Tinggi metabolisme , Badan maintain slim

Makan banyak pun badan still begitu . Kurus . Tiada pengembangan . Paling maksimum pun cecah 45 kg . Ada yang jeles melihat saya . Boleh makan sesuka hati . Tapi saya inginkan badan yang agak berisi , ala ala montok gitu . Hish , apalah manusia ini . Tak reti bersyukur langsung ! Ok , saya suka badan saya ini .


Metabolisme yang tinggi punca saya maintain slim . Yea ... serius ... tak tipu punya ....




Ada cara untuk tingkatkan metabolisme . Tak perlu keluarkan duit banyak banyak pun boleh .



1. Luangkan masa untuk bersenam . If dah terlalu busy sehingga tak ada masa nak jejak kaki kat padang or kemalasan melanda diri nak keluar , lakukan senaman di rumah pun boleh . Melakukan aktiviti mengemas rumah pun satu senaman . Antara aktivti yang dapat membakar kalori dengan tinggi , iron baju , sapu sampah , membasuh , mop lantai . Di rumah saya mop lantai hanya guna kain bukannya mop . Ini juga salah cara untuk bersenam ala ala bajet gitu . teeheehee...


2. Beranikan diri untuk menikmati makanan pedas . Ini cara paling cepat membakar kalori . Tapi makan tu biarlah berpada . Sat lagi sakit perut saya dipersalahkan . Lari dulu ....


3. Minum kopi and teh hijau . Kandungan kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar penyerapan oksigen dan meningkatkan kadar metabolisme . Boleh awet muda jugak .






Ada beberapa jenis makanan yang saya tahu akan menjadi penghalang kepada kadar metabolisme , iaitu gandum , susu , gula , kacang soya , kacang tanah , jagung , dan telur .

Telur punca paling utama kegemukan berlaku . My father dulu slim . Lagi slim dari my mum . Tapi sebab dia suka makan telur separuh masak dua biji setiap pagi . Badan dia terus mengembang 3 kali ganda after 1-2 years . Try elakkan makan terlalu banyak telur .






Cheh , saya ni dah macam pakar pemakanan pulak . HE HE HE HE . Saya cuma berkongsi apa yang  saya tahu . Ketiga-tiga cara itu memang berkesan . Cuba lakukannya . GUD LUCK !





sumber:
http://gadishanim.blogspot.com