Wabak atau murka Allah

VIRUS kencing tikus menggemparkan negara, baru-baru ini sehingga orang ramai bimbang berkunjung ke pusat rekreasi seperti sungai dan air terjun.
KAWAL...sentiasa pastikan kawasan rumah dan premis bersih dari sarang pembiakan tikus kerana ia mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
KAWAL...sentiasa pastikan kawasan rumah dan premis bersih dari sarang 
pembiakan tikus kerana ia mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
Penyakit kencing tikus atau leptospirosis itu mendapat perhatian orang ramai kerana lapan orang meninggal dunia akibat jangkitan itu selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang. 

Penyakit itu disebabkan bakteria Leptospira. Ia tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis. 

Walaupun dipanggil virus kencing tikus, ia bukan saja merebak melalui tikus tetapi haiwan lain seperti babi, burung, landak, kelawar, kambing, kuda, anjing, dan tupai. 

Kehadiran virus itu tanpa tanda amaran menimbulkan pelbagai tanda tanya dan pengajaran kepada manusia. 

Sebenarnya Allah menurunkan wabak itu untuk menguji hamba-Nya tetapi ramai yang masih berdegil. 

Click Here
Allah berfirman yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia: Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat". (Surah Ar-Rum ayat 41).

Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang membabitkan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. 
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmizi dan Ibnu Majah).

Selain itu, kita hendaklah membersihkan diri dari mensyirikkan Allah, kekufuran dan perkara yang boleh membawa kepada dosa.

Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan ini, justeru sebelum bersolat, kita wajib membersihkan diri dan batin daripada segala sifat kotor.

Kenapa kita semua perlu menjaga persekitaran alam sekitar dari pencemaran dan kemusnahan? Ia penting dalam usaha menjadikan alam sekitar bersih.

Selain kotor, tempat rekreasi turut menjadi 'port' bagi pasangan melakukan maksiat termasuk berzina sedangkan ia adalah kawasan tumpuan orang ramai.

Perunding motivasi dan pendakwah, Mohd Zawawi Yusoh berkata, Allah mahu menguji dan menyedarkan manusia supaya insaf atas kesalahan mereka dengan datangnya penyakit serta ujian (ibtila').

"Allah menimpakan bala kepada sesiapa saja tanpa mengira di mana mereka berada, berdosa ataupun tidak.

"Penyakit kencing tikus yang meragut beberapa nyawa sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya manusia kembali merenung kesalahan yang dilakukan terhadap diri, keluarga dan masyarakat," katanya.

Mohd Zawawi berkata, selain daripada penyakit yang dibawa oleh binatang kemungkinan ia datang daripada makhluk lain yang tidak diketahui.
"Allah boleh jadikan binatang sebagai sumber penyakit selepas murka dengan kemungkaran yang manusia lakukan.

"Boleh jadi ia juga berpunca daripada campur tangan jin jahat untuk berbuat sedemikian," katanya.

Beliau berkata, apa yang penting manusia perlu kembali bertaubat dengan dosa yang mereka lakukan.

"Sesuai sekali dalam kita menyambut Ramadan yang penuh keberkatan ini, umat Islam perlu mengambil peluang bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah.

"Segala yang menimpa masyarakat dan negara kita adalah peringatan daripada Allah supaya kita kembali mentaati perintahnya untuk menjadi khalifah yang sentiasa menyuburkan muka bumi ini dengan amal makruf," katanya.

Mohd Zawawi berkata, faktor kebersihan perlu dititikberatkan dan diamalkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

"Kebersihan diri adalah ciri penting untuk membentuk personaliti Muslim cemerlang.

"Persekitaran yang bersih turut merangkumi kawasan hutan dan sungai. Jangan biarkan sungai tercemar kerana ia akan mengakibatkan berlakunya pencemaran dan keracunan air," katanya.

SOURCE: http://www.hmetro.com.my