Ubat keruntuhan akhlak

KERUNTUHAN akhlak yang membimbangkan di kalangan remaja masa kini berpunca daripada kurangnya penekanan diberikan terhadap budaya dan cara hidup Islam.
Pelbagai salah laku seperti pembuangan bayi, dadah, lumba haram dan pergaulan bebas memerlukan tindakan segera bagi ditangani bersama terutama ibu bapa.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu-batu, sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras, mereka tiada menderhakai Allah tentang apa-apa yang disuruhnya dan mereka buat apa yang diperintahkan kepadanya. (Surah at-Tahrim ayat 6). Melihatkan keadaan itu, satu forum yang membincang kan serta mengupas isu yang bertajuk Gejala Sosial - Jangan Lepas Tangan dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia (Al-Nidaa’) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Ia membariskan pendakwah yang pernah bertugas di unit dakwah Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr Abdullah Yasin; perunding motivasi, Hasrizal Abdul Jamil serta dipengerusikan pensyarah Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Shapizan Johari. Abdullah berkata, pengaruh hiburan keterlaluan di samping kemajuan teknologi yang tiada sekatan menjadi titik tolak kepada masalah keruntuhan akhlak.

“Justeru, masyarakat perlu bertindak dan bertanggung jawab bagi mengatasinya bersama-sama.

“Kita perlu kembali kepada cara hidup Islam, malah semua agama mahukan penganutnya menjadi seorang manusia yang baik.

“Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai anak muda peliharalah Allah nescaya Allah akan peliharalah kamu.

“Makna hadis itu adalah jika manusia memelihara undang-undang serta hukum Allah maka Dia pasti memelihara kita daripada melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini,” katanya. Abdullah berkata, ibu bapa perlu menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak melalui bimbingan yang berteraskan agama.

“Dalam sebuah hadis Qudsi, Nabi Muhammad bersabda bahawa Allah berfirman dalam hadis riwayat Ibnu Hibban yang bermaksud: “Selepas Aku melihat maksiat bermaharajalela di dalam sebuah ma syarakat, Aku akan timpa bala bencana, malapetaka ke atas masyarakat itu tetapi selepas Aku melihat tiga perkara yang masih mereka hidupkan, membuat kemurkaan menjadi reda dan bala bencana tidak jadi aku timpakan; masjid masih dimakmurkan, Quran masih lagi dibacakan dan dipelajari dan anak dibimbing cara didikan Islam,” katanya. Bagi Hasrizal, masyarakat Islam hebat ketika mereka berada dalam kelompok minoriti.

“Ini dibuktikan di beberapa negara yang umat Islam menjadi golongan minoriti,mereka bang kit dengan kualiti hidup yang mereka amalkan.

“Keruntuhan akhlak kini disebabkan kemusnahan sistem nilai akidah yang gagal diterjemahkan dalam realiti kehidupan,” katanya.
Click Here
Hasrizal berkata, umat Islam perlu mengubah cara berfikir dengan menjadikan intipati syahadah teras perubahan.

“Soal pendidikan akhlak perlu diberi tumpuan khusus agar ia memberi kesan terbaik dalam diri seseorang Muslim,” katanya.

SOURCE: http://www.hmetro.com.my