membawa pelawat website anda ke URL lain secara automatik

Ini mungkin terjadi sekiranya anda tidak lagi menggunakan URL anda.Sebagai contoh : http://www.domainanda.com/kedaionline tetapi anda telah menutup jualan melalui URL tersebut dan dalam masa yang sama anda ingin mempromosikan produk anda yang lain. Jangan buang folder tersebut, sebaliknya anda gantikan dengan 1 page yang akan membawa pelawat website anda ke URL yang anda kehendaki dan anda boleh setkan berapa saat.copy kod html :
<meta http-equiv="Refresh" content="5; URL=masukkan URL yang ingin anda bawa di sini">


Paste kan kod html di atas di antara <head> dan </head>.
Untuk lebih pengetahuan mengenai kod html di atas, sila copy dan paste kan ke dalam NVU, perhatikan nombor lima yang berwarna hijau, itu adalah 'delay time'  anda boleh ubah mengikut keselesaan anda jika anda letakkan 5, maka pelawat akan berada di dalam website tersebut selama 5 saat sebelum mereka di bawa halaman lain.
Sila lihat contoh web page saya ini : http://www.netkarim.net/download