Puasa lahirkan jiwa kental

TINGGAL lima hari umat Islam akan menyambut ketibaan bulan paling mulia iaitu Ramadan. Ramai tahu bulan itu diwajibkan berpuasa.
Namun, di sebaliknya ada pelbagai peristiwa penting sepanjang Ramadan bermula dari zaman Nabi Muhammad pada 611 masihi hingga zaman moden iaitu ketika tercetusnya perang Arab-Israel pada Oktober 1973. 

Peristiwa paling agung ialah penurunan kitab suci al-Quran ketika masyarakat Arab dalam kegelapan (jahiliyah). 

Mereka menjalani kehidupan yang bertentangan dengan nilai agama Islam, antaranya menyembah patung dan menanam bayi perempuan yang masih hidup. 

Pada bulan ini juga berlaku Perang Badar, persiapan Perang Khandaq, pembebasan kota Makkah, penghancuran patung sembahan, perjalanan ke Tabuk, Perang Qadisiyah, Parsi, pembebasan Andalus, Perang salib (pembebasan Palestin), dan Perang Ain Jalut. 

Semua peristiwa berkenaan terhimpun kemenangan yang dicapai terutama dalam peperangan besar umat Islam. Kemenangan demi kemena ngan yang diraih me nyingkap kekuatan sebenar umat Islam yang menghadapinya dalam keadaan sedang lapar dan dahaga. 
Click Here
Justeru, sebaiknya umat Islam kini mengambil iktibar dan berusaha dengan gigih membuktikan umat Islam adalah umat terbaik dan terbilang.

Tajuk: Peristiwa Bersejarah Ramadan
Penulis: Zamri Zainal Abidin dan Imran Azmi

SOURCE : http://www.hmetro.com.my