Sikap terpuji insan unggul

JATI diri seseorang Muslim yang sebenar menjadikan dirinya seorang manusia yang unggul.
Sifat atau perwatakannya sentiasa memenuhi ciri-ciri individu Islam berlandaskan al-Quran dan sunnah dalam semua aspek kehidupan. 

Untuk menjadi manusia unggul dan berjaya, seseorang itu perlu memiliki sifat terpuji iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang lengkap merang kumi ibadat khusus dan fardu kifayah. 

Selain itu, seseorang itu mesti berakhlak mulia yang mencerminkan keimanan dan amal soleh. Ciri-ciri itu nampak mudah tetapi jika tidak berdisiplin, ia sukar untuk digapai. 

Bagi seorang mukmin, kejayaan yang disertakan dengan keimanan akan lebih bermakna kerana mereka akan memperoleh dua kejayaan iaitu di dunia dan akhirat. 

Alangkah beruntungnya manusia yang mendapat dua anugerah itu. Malah, kejayaan di akhirat adalah anugerah yang hakiki dan kekal untuk selama-lamanya. 
Bagi mereka yang mencari-cari kejayaan dunia dan akhirat, buku ini amat sesuai untuk dibaca kerana petua atau tip yang diberikan berlandaskan al-Quran dan hadis.
Click Here

Untuk mencari ilmu mencapai kejayaan bukan mudah kerana memerlukan pengalaman dan mengambil masa yang lama. Namun, dengan membaca buku ini, sedikit sebanyak anda sudah bersedia untuk menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Penulis buku ini, Mohd Ridzuan adalah lulusan undang-undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir, malah pernah mendapat bimbingan tokoh ulama terkenal seperti Syeikh Hassan Sheikh Mustaffa al-Bugha dan Sheikh Muhammad Said al-Bouti.

Beliau kini menjadi pensyarah di Kolej Komuniti Cawangan Jerai, Kedah.

Ahmad Hasan pula lulusan syariah dan undang-undang dari Universiti Al-Azhar dan pernah mengikuti pengajian talaqqi daripada beberapa ulama Mesir.

TAJUK: Mukmin Sukses Pemantapan Jati Diri
PENULIS: Ahmad Ridzuan Rizal Ab Rahman dan Ahmad Hasan Mohd Nazam
HARGA: RM23 (Semenanjung Malaysia) RM25 (Sabah/Sarawak)
PENERBIT: Yamani Angle Sdn Bhd
TEBAL: 229 muka surat

SOURCE:http://www.hmetro.com.my