Teknik Paling Cepat Buat Duit Di Internet!



Entry kali ini ringkas sahaja.. tapi sangat power…
Ada orang bertanya kepada saya…
“Salam bro, minggu depan isteri saya nak bersalin. Jadi, agak terdesak nak pakai duit. Boleh tak bro bagi tips.. Apakah cara yang paling pantas untuk buat duit di internet?… Kalau boleh, buat hari ini, hari nie juga  dapat duit! Ada tak bro?”..
Berhari-hari jugalah saya fikirkan jawapan bagi soalan ini… pada mulanya, saya rasa.. macam takde. Tapi.. bila fikir-fikir balik.. mana boleh takde?!.. Brother jual burger kat simpang tu  selalu  kata.. “Nothing Is Imposibile”..
Jadi.. saya mesti cari jalan… Bak kata mentor saya.. “Jalan Pasti Ada! Pasti Ada Jalan! Jom jalan-jalan..”..
Manalah tahu.. kot-kot satu hari nanti saya pun berada pada situasi tersebut. Duit takde.. tapi terdesak nak pakai duit!.
Hari pertama.. saya rasa.. Jawapannya Google Adsense.
Google adsense?  Fuh!.. ikut pengalaman saya…. paling cepat pun, 3 bulan baru dapat cek pertama.. nak apply akaun google adsense je pun dah makan 3 hari, nak tunggu payment clear pula.. ambik masa 45 hari.. Tett!.. Pangkah!
Hari kedua… saya rasa.. jawapannya ialah Affiliate.
Walaupun “affiliate” adalah meupakan satu model  yang paling mudah diantara banyak-banyak model biz internet. Tetapi, bila difikir-fikirkan semula, ia tetap tidak boleh memberikan hasil yang pantas, maksud saya, “buat hari nie dapat duit esok”. Affiliate selalunya membayar pada setiap hujung atau pertengahan bulan. Jadi…ianya bukan teknik yang terbaik untuk dapatkan duit dengan pantas..
Hari ketiga.. saya rasa.. jawapannya ialah Ebay/Lelong.
Jualkan sahaja barang-barang di rumah yang masih elok tetapi  tidak digunakan di ebay/lelong..  tetapi bila fikir-fikir balik. Hmm.. ebay pun ambik masa.. tempoh listing barang pun dah 3 hari. Tambahan lagi, manalah ada barang “elok yang TIDAK dipakai” di rumah saya ini.. semuanya di pakai. Yang  TIDAK dipakai, semuanya dah tak elok.. Oh!
Hari keempat….. saya rasa.. saya dah jumpa jawapannya.
Perkara pertama.. lihat ke dalam diri…  kenalpasti kemahiran-kemahiran yang anda miliki! Dengan cara ini, anda tidak perlu bersusah payah dan pening kepala untuk mencari produk/pembekal.. kerana, produknya adalah “kemahiran” sedia ada yang terdapat di dalam diri anda.
Antara kemahiran sedia ada yang mungkin anda miliki..
  • Kemahiran menulis artikel
  • Kemahiran memasang blog
  • Kemahiran rekabentuk grafik/melukis (design banner, ecover dll)
  • Kemahiran mengedit photo
  • Kemahiran mengaturcara
  • Kemahiran mengupload video
  • Kemahiran membaca/proof reading
  • Kemahiran buat website
  • dan sebagainya…..
Selepas dah tahu apa kemahiran yang anda miliki… tawarkan ia di forum-forum yang berkaitan!  Seperti di Forum Wangcyber
Insyallah, jika ada yang berminat, anda boleh lakukan khidmat tersebut dalam masa 1 hari dan terus menerima bayaran pada hari tersebut.
Servis yang ditawarkan ini tidaklah perlu terlalu “advance” sangat… (tapi kalau advance pun, lagi bagus.. boleh up sikit harga! :P)
Cukup sekadar perkhidmatan yang basic-basic sahaja, seperti khidmat memasang blog. Percaya atau tidak, masih ramai insan diluar sana yang tidak tahu bagaimana menginstall blog di dalam server mereka, walaupun pada hakikatnya, perkara tersebut hanya mengambil masa 5 minit sahaja.
Kadangkala, ada juga insan yang sudah mahir, tetapi, mereka kesuntukan masa untuk melakukannya.. jadi mereka lebih suka outsourcekan sahaja.  Pada mereka, tak kisah bayar RM10-RM20, apa yang mereka tahu, web mereka mereka sudah siap dipasang sebuah blog  beserta plugin-plugins wajib dan juga themes yang menarik.
Jadi, disinilah peluang anda untuk membuat duit.
Sekarang.. cuba semak-semak semula kemahiran anda dan tawarkanlah ia di forum-forum yang  berkaitan . Insyallah.. RM10-RM50 senang-senang je boleh dapat.. :)(kaedah ini juga amat sesuai untuk mereka yang belum pernah merasa Rm1 yang pertama mereka di internet).
Tetapi.. jika anda dapati anda tiada langsung kemahiran yang boleh ditawarkan? Ermm…. mungkin anda sudah ditakdirkan untuk tidak boleh membuat duit dengan pantas di internet!.. Oh! …. ho! ho! ho!..
.
.
.
Ala.. gurau je.. jangan lah majuk… kalau takde kemahiran tu.. boleh belajar… bila dah pandai.. barulah boleh offer kat orang ramai..:)
Kesimpulan Tips untuk entry kali ini..
Cara terpantas untuk buat duit di internet ialah, menawarkan servis di forum.
Sekian.. Peace!…
p/s:- Kalau dijadikan ebook, best jugak nie.. boleh letak tajuk.. “10RahsiaDuitTerdesak.com”.. Oh!

sumber:http://www.mohdsuhaimy.com