami ?Zok? terhadap Allah s.w.t. tersebut maka terlatahlah dari mulut atau terbit drpd akalnya akan sesuatu pengetahuan baru yg tidak pernah didengar dan diperkatakan oleh mereka sendiri sebelumnya. Sebagai contoh terbaca sepotong doa, sedangkan selama ini orang tersebut tidak pernah pun membaca doa sedemikian. Didalam menghadapi Tajali ini seseorang itu haruslah rujuk kepada gurunya untuk mendapat penerangan yg lebih jelas. Sebab itulah amalan BERGURU ini penting selain menjadikan hadis dan Al-Quran sebagai panduan. Bagi menjelaskan hal Tajali selanjutnya silalah bertanya kepada orang2 Hakiki dan Makrifat lagi mursyid agar dapat memperolehi ilmu ghaib itu.

3.Cara Sir
Sir adalah satu jalan penyampaian ilmu ghaib secara rahsia. Ianya hanya dapat dirasai dan didengar oleh seseorang itu secara mutlak. Lazimnya seseorang yg sedang menjalani alam Tasauf dapat menerima Sir dari masa ke semasa melaui pendengaran Telinga Batin dimana akan mendengar suatu suara yang dating kepadanya, suara tersebut akan memberitahu sesuatu yang mengajar ilmu Ghaib dengan terang dan jelas. Bisikan tersebut akan dirasai beserta dengan satu kelazatan yg payah untuk diceritakan. Cara Sir ini ibarat sebagai radio atau telefon.Adakah suara2 itu adalah dari suara2 wali2 Allah yang agung yg mengajar suatu ilmu ghaib ? Maka bagi menambahkan ilmu2 ghaib itu dengan cara Sir maka hendaklah dibentangkan kepada Guru kita terhadap apa yg diterima oleh guru ghaib tadi.

4.Cara Sirusir
Sirusir adalah merupakan satu jalan penyampaian ilmu ghaib dengan cara rahsia didalam rahsia. Seseorang yg menerima ilmu ghaib dengan cara ini mereka dapat melihat dengan mata Basir dan dapat mendengar dengan telinga batin mereka tentang sesuatu peristiwa atau pengajaran ilmu ghaib dan disamping itu disaat penerimaan gambar dan pendengaran suara drpd sesuatu peristiwa itu. Mereka juga menikmati satu kelazatan yang payah sekali untuk diterangkan. Ianya seperti tanyangan gambar di TV yg bersuara. Hal sebegini juga haruslah dirujuk pada Guru agar mendapat suatu keterangan yg terang.

5.Cara Tawasul
Cara Tawasul adalah dengan cara penjelmaan oleh guru atau wali2 Allah yang Ghaib dan mereka menjelma untuk bertemu dengan orang2 tertentu yg sedang menjalani tasauf. Mereka bertemu didalam keadaan hidup2 bukan dalam mimpi tidur atau sebagainya. Mereka dating dan memperkenalkan diri mereka dan tujuan kedatangan mereka. Mereka mengajar ilmu Ghaib kepada orang2 tersebut secara langsung dan orang2 berkenaan pula dapat memahaminya pengajaran mereka tanpa ragu2. Kadang2 penjelmaan mereka boleh dilihat oleh orang ramai sekiranya semasa penjelmaan itu ada ramai org disekeliling. Perlu diingat kedatangan mereka merupakan satu penghormatan kepada ahli tasauf atau sufi dengan itu terbentuklah satu perhubungan yang baik diantara kedua2 pihak. Bagai mereka yang dapat menguasai dan menyelami sendiri alam ilmu Ghaib, maka sudah pasti mereka dapat menjelajahi seluruh Alam Maya. Tujuh Petala langit Tujuh Petala Bumi dan mereka diberi peluang untuk menjelajahi dialam lain termasuk alam barzah , syurga dan neraka , Arash dan Qursi Allah s.w.t.  ini bermakna mereka yang mencapai ke martabat ini dapat meneroka ke suatu alam yang jauh terkeluar drpd garis2 tahap fikiran manusia. 
?Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar (alam lain )?.

Disamping itu orang yg mencapai ke peringkat ini disifatkan oleh Rasullullah s.a.w sebagai orang Mati sebelum Mati.

Sabda Rasullullah s.a.w : ?Matikan diri kamu sebelum kamu mati?. 

Mereka yg telah mencapai peringkat ini adalah mereka yg telah berjaya di jalan Hakiki dan Makrifat dengan Allah. Jiwa mereka sering tenang disamping Tuhannya semasa hidupnya didunia dan juga di akhirat nanti. Mereka adalah termasuk dikalangan manusia yg baik dan beruntung.

Sesungguhnya saya hanya ketahui yg sedikit tetapi Allah Maha mengetahui.